Tuesday, June 30, 2009

Kepada orang Manik Urai : masih ingin terus ditakuk lama?


Setelah melewati kawasan Manik Urai baru-baru ini dalam perjalanan ke Kota Baharu satu hakikat yang saya dapati amat menyerlah ialah : Manik Urai masih terperonyok di dalam kawasan hulu pembangunan negara. Rata-rata kebanyakan penduduk hanya menerima keadaan ini kerana minda mereka telah dibelenggu dan dipengaruh oleh dakyah PAS sejak berdekad.

Lama mana orang Manik Urai perlu menerima status quo sebagai jantung alam kemuduran tanpa menikmati pembangunan infrastruktur dan pelbagai lagi yang telah lama dinikmati oleh kawasan-kawasan lain?

Pembangunan adalah realiti kehidupan hari ini. Jika golongan tua tidak memerlukan segala kemajuan dalam bentuk teknologi, minda atau fizikal, fikirkanlah tentang nasib dan masa depan anak-anak dan generasi pelapis akan datang? Apakah masih nak merengkuk ditakuk lama?

Sunday, June 28, 2009

Menghormati Negaraku - hanya si bahlul membantah arahan supaya jurugambar tidak mengambil foto...



Arahan Datuk Rais tidak membenarkan jurugambar mengambil foto/video semasa Negaraku dimainkan memang sesuatu yang tepat sekali.

Msia Today dan beberapa blog anarkis tidak berlengah menyiarkan puluhan komen mengecam tindakan tersebut. Hampir kesemua memperlekeh arahan itu dengan memberikan pelbagai alasan cetek.

Telah begitu lama jurugambar tidak mengendahkan keperluan ini hinggakan ia diterima tanpa soal oleh banyak pihak - hinggalah Rais menilai kembali keadaan dan bertindak.

Arahan ini, walaupun dianggap kecil, antara langkah ke arah memupuk semangat 1Malaysia.

Kepada mereka yang mengecam arahan tersebut, sila baca peraturan berikut di Amerika Syarikat berhubung cara menghormati lagu kebangsaan negara itu:

'"United States Code, 36 U.S.C. § 301, states that during a rendition of the national anthem, when the flag is displayed, all present except those in uniform should stand at attention facing the flag with the right hand over the heart; men not in uniform should remove their headdress
with their right hand and hold the headdress at the left shoulder, the hand being over the heart; and individuals in uniform should give the military salute at the first note
of the anthem and maintain that position until the last note; and when the flag is not displayed, all present should face toward the music and act in the same manner"

Friday, June 26, 2009

China calls for alternative to US dollar



China’s central bank renewed its call today for the creation of a super-sovereign reserve currency to reduce the dollar’s global domination, which it said had worsened the financial crisis.

In its annual financial stability report, the central bank did not mention the dollar by name but said it was a serious defect that one currency should tower over all others.

“An international monetary system dominated by a single sovereign currency has intensified the concentration of risk and the spread of the crisis,” the People’s Bank of China said.

In thinly-veiled criticism of loose US monetary and fiscal policies, the PBOC urged the International Monetary Fund to exercise closer supervision of the economic and financial policies of major reserve-issuing countries.

The 170-page report dusted off a call by the bank’s governor, Zhou Xiaochuan, for the creation of a super-sovereign currency.

In an essay in late March, Zhou caused a stir by suggesting that the Special Drawing Right, the IMF’s unit of account, could eventually displace the dollar as the principal reserve currency.

Friday’s report not only advocated a full role for the SDR but said the IMF should be entrusted with managing a portion of its member countries’ foreign currency reserves.

“To avoid intrinsic shortcomings in using a sovereign currency as a reserve currency, we need to create an international reserve currency that is divorced from sovereign states and can maintain a stable value over the long term,” the report said.


DOLLAR DILEMMA

Chinese officials have expressed growing concern in recent months that massive US fiscal and monetary stimulus will generate inflation and drive down the dollar, handing Beijing big losses on its vast portfolio of US bonds.

Bankers say China holds perhaps 70 per cent of its US$1.95 trillion (RM6.9 trillion) in official currency reserves in dollars.

“When a national currency becomes the global price-setting currency for primary products, the trade settlement currency and the reserve currency, that national currency has great difficulty attending to both domestic monetary policy goals and the reserve currency needs of various countries.

“And the economic development model of debt-based consumption is most difficult to sustain,” the report said.

The PBOC also levelled criticism at international banking rules, drawn up by the Basel Committee on Banking Supervision, which it said had paid inadequate attention to the risks inherent in complex credit securities.

Oversight of derivatives had also been lax, the report said.

Turning to the domestic economy, the PBOC said the slump in global trade caused by the international financial crisis would spawn risks for China’s banks as exporters ran into difficulties.

By weighing on incomes, the crisis might also slow China’s drive to develop a consumption-led economy, the PBOC said.

The central bank also said China could face inflationary pressure in the medium- to long-term as a result of liquidity now being pumped into the global financial system, coupled with extensive deficit spending by many governments. — Reuters

Wartawan TV swasta di Malaysia bagai 'robot?'


Sejak stesen TV swasta pertama dilancarkan pada 1984, kita masih lagi disogokkan dengan bahan berita luar negara yang seringkali diambil bulat-bulat dari senarai bahan 'wire' services dari luar negara.

Seringkali bahan-bahan tersebut, walaupun disunting, masih menggunakan kandungan beroerientasikan perspektif editor barat/asing yang menyusun bahan-bahan tersebut terlebih dahulu.

Jika mereka melabelkan sesebuah pergerakan pejuang Islam sebagai pengganas', stesen di sini akan ikut juga...jika negara Islam di labelkan sebagai 'rejim', mereka pun turut sama...semua ini dilakukankan tanpa penghayatan dan pertimbangan dari dalam diri sendiri.

Bilik-bilik berita TV swasta (dan kadangkala RTM juga) perlu lebih berhati-hati dalam hal ini.

Swine Flu - thats the real name...


Datuk Rais is right : Influenza A H1N1 has many names. It’s also called swine flu, human swine flu, swine influenza H1N1 or flu virus H1N1.

The Canadian Food Inspection Agency reports that a herd of pigs in Alberta tested positive for this H1N1 strain. The pigs were likely exposed to the virus from a hog farm worker who had recently returned from Mexico and had been exhibiting flu-like symptoms.

The US based Centre for Disease Control CDC was the first to use the term "swine flu" after initial analysis showed the virus had many of the characteristics of a swine flu.

Reverting to the actual name, 'swine flu' may evoke a better awareness of its dangers...

Thursday, June 25, 2009

Anwar dan lolongannya...


Anwar sangat inginkan supaya seluruh dunia dan seluruh rakyat Msia mempercaayai tuduhan bahawa Najib seorang pembunuh, atau setidak pun, terbabit dlm pembunuhan. Dia sibuk mewar-warkan kpd dunia luar dan akhbar antarabangsa segala bentuk hasutan yg seringkali berbentuk pembohongan dan tohmahan melulu semata2 mengenai negara ini yg kononnya dia begitu cintakan dan bersedia berkorban - setidak-tidaknya itulah yg diucapkannya semasa menjadi org pentig dlm UMNO dulu.

Perbezaannya kini DIA yg SEKALI LAGI menghadapi tuduhan bersabit jenayah seks diluar tabii! Dlm pada itu Najib pula dlm keadaan berbeza. Dia tidak  menghadapi tuduhan bersabit sebarang perlakuan jenayah, sebaliknya pihak yg dituduh telah pun didapati bersalah dan dihukum.

Anwar melemparkan pelbagai tuduhan kononnya sistem kehakiman di negara ini korup. Dia mendakwa mendapat penyataan drpd "pakar perubatan" yg mengatakan tidak berlaku liwat apabila pihak yg menuduh diperiksa dan sebagainya.

Dia juga menggertak sekiranya dipenjarakan semula, seluruh rakyat akan bangkit. Ini berdasarkan premis kononnya seluruh rakyat berdiri di belakangnya dan tidak teragak2 bertindak lar seperti yg berlaku di Teheran.

Kenapa agaknya dia mahukan supaya orang ramai mempercayai dirinya walhal dia yg membuat tuduhan terhadap pihak lain?...dan apabila membabitkan dirinya, dia meneriakkan KONSPIRASI!

Dan apabila orang menuduhnya terbabit dlm rasuah, dia dgn cepat bangun berkata itu tindakan tidak adil dan mengemukakan saman RM100 juta melalui sistem kehakiman yg dia sendiri mendakwa sbg korup dan pincang!

Anwar tidak akan bersalah jika mahkamah mendapatinya tidak bersalah, tetapi sehingga itu tutuplah mulut sehingga kes selesai...jgnlah cuba membinasakan negara dgn kerakusan...

Wednesday, June 24, 2009

Health authorities doing their best - kudos!




Some people have misjudged the health authorities. Based on the experience with SARS, the MOH handled it very well.

Presently, MOH is doing its very best, putting their lives in the frontlines.

Imagine barring anyone from the affected countries into Malaysia at the entry points? What will be the political & economic impact? Imagine persuading someone who has fever at the entry point to go to hospital? How can they enforce, when these patients abuse you verbally, when there is no political will to make people obey the law ( not forgetting, even health staff get sued nowadays).

MOH is doing its best, even putting staff lives and that of their families) on the line. How to get the best result, they can't enforce it (that's where the law and the police come in, and the police get sued left and right...for almost anything they do!, but lawyers make more money). Hence, MOH give  advise, plead for your coorperation, ask us to obey instructions. They treat us when we are sick, and do follow-up on you when we leave. All they ask if the public can be more responsible. They are not perfect. They do make mistakes. They are humans, too. 

Sekolah pondok tidak latih pengganas



Kumpulan pemisah, yang berjuang bagi kemerdekaan tiga wilayah bermajoriti penduduk Islam di Selatan Thailand, menafikan sistem sekolah pondok digunakan untuk menyebarkan keganasan.

Mengulas laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (Pulo) menyifatkan laporan seumpama itu bertujuan memburuk-burukkan sistem sekolah agama di wilayah selatan, lapor Bernama.

Ketua Hal Ehwal Antarabangsa Pulo Kasturi Mahkota berkata, kehidupan aman di pondok yang menjadi pusat pendidikan dan institusi dihormati masyarakat kini banyak terganggu akibat campur tangan elemen Thai.

"Daripada campur tangan dengan institusi agama di Pattani yang menekankan pengajaran dan nilai moral, kenapa tidak kerajaan Thai melihat sendiri keadaan sistem pendidikannya," soalnya dalam satu kenyataannya semalam seperti di laman web Pulo.

Tambahnya, laporan "merekrut militan di selatan Thai" yang dikeluarkan NGO antarabangsa itu  kelmarin nampak seolah-olah dibuat untuk kepentingan dan bagi pihak pergerakan ultra-nasionalis Thai yang jelas menunjukkan mengenai kekurangan etika kewartawanan yang neutral dalam membuat liputan mengenai konflik di Pattani.

Dalam laporan itu, ICG berkata sekolah swasta Islam atau pondok telah menjadi pusat latihan bagi pemberontak memandangkan kumpulan pemisah menggunakannya sebagai tempat untuk merekrut dan melatih remaja Islam, lapor Bernama lagi.

Lebih 3,500 orang terbunuh dalam siri keganasan sejak kumpulan
pemisah menyambung semula kempen bersenjata pada Januari 2004 bagi mendapatkan kemerdekaan Yala, Pattani dan Narathiwat.

Tuesday, June 23, 2009

KERAJAAN PERPADUAN : ANTARA BONEKA DAN KUDA TUNGGANGAN


Walaupun ramai yang mungkin berasa hairan dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin

PAS kebelakangan ini , tetapi bagi yang mengikuti perkembangan PAS sejak penubuhan nya

pada tahun 1951 oleh Haji Ahmad Fuad bekas AJK Biro Agama UMNO yang juga Pengerusi pertama

Persatuan Ulama Malaya setelah kekalahan beliau merebut jawatan Presiden UMNO menentang

Tunku Abdul Rahman , PAS tidak pernah konsisten di dalam perjuangan mereka dan bagi pemimpin

PAS, matlamat menghalalkan cara. Walaupun ulamak PAS sering berkhutbah, berceramah menggunakan

Ayat Quraan dan Hadis tetapi tingkah laku mereka tidak lebih dari apa yang di firmankan Allah di dalam

Surah Al Mukminun ayat 53 , Maksud nya "… mereka menjadikan agama ( memperalatkan agama )

untuk tujuan berpecah belah dan berpuak puak sehingga menjadi beberapa pecahan ( parti parti ).

Masing masing puak (parti ) pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka.." Tidak heran lah sejak

dari pilihanraya pertama ,1955 di mana PAS hanya menang satu kerusi melalui Haji Ahmad Tuan Husin

hingga lah PRU 12 di mana buat pertama kali dalam sejarah PAS berjaya memenangi 23 kerusi setelah

menjadi kuda tunggangan kepada rakan yang telah menikam mereka sebelum ini.

PAS merupakan satu satu nya parti politik yang tidak pernah membuat kesilapan berbanding dengan

BN kerana sejak tahun 1951 hingga sekarang kecuali 4 tahun dari 73 ke 77 semasa bersama BN kerana

PAS tidak pernah berbuat apa apa. PAS tak pernah bina mesjid, bina sekolah, bina hospital, bina apa

apa kemudahan , termasuk memberi biasiswa atau pinjaman pendidikan selain dari mengutip tabung

jihad untuk kepentingan para pemimpin mereka yang tak pernah di odit. Hampir keseluruhan wakil

rakyat PAS termasuk PKR mendapat pendidikan hingga ke luar negara tidak seorang pun di biayai

melalui tabung pendidikan PAS, sebalik nya mendapat faedah dari program yang di rancang oleh

kerajaan BN yang tidak pernah membeza antara orang PAS dan bukan PAS. Malah ribuan anak orang

PAS walau pun ibu bapa mereka mencaci apa yang di buat oleh BN , mereka berebut rebut untuk

memastikan anak mereka mendapat tempat di MRSM, Sekolah Asrama Penuh dan program ke luar

negara. Alasan mereka razeki anak mereka ini kurniaan Allah dan tidak perlu berterima kasih. Mereka

ini lupa kepada Hadis Rasulullah , riwayat Ibnu Abi Dunya yang bermaksud , " Sesiapa yang tidak

berterima kasih kepada manusia ( yang membuat kebaikan kepada nya ) ia di anggap tidak bersyukur

kepada Allah ." Sikap yang menggangap semua perkara datang langsung dari Allah sementara manusia

tidak ada hubungan langsung ada lah fahaman Jabbariah. Aneh nya dalam kes kerajaan Perak yang

sememang nya ketentuan Allah untuk menaik dan menjatuhkan pemimpin , tidak pula gulungan ini

menerima dengan hati yang terbuka. Malah bila keputusan mahkamah memihak kepada mereka,

di anggap adil, sebalik nya bila memihak kepada BN mereka menuduh hakim berat sebelah. Akhir nya

ada pemimpin mereka yang sanggup melakukan perkara yang tidak pernah di lakukan oleh mana mana

ahli Parlimen sebelum ini dengan kempen untuk membubarkan DUN Perak sedangkan dalam PRU 12

walau pun DUN Kelantan hanya punya 2 kerusi majority, kemudian menjadi 1 kerusi majority selepas

kekalahan PAS di pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, penyokong UMNO tidak pernah melakukan perkara

tidak senonoh untuk meminta pembubaran DUN Kelantan. Seharus nya pemimpin dan penyokong PAS

merujuk kepada sepotong Hadis Nabi SAW , " Tidak berhimpun umat ku atas kesesatan, bila berlaku

perselisihan hendak lah kamu mengikut gulungan yang terbanyak. " Antara PAS 6 kerusi dan UMNO

27 kerusi, seharusnya berpandukan hadis ini, pemimpin PAS harus menunggu PRU 13. Apa tah lagi

pemimpin tertinggi mereka di Perak pernah menjadi Pengarah Agama di JPM. Yang jelas nya pemimpin

Islam dalam PAS lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP dari bekerjasama dengan UMNO, takut

kalau kalau dijadikan boneka.

Soal lompat melompat, pancing memancing wakil rakyat sebenar nya di mulakan oleh PAS sendiri.

Pada tahun 1959 dengan isu kafir mengkafir dan menuduh UMNO berkongsi kuasa dengan orang

kafir dari MCA dan MIC , pemimpin PAS berceramah dengan Surah Al Imran Ayat 28 yang bermaksud,

"….. Jangan lah orang beriman mengambil orang kafir menjadi pemimpin atau teman rapat dengan

meninggalkan orang beriman…" tanpa membaca keseluruhan ayat berkenaan. Akhir nya PAS menang

di Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu mereka menang 13 kerusi, Parti Negara 4 dan UMNO 7.

Pada 24 Julai 1961 PAS berjaya memancing ADUN UMNO Ismail Abas ( Langkap ). Tetapi pada 22

Oktober 61 oleh kerana PAS mungkir janji dengan tidak melantik ADUN Parti Negara menjadi EXCO

Tanah, 3 ADUN PN melompat ke Perikatan. Setelah ADUN mereka sendiri sedar sikap pemimpin PAS,

akhir nya bila Tuan Guru Kadir Mohamad ( Kuala Terengganu Tengah ) dan Tuan Guru Wan Said

Mohd Nor (Kuala Besut) menyeberang ke Perikatan , empat lagi ADUN PAS turut serta , akhir nya

kerajaan PAS pimpinan YAB Mohd Daud tumbang pada 30 Oktober 61. Pada tahun 1973 setelah

merujuk kepada ulamak ulamak yang tidak berkepentingan seperti Tuan Guru Haji Md Nor Teliar,

Tuan Guru Haji Md Nor Selising dan Tuan Guru Haji Omar Daud, PAS bersetuju untuk mengadakan

pakatan dengan Perikatan di mana terbentuk nya kerajaan campuran di Kelantan dan terdaftar lah

BN pada bulan Jun 1974. Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan fatwa . " Mengenai kerajaan campuran ada

lah harus dan di tarjih oleh Kongress. Malah semasa meujudkan Barisan Alternatif 1999, Haji Hadi

sendiri dalam Amanat Haji Hadi berkata , " di haruskan bertahaluf dengan bukan Islam yang bersikap

baik walau pun ada sahabat mereka yang secara terang terang menentang Hudud, yang sehingga

hari ini isu Hudud terus di lupakanoleh Kerajaan Islam Kelantan.

Soal tikam menikam dalam parti perkara biasa kerana bukan sahaja PAS kena tikam malah PAS juga

sering menikam dari belakang. Pada pilihanraya 1982 misal nya PAS mengadakan pakatan dengan

DAP dan ABIM untuk menjatuhkan BN selain dari menggunakan isu kafir mengkafir. Malang nya bila

bila pemimpin ABIM yang pernah pijak bendera UMNO mengistihar masuk UMNO pada 15 April 82

PAS sekali lagi menggigit jari dengan hanya memenangi 5 kerusi Parlimen. Tanpa serik PAS sekali lagi

menggadai maruah dan menjadi kuda tunggangan pada pilihanraya 1986 bila PAS mengadakan

pakatan dengan PSRM, SDP, DAP dan Majlis Perundingan Cina ( CCC ) di mana DAP menang 24 kerusi

sebalik nya PAS menyamai rekod tahun 1955 dimana hanya 1 kerusi yang di menangi Nik Aziz yang

jarang bercakap di Parlimen ketika itu. Mungkir janji kepada pemimpin PAS satu perkara biasa. Contoh

yang jelas pada pilihanraya 1990. Walau pun telah di adakan perjanjian dengan Semangat 46 , sekira nya

kedua dua parti menang di Kelantan, Menteri Besar milik PAS tetapi Timbalan Menteri Besar di serah

kepada S46. Tetapi selepas sahaja di istihar menang, kedua dua jawatan di bolot oleh PAS. Hanya

selepas protes ,di ujudkan jawatan TMB 11 yang tidak berfungsi di serahkan kepada YB Rozali Ishak ,

tetapi banyak jawatan di peringkat Majlis Bandaran, Majlis Daerah di bolot oleh PAS. Malah banyak

kawasan DUN di Terengganu , Kelantan dan Kedah berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran gelagat

pengikut PAS yang tidak berpegang kepada janji, walau pun sebahagian besar belanja pilihanraya

di biayai oleh Semangat 46. Kepada PAS, apa sahaja yang menguntungkan mereka, soal moral, soal

halal haram sudah tidak lagi menjadi pertimbangan. Mereka sering memaki hamun pemimpin UMNO

dalam ceramah tetapi bila pemimpin mereka di tangkap khalwat pada tahun 1995, pemimpin tertinggi

mereka berdiam diri.

Ramai juga yang lupa bahawa di dalam pakatan pembangkang majority terdiri dari mereka yang pernah

memegang jawatan tinggi seperti Setiusaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, SUPOL Menteri

Kewangan, SUPOL Dato Syed Hamid, SUPOL Tan Sri Mahyudin dan sebagai nya. Sebahagian besar dari

mereka menjadi kaya raya menguasai syarikat syarikat seperti Sabah Shipyard, anak syarikat Berjaya,

Phileo dan sebagai nya. Malah semasa pasaran saham melambung 1993 – 1994 ada di kalangan mereka

ini yang menyewa keseluruhan Suite di Concorde Hotel selama 6 bulan dan ada di kalangan pemimpin

ABIM yang mendapat kontrak berbilion ringgit di samping memiliki saham terpijak HICOM, Tenaga,

Telekom, Petronas Gas tidak termasuk peruntukan 30% Bumiputra yang mereka rompak dengan

rakus nya. Dizaman ini lah ada orang orang ABIM yang menjadi pengunjung tetap Twin Club, Seven

Avenue, Deluxe dan sebagai nya. Tak kurang juga yang berkahwin mutaah dengan GRO. Aneh nya

mereka ini lah sekarang bercakap tentang kerajaan bersih, kerajaan alternative dan sebagai nya.

Syukur kepada Allah dengan terkeluar nya musang berbulu ayam dari dalam UMNO, parti ini menjadi

bertambah kukuh dan biar lah mereka terus bermimpi di siang hari, kerana akhir nya rakyat boleh

menilai antara parti retorik dan parti yang walau pun tidak seratus peratus sempurna tetapi hakikat

nya dari sebuah masyarakat yang daif kini menjadi sebuah negara yang di segani. Tetapi sebalik nya

jika ada yang ingin mempertaruhkan masa depan anak cucu mereka di tangan mereka yang pernah

menjadi perompak tunggu lah saat kehancuran seperti pesan Rasulullah SAW , " Jika sesuatu urusan itu

di serah kepada bukan ahli nya, maka tunggu lah saat kehancuran nya . " Riwayat Al Buhkari.

Perbuatan tidak senonoh seperti yang berlaku semasa pembukaan Parlimen baru baru ini serta

tingkah laku penyokong PAS berbaring di tengah jalan menyekat kenderaan DYMM Raja Muda

Perak beberapa bulan yang lalu membuktikan betapa pemimpin PAS begitu gila kuasa sehingga

mereka lupa bahawa mereka hanya punya 6 kerusi berbanding BN 28. Oleh kerana empat parti

bertanding menggunakan symbol berbeza dan pakatan pembangkang bukan satu parti yang

berdaftar seperti BN, seharus nya BN lah yang kehadapan menubuhkan kerajaan. Tapi sebagai

orang Islam yang taat kepada Ulil Amri seperti yang di perintahkan oleh Allah, UMNO menghormati

keputusan DYMM Sultan Perak. Malang nya bila ada yang melompat ke BN dan keputusan memihak

kepada BN kenapa pemimpin PAS tidak bertindak seperti BN. Malah penyokong PAS meneruskan

tunjuk perasaan dan lupa kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud , " Sesungguh nya Allah benci

kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit jerit di jalanan " ( Riwayat Ibnu

Abi Dunya dari Jabir r.a ) Sepotong Hadis yang diRiwayatkan oleh At Tabrani yang bermaksud ,

"Akan muncul tiga perkara buruk sebagai tanda dekat qiamat, salah satu nya , orang berjuang

dan berjihad secara tunjuk perasaan ( demonstrasi ). Tetapi memandangkan latar belakang

kebanyakan pemimpin PAS sekarang yang berlatarbelakangkan IRC, MISG, Suara Islam semasa

puak puak ini menuntut di luar negara atas tajaan kerajaan, bagi mereka cara tidak penting asalkan

matlamat mereka tercapai. Trend ini jika di biarkan berterusan sudah tentu akan menjadikan

negara ini porak peranda dan rakyat khusus nya gulungan muda perlu melihat kepada apa yang

sedang berlaku di kebanyakan negara Islam kebelakangan ini termasuk lah yang sedang berlaku

di negara Iran yang kebanyakan sepanduk nya menggunakan Bahasa Inggeris walaupun tidak

ramai rakyat negara itu yang mampu bertutur selain dari bahasa Parsi.Kalau lah benar Quraan dan

Hadis menjadi panduan kita, wajib kita mengikuti perintah Allah seperti di dalam Surah Al Anfal

8:46 yang bermaksud , "…. Dan jangan lah kamu sekelian berbantah bantaha ( berbalahan ) yang akan

menyebabkan kamu keciwa dan kehilangan kekuatan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud , " Jangan

lah kamu berbantah bantahan sebab orang yang sebelum kamu telah berbantah bantahan, lalu

akibat nya mereka binasa. "

Kesimpulan nya, rakyat yang akan menjadi hakim kepada kemelut politik yang berlaku sekarang , perlu

memikirkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan peribadi. Pengalaman menunjukan perpaduan

yang di asaskan bukan atas dasar untuk menegakan kebenaran tidak akan mendapat keberkatan

dari yang Maha Esa seperti Firman Allah di dalam Surah Al Hasyar ayat 14 yang bermaksud , "….

Kamu melihat mereka itu macam bersatu. Tetai sebenar nya hati mereka berpecah belah. " Dan

Ingat lah kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud , " Jangan lah kamu duduk semajlis dan

Bercampur gaul dengan sebarangan ulamak kecuali dengan ulamak yang mengajak dari lima

perkara kepada lima perkara ;

  1. Yang mengajak dari membuang keraguan kepada keyakinan
  2. Yang mengajak dari membuang riak kepada ikhlas
  3. Yang mengajak dari membuang tamak kepada zuhud
  4. Yang mengajak dari membuang takbur ( ego ) kepada tawaduk
  5. Yang mengajak dari membuang permusuhan ( pergaduhan ) kepada nasihat menasihati

    Dan perdamaian ( persaudaraan )

    Riwayat Abu Naim dari Jabir r.a


     

Roslan Mohd Latif
Presiden ALMA

Anwar wujud pula di Iran...


Secara kebetulan atau dari rumpun ideologi berdalang yang sama? Baca di sini untuk laporan selanjutnya.

Monday, June 22, 2009

Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

Beliau berkata, lebih melucukan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menggesa UMNO supaya memohon maaf kerana menindas rakyat negeri itu.

"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?

"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar,'' katanya.

Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.

"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang,'' tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai angkuh apabila sanggup bersemuka dengan mana-mana parti bagi membincangkan hak-hak rakyat Malaysia.

"Adakah Guan Eng ingin hak kaum lain disamakan dengan kaum Melayu dan mempertikaikan hak istimewa orang Melayu?

"Jika ingin membincangkan perpaduan rakyat masih boleh terima, tetapi jika ingin membincangkan hak rakyat, itu sudah agak biadap kerana hak setiap rakyat sudah dijamin Perlembagaan dan tidak perlu dipertikaikan,'' katanya.

Dari Malaysia Instinct

Kesalahan tidak wujud, kerana di dunia kini tiada lagi istilah 'bersalah.'


Dalam UMNO sendiri kita lihat hampir kesemua yang dihadapkan ke mahkamah bersabit tuduhan rasuah, rata-rata mengaku tidak bersalah.

Apakah pihak Suruhanjaya Anti Rasuah atau Polis begitu dengkil pemikiran dan pengetahuan mengenai perundangan dan prosedur penyiasatan ke atas kes-kes tersebut? Tidak mungkin.

Di pihak pertubuhan dan parti bukan UMNO juga penyakit ini begitu menebal - masing-masing tertuduh mati-matian menafikan mereka tidak bersalah.

Oleh yang demikian tidak hairanlah jika penyakit penafian yang begitu berleluasa ini menular ke serata hairarki kepimpinan...

Paling menarik perhatian apabila ia membabitkan seorang yang terkemuka dalam politik masakini.

Bersumpah didepan keluarga  sendiri tak nak buat, di masjid hadapan Imam pun tak mahu, apatah lagi di khalayak ramai... lagilah tak nak buat.

Apakah ANWAR berpegang kepada Prinsip BERANI KERANA BENAR? Bukankah kebanyakan penjenayah pun berpendirian demikian? Tetapi kalau pasal nak huru harakan NEGARA dengan cara DEMONTRASI ANWAR suka sangat.

Kini, disebabkan Anwar, Nik Aziz pun dah hilang pertimbangan, kitab mana yang mengajar perpaduan umat Islam itu tidak baik? Yang jelas, sesiapa yang bercampur dan membenarkan dirinya di pengaruhi seorang peliwat lambat laun akan terpesung juga.

Renungilah.

Sunday, June 21, 2009

Umno Kelantan tunggu lampu hijau untuk bincang dengan PAS


Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu "lampu hijau" daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakan perbincangan dengan PAS Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed.

"Kami menunggu lampu hijau daripada Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) sebelum membuat sebarang langkah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program basmi kemiskinan peringkat Kelantan anjuran Giatmara, di sini petang semalam.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu, yang mahukan perbincangan antara PAS dan Umno mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan PAS diminta supaya melupakan sengketa lama atas kepentingan membela umat Islam di negara ini.

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, merupakan pemimpin yang menentang keras cadangan itu yang datang daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kemelut percanggahan cadangan itu memuncak di dalam PAS apabila Nik Abdul Aziz meminta Nasharuddin Mat Isa supaya meletakkan jawatan Timbalan Presiden parti itu dan anggota Parlimen Bachok, jika berhasrat meneruskan cadangan itu.

Mustapa berkata Umno Kelantan bersikap terbuka untuk memastikan cadangan kerajaan perpaduan itu menjadi satu realiti dan pihaknya bersedia untuk mengadakan perbincangan itu dengan PAS Kelantan bagi menjernihkan keadaan.

"Kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan perbincangan itu, malahan kita bersikap terbuka kerana ia untuk menjaga kepentingan umat Islam di negara ini," katanya.

BERNAMA

Thursday, June 18, 2009

PAS: Its ulamas forever...or so it seems


"...In UMNO the Majlis Tertinggi is supreme. But the same can’t be said for PAS “jawatankuasa pusat”. While it is chaired by the president and can decide on many important issues , there’s another body which is higher that the jawatankuasa pusat. That would be the Majlis Syura.

It is a council of leaders, perhaps to show that PAS is governed through a collective political leadership, one which is consultatative and concensus seeking. It’s not dominated by one individual. In it sit both president and Murshidul Am or spiritual leader,

So who’s bigger? Who’s more powerful? President or Murshidul Am? Structure wise it’s the president but then they don’t have a Murshidul Am, spiritual leader for nothing. Again Mustafa’‘s words come to mind. The difference is vague.

But one thing’s for sure. In PAS, ulamas are in control. Always have been and always will be..."

Excerpt from a piece by Mohsin Abdullah, Editor-in-Chief NTV7 & 8TV

Wednesday, June 17, 2009

Aah...pembohongan murahan lagi tentang Najib...



Lihat gambar di atas...

Sesiapa yang mempercayai bahawa Dato' Seri Najib pernah berikrar untuk melenjunkan keris dengan darah orang Cina boleh dikira bingung belaka.

Bagaimana fakta tersebut diwujudkan hingga terpapar dalam ensiklopedia maya Wikipedia? Ini satu pembohongan licik.

Dan dalam pada itu pula, gambar Najib digunakan sebagai 'superimposition' pada foto Datuk Hishamuddin.

Aah, kita meluat dengan tindakan ini walaupun ia sekadar cubaan yang tolol!

Monday, June 15, 2009

Nizar dgn perangai tegar yg menjurus kpd anarki


Wakil Bkt Gantang Nizar dah hilang akal. Masuk dewan tanpa dekorum pakai lilit kepala kononya mendesak bubar DUN Perak. Betul-betul mencerminkan kebiadaban dan fikiran singkat perjuangkan agenda politik. Wakil BN pun ada yang tak puas hati, tapi taklah sampai berkelakuan begitu sekali.

Friday, June 12, 2009

Pembohongan & Tohmahan berleluasa


Saban hari kita mendengar dan membaca pelbagai dakwaan yang sebahagian besar (jika tidak kesemuanya) pembohongan belaka.

Mungkin timbul persoalan dalam pemikiran orang ramai kenapa tidak sesuatu tindakan keras diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani keadaan ini?

Jawapannya bukan begitu mudah kerana pada dasarnya penipuan memainkan peranan penting dalam politik, terutama sejak kebelakangan ini.

Dengan pembukaan 'frontier' baru dalam bentuk internet, pelbagai kaedah negatif ditiru dan diteladani oleh aktivis dan pembangkang - kebanyakannya dicontohi daripada strategi yang digunakan oleh negara-negera blok komunis abad yang lalu.

Lebih ketara digunakan ialah strategi kotor politik di Amerika Syarikat seperti yang diamalkan semasa revolusi sayap kanan yang dicetuskan oleh Nixon dan diketengahkan oleh Reagan - strategi yang disemarakkan oleh kebencian sosial. Renungkan: apakah sebabnya seluruh wilayah selatan Amerika Syarikat beralih memeluk ideologi Republikan selepas era hak asasi awam (civil rights era?).

Dan di Malaysia dewasa ini pembohongan berleluasa di seluruh pelusuk internet. Strategi yang diamalkan begitu licik kerana elemen yang paling utama dalam strategi ini ialah supaya mereka yang melakukannya bermati-matian mempertahankan kononnya pembohongan mereka itu benar belaka. Dan apabila berhadapan dengan fakta, mereka akan terus menyatakan pembohongan. Kunci kepada strategi ini ialah kesediaan untuk berbohong dan berbohong berkali-kali hingga dipercayai oleh orang ramai.

Jika keadaan begitu rakus dikuasai pembohongan, apa yang bakal berlaku seterusnya ialah anarki dan ketidaktentuan sosial/politik. Inilah yang sedang kita hadapi. Walaupun Mac 8 2008 telah berlalu dengan penghakisan ketara sokongan terhadap BN, namun apa yang nyata, parti itu masih pihak yanag sah memegang tampuk kerajaan setelah diberikan mandat dan kepercayaan rakyat.

Pemberian mandat dan kepercayaan bererti kita mempercayai kewibawaan kerajaan dan institusi-institusi yang diberada di bawahnya. Oleh yang demikian, apa yang telah diputuskan, seperti keputusan mahakamah perlu dipatuhi. Inilah demokrasi.

Dan sekiranya segala-galanya dipersoalkan; mahkamah, polis dan segala tindakan kerajaan diperlekehkan, apakah erti mandat yang diberikan?

Kepercayaan itu penting. Tanpa kepercayaan segala-galanya akan musnah setelah dirundung pelbagai kebimbangan.

Ini membawa kita kepada tuduhan melulu terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara Abdul Gani Patail. Kedua-dua mereka telah dibersihkan daripada dakwaan bersabit pemalsuan dalam kes konspirasi politik seperti yang didakwa Anwar Ibrahim. Ini perlu dihormati. Jika tidak apa lagi pilihan kita? Apakah orang Melayu/Islam rata-rata jahil dan korup belaka hinggakan tiada satu pun yang telus dalam kehidupan mereka? Mustahil. Kita mempunyai conscience. Punyai suara hati.

Sama juga dengan tohmahan terhadap PM Dato' Seri Najib. Jika nak dihitung tuduhan melulu terhadap dirinya di internet, tak terkira. Tetapi apa yang pasti, tiada siapa pun yang tampil kehadapan untuk benar-benar membuktikan kesahihan tuduhan mereka.

Para anarkis ini menangguk di air keruh. Mereka mengambil kesempatan daripada kesempitan pemikiran pengikut mereka dan sebahagian besar orang ramai yang tidak bermaklumat.

Kini fikir dan fikirkan lagi keadaan ini. Apakah pemimpin dan kerajaan Malaysia begitu pincang hinggakan segala-galanya buruk belaka? Jika anda mempercayai ini, jelaslah anda hanya memperagakan bentuk singkat minda sendiri. Bermuhasabahlah.

Thursday, June 11, 2009

Karpal wants PAS to reassess its position in Pakatan


DAP National Chairman Karpal Singh has asked PAS to reassess its position in the Opposition Pact following its intention to initiate unity talks with Umno.

Indicating the party has limits to its patience, Karpal Singh said, PAS should not push its agenda which adversely affected the pact.

“PAS embarking upon unity talks with Umno is a serious disservice to the sincerity expected of PAS as a component of the Opposition Pact,” he said in a statement yesterday.

Karpal Singh said PAS should realise that it was not the dominant party in the pact as it had only 24 seats in Parliament compared to the 28 held by the DAP and 31 by Parti Keadilan Rakyat (PKR).

He said, PAS should not outreach itself by making statements, particularly through its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang to initiate unity talks with Umno.

Karpal Singh also refuted Hadi’s statement that the DAP had agreed to unity talks with Umno as the latter had publicly stated.

“Hadi has chosen to mislead not only PAS members and leaders, but also the rakyat. Publicly committing deception on the people does not gain Hadi any brownie points,” he said.

On the open attack by PAS on Sisters-In-Islam (SIS), Karpal said, the action did not endear it to those who supported it in the March general election, neither did PAS’ insistence that female journalists covering its 55th Muktamar recently to be ‘properly’ dressed.

However the insistence by PAS leaders that Malaysia would be turned into an Islamic state if it came to power, was a flagrant and outrageous affront to the Federal Constitution which specifically proclaims Malaysia to be a secular state, with Islam as the official religion, said Karpal Singh.

– BERNAMA

Tuesday, June 9, 2009

Penang Govt not pushing for greater democracy


Suara Rakyat Malaysia has expressed regret that the Penang Government had failed to push for a better democratic system and was in the midst of a power struggle.

Suaram Penang coordinator Lau Shu Shi said among the five Pakatan Rakyat led states striving to rebuild a more democratic system in the country, the Penang Government still had a long way to go.

He said, Suaram was not satisfied over the fact that the state government was not putting enough effort in constructing a more democratic system.

Khir Toyo: Buang Islam dalam SIS...SISTERS IN TROUBLE?


Menyedari sumbangan besar Sisters in Islam (SIS), bekas menteri besar Selangor tidak bersetuju NGO wanita diharamkan, sebaliknya mencadangkan "Islam" dibuang pada nama badan tersebut.

"Masalah SIS ialah adanya nama Islam dalam pertubuhan tersebut yang menimbulkan pelbagai tafsiran."

Apa kata namakan "SISTERS IN TROUBLE?"

Masalah masyarakat India - muhasabah diri amat perlu...


Bagi sebuah komuniti yang kecil, masyarakat india Malaysia
jelas kini mempunyai terlalu banyak kumpulan dan parti yang
kononnya memperjuangkan nasib mereka. Enam lagi badan sedang
menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk menubuhkan
parti.

Begitu banyak pihak untuk menjuarai hanya 8% drpd 27 juta
rakyat msia. Apa jadahnya? Dan dalam pada itu hampir kesemua
parti tersebut digugat masalah perebutan kuasa dalaman.

Sementara masyarakat india di akar umbi dirundung
kebimbangan tentang isu biasiswa, peluang pekerjaan dan
masa depan, para pemimpin mereka pula lebih cenderung
berpolitik.

Setelah pintu kini lebih terbuka untuk kaum itu menyerlahkan
diri melalui pelbagai bentuk saluran suara, penyakit yang
sama masih mencengkam.

Oleh yang demikian, perlulah dinilai semula apa sebenarnya
punca masalah masyarakat India? Jika sebelum ini mereka
menyalahkan UMNO dan kerajaan BN, kini apa yang terbukti?
Puncanya dlm masyarakat mereka sendiri.

They may be maids, but do respect their religious beliefs


This is one of many unreported cases of maid abuse that happen daily in Malaysian households.

If physical abuse is not enough, bigotry has often driven some employers to transgressing even boundaries of respectability when they force their maids of different faiths to break religious boundaries, such as forcing them to consume or handle pork.

We talk of freedom and respect for the individual rights, and yet such things that happen in our very own households are ignored...

"For three years, Indonesian maid Siti Hajar endured constant beatings and was fed plain rice.
 Siti Hajar escaped from her employer with the help of a taxi driver
Siti Hajar escaped from her employer with the help of a taxi driver
She was offered pork with the rice, which she, as a Muslim, refused. Neither did she get her RM500 monthly wages.

Recently, the 33-year-old was scalded by her temperamental employer.

Unable to bear the pain and constant abuse, Siti knew she had to get away. She made her break early yesterday.

She ran from her employer's posh residence in Lanai Kiara Condominium in Mont Kiara here at 1am and hid in some bushes until sunrise when she stopped a passing taxi.
With not a sen on her, she begged the taxi driver to take her to the Indonesian embassy. Seeing the state she was in, the man took pity on her her and drove her to the embassy, even giving her RM10 as pocket money.

Indonesian ambassador to Malaysia Tan Sri Da'i Bachtiar said the traumatised maid, who is from west Java, arrived at the embassy in Jalan Tun Razak at 8.30am.

"We are grateful to the taxi driver."

Da'i said embassy employees were shocked by the extent of Siti's injuries.

He said Siti arrived in Malaysia on July 2, 2006, and was employed with another person for four days before she was sent to her current employer.

He said after interviewing Siti, embassy officials took her to the University Malaya Medical Centre for a check-up and to lodge a police report.

Da'i said the officials later contacted Siti's agency to obtain her employer's phone number.

"We called her employer and asked her to settle Siti's salary, which is around RM17,000," said Da'i, who claimed the employer, a 43-year-old woman, went to the embassy yesterday at 11am and willingly admitted abusing Siti.

"She cried and apologised for abusing Siti," he said.

Brickfields police chief Assistant Commissioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid said the police report was lodged at noon at the Jalan Travers police station.

The employer was later arrested by police outside the embassy and will be brought to the magistrate's court today for a remand order." - From NST

Apakah PAS akan terus teguh dgn prinsip perjuangannya?


Isu Sisters in Islam dalam PAS menimbulkan pelbagai persoalan mengenai pegangan PAS yang dilihat semakin rapuh sejak kebelakangan ini.


"Usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengharamkan Sisters In Islam atau SIS telah dibuat sebulat suara pada akhir Muktamar Agung PAS Ke-55. Sememangnya SIS dengan fahaman liberalnya seringkali menimbulkan kecelaruan dalam tubuh umat Islam di negara ini. Contoh terbaik adalah berkenaan isu tomboy yang mana menyaksikan SIS yang dianggotai oleh 'anak-anak perempuan dari kalangan keluarga bekas Perdana Menteri', menimbulkan polemik dengan Majlis Fatwa Kebangsaan menerusi penentangan secara terbuka.

Dari kalangan puak-puak UMNO yang dilihat sekular dan kurang prihatin terhadap akidah mereka sendiri, isu tentang SIS tidak diperdebatkan secara umum. Malah puak-puak UMNO dikatakan tidak mengambil berat tentang ancaman yang diwujudkan oleh SIS terhadap sistem Islam di negara ini.

Pihak utama yang seringkali membangkitkan tentangan terhadap SIS adalah kepimpinan PAS. Pun begitu, kenyataan daripada Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok serta Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub menimbulkan persoalan, adakah PAS akan terus berpegang kepada disiplin mereka sendiri bagi memastikan akidah umat di Tanah Melayu ini terjaga atau perlu akur akan desakan sekutu dalam Pakatan Rakyat bagi kelangsungan parti itu dalam piramid politik negara ini.

Kalau UMNO ditentang kerana didakwa mengamalkan dasar sekular, apakah PAS juga akan terus 'berdegil' dengan berpegang teguh kepada ajaran dan tuntutan Islam tanpa mengambil sebarang langkah tolak ansur yang mengancam akidah umat? Atau kepimpinan baru PAS akan terus akur sebagaimana mereka menukarganti slogan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' selepas dituntut oleh DAP dan PKR?"

Kita tunggu....

Petikan daripada blog depa-kata.

Monday, June 1, 2009

Desperate sungguh Anwar...




Oleh Hambali Abd. Latif


Sebelum ini pemimpin PAS mengatakan UMNO dan penyokong UMNO sebagai parti tidak Islam selain tarafnya sama seperti Yahudi.

Kelmarin pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mengatakan UMNO dan kelakuan orang UMNO lebih buruk daripada Chin Peng.

Bermakna yang bersetuju dengan tindakan UMNO atau 'bersubahat' dengan UMNO turut mempunyai ciri-ciri dan sifat seperti 'penjenayah' Chin Peng?

Hakikatnya, UMNO dan Perikatan memerdekakan Tanah Melayu sementara Chin Peng berusaha menggagalkan kemerdekaan yang dicapai. UMNO – Chin Peng bagai langit dan bumi jauhnya. Bagaimana UMNO boleh disamakan dengan Chin Peng?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berceramah di Kubang Semang.menyifatkan kelakuan Umno merampas Perak lebih teruk daripada isu Chin Peng yang disifatkan oleh beliau sebagai sengaja dimainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghidupkan kembali kemarahan rakyat.

Tambahan lagi sekarang ini terlalu banyak isu dan skandal terpaksa dijawab oleh kepimpinan negara maka tiada jalan lain untuk beralih kepada isu kepulangan Chin Peng untuk dijadikan sasaran.

Apa juga sebab dan kenapa Anwar menimbulkan isu berkenaan tetapi pokoknya beliau marah dengan UMNO yang menyebabkan kerajaan pakatan pembangkang di Perak lingkup.

Ada persoalan penting yang perlu direnungi di sini.

Pertama, UMNO bukan penyebab lingkupnya kerajaan pembangkang di Perak. Ia lebih kepada pakatan pembangkang tidak tahu 'menjaga kebajikan dan ehwal ADUNnya' yang menyebabkan mereka 'lari' dari parti itu.

Mereka hanya mengisytihar diri mereka Bebas, bukan masuk UMNO atau menyertai parti-parti komponen BN yang lain.

Kebetulan dengan kemasukan tiga ADUN pakatan pembangkang, BN boleh menubuhkan kerajaan dan lingkuplah kerajaan pembangkang.

Kedua, penubuhan kerajaan baru menggantikan kerajaan pakatan pembangkang direstui istana. Apakah Sultan Perak, Sultan Azlah Shah yang merestui dan melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga 'lebih teruk daripada penjahat seperti Chin Peng?"

Apakah Anwar bermaksud sedemikian?

Dengan menuduh UMNO dan cara ini diterima pula oleh Sultan Perak, apakah Anwar tidak turut memalirkan Sultan Azlan Shah?

Apakah Anwar boleh menganggap Sultan Perak 'tidak tahu' dan 'bodoh' dalam perkara ini?
Apabila Sultan Perak menyetujui melantik Dr Zambry, jelas bahawa langkah UMNO dan komponen lain menubuhkan kerajaan Perak sebagai sesuatu yang betul.

Apakah tindakan betul Sultan Perak ini 'lebih teruk dari Chin Peng'?
Tindakan Anwar menyamakan UMNO lebih teruk dari Chin Peng adalah melampau dan jahat.
Bolehkah UMNO – pemimpin dan ahlinya memaafkan Anwar?

Selain itu, kata Anwar, BN dikatakan mainkan isu Chin Peng semata-mata untuk membangkitkan soal perkauman dan menimbulkan pandangan serong terhadap pembangkang yang menggangap isu ini sebagai isu kemanusiaan.

Bagaimana boleh kita katakan ia isu kemanusiaan?

Anwar ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO pernah melaungkan penentangan terhadap pemimpin Israel yang mengganas terhadap orang Palestin. Kenapakah beliau tidak melihat pemimpin Israel itu bertindak kerana sifat 'kemanusiaan' dan sayangnya beliau kepada rakyat Israeil?

Juga apabila Anwar menentang Tunku Abdul Rahman dalam isu Carcosa pada pertengahan 1980-an, tidakkan ada 'peri kemanusiaan' dalam diri Anwar bahawa yang ditentangnya itu ialah Perdana Menteri pertama dan Bapa Kemerdekaan?

Apakah sifat kemanusiaan Anwar terhadap Chin Peng lebih besar berbanding Tunku?
Beliau memberikan alasan bahawa BN sanggup meningkatkan kemarahan rakyat tentang isu Chin Peng kenapa pada masa yang sama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pula mengadakan lawatan ke China yang merupakan 'bapa komunis'.

Parti Komunis Malaya (PKM) dan Chin Peng adalah perkara berbeza dengan Republik Rakyat China (PRC).

Chin Peng menentang kemerdekaan dan demokrasi Tanah Melayu dan Malaysia, sementara hubungan Malaysia-China diwujudkan selepas China mengubah sikapnya terhadap negara jiran dengan lawatan Tun Abdul Razak.

Anwar jangan buat-buat 'buta sejarah politik Malaysia' dalam konteks ini.
Keganasan PKM dan Chin Peng adalah pada 1960-an dan awal 70-an, walaupun secara rasmi kerajaan berlembut dengan komunis pada 1980-an.

PRC pula menunjukkan sikap 'lembutnya' sambil mula membuka negaranya dilawati, termasuk oleh Presiden Amerika, Presiden Johnson pada 1980-an.

Suasana yang berubah di China seharusnya menjadikan Malaysia turut mengiktiraf China tetapi dasar kerajaan terhadap pergerakan komunis dan subversive tetap tidak berubah. Sebarang usaha oleh individu dan kumpulan yang cuba menganggu-gugat keamanan dan kemerdekaan negara tidak boleh diberikan kelonggaran.

Dan Chin Peng yang memang meletakkan senjata tetapi tetap dianggap berbahaya tidak boleh 'dimaafkan' begitu sahaja.

Jadi adalah sikap kalau bekas Timbalan Perdana Menteri itu menganggap Chin Peng sudah 'berubah' dan melihat beliau dalam konteks kemanusiaan.

Jangan hanya kerana mahukan sokongan bukan-Melayu, semuanya boleh. Dalam isu Chin Peng ini, bukan orang Melayu sahaja menderita tetapi juga orang Cina turut menerima kesan kekejaman komunis.

Nasib baik British mengadakan dasar 'kampung baru' yang memberikan 'kehidupan kepada orang Cina' . Jika dibiarkan, mereka yang enggan bekerjasama dengan PKM dan Chin Peng mungkin menerima penyiksaan dan kekejaman mereka.

Apakah Anwar mahu melindungi fakta dan hakikat ini?
Jangan sedap cakap dan menghukum sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan kita.
Anwar sebagai pemimpin yang menganggap dirinya pemimpin Islam perlu merenung lebih jauh.

Apakah komunis tidak menjadi ancaman kepada Islam?
Chin Peng pemimpin komunis dan tidakkah beliau juga mengancam Islam?
Sepatutnya pemimpin PAS yang menyokong kepulangan Chin Peng turut memikirkan hal ini.

Mungkin menyedari inilah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri AzizanAbdul Razak menentang kepulangan Chin Peng.

Beliiau bersetuju dengan ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak kepulangan bekas pemimpin PKM itu yang telah banyak mencetuskan huru-hara dan kesengsaraan kepada rakyat negara ini.

Pentanyaan Azizan, "Berapa ramai yang telah menanggung derita dan terkorban kerana perbuatan ganas PKM semasa era Darurat," amat tepat dan menjawab betapa salah dan kelirunya Anwar apabila mengatakan UMNO lebih buruk daripada Chin Peng.

sumber - hambali1