Monday, May 4, 2009

IMPAK PEMERINTAHAN BRITISH KE ATAS ORANG MELAYU


Di antara kesan paling ketara pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu ialah penurunan status ekonomi orang Melayu ke tahap paling bawah.

Segala pembangunan dan kemajuan ekonomi yang dicapai tidak banyak memanfaatkan orang Melayu. Pada 1957, apabila Malaya mendapat kemerdekaan dari Britain, kadar purata pendapatan tahunan kaum-kaum di negara ini ialah Cina $3,223, India $2,013 dan Melayu $1,463.Angka-angka ini termasuk nilai segala apa yang ditanam sebagai sumber makanan sendiri.

Pada 1970, iaitu 13 tahun selepas usaha pertama British untuk menaikkan taraf ekonomi orang Melayu, pendapatan tahunan orang Cina ialah $4,644, India $3,720 dan Melayu $2,148. Orang Melayu dikecualikan daripada mendapat keuntungan ekonomi  di negara mereka sendiri oleh kaum-kaum pendatang.

Menurut ahli sejarah Lennox Mills, “apabila British masuk ke Malaya, mereka mendapati orang Melayu sebagai orang miskin di sebuah negara miskin; apabila mereka meninggalkan Malaya, orang Melayu dilihat sebagai orang miskin di sebuah negara kaya.”

Dasar dan perangai British berserta apa yang dikerjakan orang Melayu untuk hidup, kegigihan kaum pendatang dan bentuk sistem nilai-nilai dalam bangsa Melayu kesemuanya menyumbang kepada kemerosotan mereka di segi ekonomi.

No comments: