Thursday, June 25, 2009

Anwar dan lolongannya...


Anwar sangat inginkan supaya seluruh dunia dan seluruh rakyat Msia mempercaayai tuduhan bahawa Najib seorang pembunuh, atau setidak pun, terbabit dlm pembunuhan. Dia sibuk mewar-warkan kpd dunia luar dan akhbar antarabangsa segala bentuk hasutan yg seringkali berbentuk pembohongan dan tohmahan melulu semata2 mengenai negara ini yg kononnya dia begitu cintakan dan bersedia berkorban - setidak-tidaknya itulah yg diucapkannya semasa menjadi org pentig dlm UMNO dulu.

Perbezaannya kini DIA yg SEKALI LAGI menghadapi tuduhan bersabit jenayah seks diluar tabii! Dlm pada itu Najib pula dlm keadaan berbeza. Dia tidak  menghadapi tuduhan bersabit sebarang perlakuan jenayah, sebaliknya pihak yg dituduh telah pun didapati bersalah dan dihukum.

Anwar melemparkan pelbagai tuduhan kononnya sistem kehakiman di negara ini korup. Dia mendakwa mendapat penyataan drpd "pakar perubatan" yg mengatakan tidak berlaku liwat apabila pihak yg menuduh diperiksa dan sebagainya.

Dia juga menggertak sekiranya dipenjarakan semula, seluruh rakyat akan bangkit. Ini berdasarkan premis kononnya seluruh rakyat berdiri di belakangnya dan tidak teragak2 bertindak lar seperti yg berlaku di Teheran.

Kenapa agaknya dia mahukan supaya orang ramai mempercayai dirinya walhal dia yg membuat tuduhan terhadap pihak lain?...dan apabila membabitkan dirinya, dia meneriakkan KONSPIRASI!

Dan apabila orang menuduhnya terbabit dlm rasuah, dia dgn cepat bangun berkata itu tindakan tidak adil dan mengemukakan saman RM100 juta melalui sistem kehakiman yg dia sendiri mendakwa sbg korup dan pincang!

Anwar tidak akan bersalah jika mahkamah mendapatinya tidak bersalah, tetapi sehingga itu tutuplah mulut sehingga kes selesai...jgnlah cuba membinasakan negara dgn kerakusan...

No comments: