Tuesday, May 5, 2009

Raja Petra penipu patologikal


Nampaknya tiada penghujung kepada obsesi Raja Petra Kamaruddin untuk mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya melalui Rosmah.

Walaupun dia kini didakwa di mahkamah bersabit tuduhan hasutan dan fitnah (criminal defamation) - kedua-duanya dengan berniat jahat, namun dia masih tegar dan meneruskan perbuatan kejinya.

Terbaru, Raja Petra menyiarkan transkripsi pertemuannya dengan seorang pegawai Cawangan Khas Polis, sewaktu ditahan di bawah Ordinan Darurat pada September tahun lalu.

Segala pembohongan ini perlu dihentikan. Apa yang nyata, "Pegawai Risikan Militeri" yang disebut Raja Petra itu tidak wujud pun, apatah lagi seseorang yang berpangkat Leftenan Kolonel yang kononnya bertugas atau dipinjamkan kepada Cawangan Khas di Bukit Aman, atau mana-mana Kontinjen Polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah.

Kalau pun ada pegawai berpangkat demikian, ianya hanya wujud semasa era darurat komunis yang berakhir dengan Perjanjian Haadyai pada Disember 1989.

Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang disebut Raja Petra tidak wujud langsung, apatah lagi dalam bahagian 'Cawangan Khas Perisikan Tentera.'

Blogger ini kira, jika Raja Petra berkeras berkata Lt Kol Azmi wujud, dedahkanlah 'service number' (nombor perkhidmatan) nya.

Seperti biasa, Raja Petra menjalankan propagandanya untuk menjatuhkan PM Dato' Seri Najib sepertimana sedang juga diusahakan oleh bekas banduan, Anwar Ibrahim.

Dengan secara konsisten keduaa-duanya melakarkan satu senario yang tidak masuk akal kononnya Dato' Seri Najib seorang yang korup, dan sentiasa bersedia membabitkan diri dalam pembunuhan hanya untuk melindungi dirinya.

Sikap kurang ajar Anwar dan pengikutnya untuk membunuh secara politik Dato' Seri Najib dan meletakkan  pemimpin pembangkang yang tidak berparti itu ke persada kuasa semata-mata kebiadaban  berpaksikan anarki.

Pengganasan siber seperti ini perlu dibanteras. Sikap kurang ajar Raja Petra sebenarnya memberikan implikasi kepada kedudukan mulia Yang Dipertuan Agong, yang menurutnya telah memberi 'persetujuan' untuk mengerahkan Kor Armor DiRaja dari kem Regimen Melayu DiRaja Sungai Petani untuk memberi perlindungan kepada gerombolan penunjuk perasaan jalanan BERSIH pada 10 November 2007.

1 comment:

bunga mawar said...

ADUAL PENGAJIAN BULAN MEI
Tarikh: 8 Jumadilawal 1430H/ 3 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)
Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

http://pondokhabib.wordpress.com