Wednesday, May 6, 2009

Kezaliman ke atas anjing di Pulau Ketam



Anjing-anjing yang dibuang ke sebuah pulau hutan bakau merenung ke arah penempatan manusia di Pulau Ketam-mereka kelaparan. Gambar kecil seorang penyelamat meriba seekor anjing yang cedera yang diselamatkannya - foto The Star

Kes tindakan zalim penduduk Pulau ketam memerangkap lebih 300 ekor anjing tanpa tuan yangkemudian dibuang ke sebuah pulau hutan bakau di perairan pelabuhan Klang amat menyedihkan.

Anjing-anjing itu hanya haiwan yang juga berhak hidup di dunia ini. Di manakah rasa perikemanusiaan (perikehaiwanan?) kita? Sesuatu perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan anjing-anjing itu dan menangani masalah anjing liar secara berhemah.

Yang marah apabila membaca tentang anjing-anjing malang itu juga termasuk orang Melayu Islam. Kenapa begitu sekali? Islam tidak pernah suruh umatnya membenci atau menganaiya anjing.

Jika kembali kepada bakal ahli jannah, Allah menjadikan seorang pelacur bakal ahli jannah kerana melahirkan rasa belas kasihan apabila memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan di padang pasir.

Begitulah ALLAH menjanjikan kemuliaan bagi mereka yang menyayangi haiwan walaupun seekor anjing. Jika dibuat penghapusan tanpa sebab, hukumnya zalim, kecuali kalau anjing itu mendatangkan wabak yang membawa mudarat, tetapi hanya anjing berkenaan sahaja tanpa melibatkan yang lain.

Membantu manusia satu hal, tetapi apakah tindakan kerajaan Selangor yang dikatakan prihatin? Apakah anjing-anjing itu terkecuali daripada teropong mereka?

No comments: