Tuesday, June 30, 2009

Kepada orang Manik Urai : masih ingin terus ditakuk lama?


Setelah melewati kawasan Manik Urai baru-baru ini dalam perjalanan ke Kota Baharu satu hakikat yang saya dapati amat menyerlah ialah : Manik Urai masih terperonyok di dalam kawasan hulu pembangunan negara. Rata-rata kebanyakan penduduk hanya menerima keadaan ini kerana minda mereka telah dibelenggu dan dipengaruh oleh dakyah PAS sejak berdekad.

Lama mana orang Manik Urai perlu menerima status quo sebagai jantung alam kemuduran tanpa menikmati pembangunan infrastruktur dan pelbagai lagi yang telah lama dinikmati oleh kawasan-kawasan lain?

Pembangunan adalah realiti kehidupan hari ini. Jika golongan tua tidak memerlukan segala kemajuan dalam bentuk teknologi, minda atau fizikal, fikirkanlah tentang nasib dan masa depan anak-anak dan generasi pelapis akan datang? Apakah masih nak merengkuk ditakuk lama?

1 comment:

Anonymous said...

KAWE TOKSE JALE..KAWE TOKSE PEMBANGUNE..KAWE NAK JADI ORE 'DARAT'..'DARAT' PAH MAPUH..