Friday, May 15, 2009

Tun Razak sebagai moderator berjaya



Tun Abdul Razak memainkan peranan utama dalam usaha memulihkan Malaysia daripada segala trauma peristiwa 1969. Beliau memahami segala kekecewaan generasi orang Melayu yang semakin menonjol pada waktu itu. Beliau juga sedar betapa mereka mahukan lebih banyak peluang dalam ekonomi. Dengan cara membabitkan suara-suara muda dari luar kepompong kepimpinan tradisional UMNO dalam proses membuat keputusan, Tun Razak berupaya bertindak sebagai moderator terhadap segala pandangan dan tindakan mereka. Keupayaannya mendengar pelbagai pendapat merupakan legasi penting pada waktu-waktu yang begitu sensitif dalam sejarah Malaysia itu.

No comments: