Tuesday, June 9, 2009

Apakah PAS akan terus teguh dgn prinsip perjuangannya?


Isu Sisters in Islam dalam PAS menimbulkan pelbagai persoalan mengenai pegangan PAS yang dilihat semakin rapuh sejak kebelakangan ini.


"Usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengharamkan Sisters In Islam atau SIS telah dibuat sebulat suara pada akhir Muktamar Agung PAS Ke-55. Sememangnya SIS dengan fahaman liberalnya seringkali menimbulkan kecelaruan dalam tubuh umat Islam di negara ini. Contoh terbaik adalah berkenaan isu tomboy yang mana menyaksikan SIS yang dianggotai oleh 'anak-anak perempuan dari kalangan keluarga bekas Perdana Menteri', menimbulkan polemik dengan Majlis Fatwa Kebangsaan menerusi penentangan secara terbuka.

Dari kalangan puak-puak UMNO yang dilihat sekular dan kurang prihatin terhadap akidah mereka sendiri, isu tentang SIS tidak diperdebatkan secara umum. Malah puak-puak UMNO dikatakan tidak mengambil berat tentang ancaman yang diwujudkan oleh SIS terhadap sistem Islam di negara ini.

Pihak utama yang seringkali membangkitkan tentangan terhadap SIS adalah kepimpinan PAS. Pun begitu, kenyataan daripada Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok serta Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub menimbulkan persoalan, adakah PAS akan terus berpegang kepada disiplin mereka sendiri bagi memastikan akidah umat di Tanah Melayu ini terjaga atau perlu akur akan desakan sekutu dalam Pakatan Rakyat bagi kelangsungan parti itu dalam piramid politik negara ini.

Kalau UMNO ditentang kerana didakwa mengamalkan dasar sekular, apakah PAS juga akan terus 'berdegil' dengan berpegang teguh kepada ajaran dan tuntutan Islam tanpa mengambil sebarang langkah tolak ansur yang mengancam akidah umat? Atau kepimpinan baru PAS akan terus akur sebagaimana mereka menukarganti slogan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' selepas dituntut oleh DAP dan PKR?"

Kita tunggu....

Petikan daripada blog depa-kata.

1 comment:

ORANG KAMPUNG said...

jika berkait dengan hukum ...PAS betul dari segi teknikalnya..jika dari segi perlaksanaannya..kena check dulu.