Thursday, May 21, 2009

‘Dilema Melayu Anwar’


Terjemahan post dari blog Rockybru:

Seorang kawan mengirim satu emel kepada saya kelmarin bertanyakan samada saya telah membaca artikel mengenai Malaysia yang tersiar dalam majalah The New Yorker. Artikel bertajuk 'The Malay Dilema,' itu dipinjam daripada buku kontroversial penulisan Dr Mahathir.

Saya rasa artikel tersebut lebih sesuai diberi tajuk 'Anwar's Malay Dilema.' Jika diberdasarkan sepenuhnya pada artikel tersebut untuk menganalisa politik Malaysia, kemungkinan besar seseorang itu akan bertanggapan Malaysia sebuah negara yang tidak lagi mempunyai harapan, kerana masa depannya terletak hanya di tangan seorang individu.

Artikel berikut petikan daripada emel kawan saya itu:

Rocky, sejak sekian lama saya merenungkan kenapa sebagai seorang anak muda Melayu, semangat saya begitu lemah sejak pulang pada 2005. Rakan-rakan saya yang bukan Melayu secara terbuka berkata ia kerana 'orang yang mempunyai warna kulit macam awaklah' Malaysia semakin jauh terjerumus ke longkang bersama arus air limbah. Setelah membaca artikel ini, saya mula memahami kenapa. Inilah realiti yang berjaya diwarnakan oleh Anwar berhubung orang Melayu dan Malaysia. Menerusi blog dan media Amerika, dia telah berjaya menggambarkan realiti ini ke dalam pemikiran rakyat Malaysia dan dunia luar. Artikel ini dihantar kepada saya oleh seorang kawan di Amerika Syarikat yang menggunakan nama samaran 'Nasi Lemak,' berserta komen berikut. Sebaiknya anda membaca komen-komen tersebut selepas membaca artikel itu. Saya percaya ia akan menarik perhatian anda.

Komen yang menyusul;

Anwar tidak akan berjaya menjadikan dirinya seperti Aung San Suu Kyi Malaysia. Apa taknya? Lebih 2/3 pertama kariernya sebagai ahli politik dia dianggap personaliti paling kuat dalam Junta.

"Begitu banyak post blog dan komen telah disiarkan mengenai Anifah dan "mulut besarnya," tetapi tiada seorang pun tergerak untuk mengaitkannya dengan kempen perhubungan awam (PR) dan strategi Anwar menggoda Amerika, yang telah pun dilancarkan sejak sekian lama. Cuba baca artikel dalam majalah The New Yorker itu. Setelah membacanya, apa yang saya bayangkan ialah Malaysia sebagai sebuah negara neo-teokrasi begitu mundur, di mana para panglima perang UMNO memerintah menggunakan cara fundamentalis Islam hingga keadaan menjadi begitu buruk sekali. Apa yang tersirat pula ialah kononnya Anwar seorang tokoh yang ikhlas; yang sentiasa patuh kepada agama dan menganggap dirinya "pesuruh tuhan" bagi menyelamatkan negara. Semua ini karut belaka! Ia tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Ahmad Chelabi apabila dia berusaha meracun pemikiran awam Amerika hingga mempengaruhi negara itu menceroboh Iraq - dia melalukan ini dengan cara menggambarkan Iraq sebagai sebuah negara musuh ketat Amerika. Dan pengaruhnya itu begitu berjaya. BN kini mengalami masalah rasuah dan apati. Ya, begitu banyak dasar Malaysia yang ketinggalan zaman dan tidak berkesan, terutama berhubung isu kaum. Ya, memang benar rakyat dah naik jemu – semuanya ya! Tetapi amat keterlaluan tindakan menyamakan kita dengan parti Baath Iraq yang buta kepada segala yang berlaku di dunia, dan mengandaikan kita satu bangsa yang membuta bersikap anti semitik. Fikirkanlah balik. Anwar seorang penderhaka dan pembelot negara yang sebenarnya. Dia dengan rakus dan licik memburukkan Malaysia di seluruh dunia, tetapi hairan mengapa ramai yang menyokong tindakannya. Mereka berkongsi pendirian dan sikap yang sama - sikap menderhaka dan membelot kepada negara!

Orang ramai akan mempercayai apa yang mereka ingin percaya, dan mendapatkan apa saja yang mereka inginkan; itulah kehidupan. Anwar menjadikan dirinya pemangkin kepada segala tanggapan serong rakyat Malaysia - menggunakan segala rungutan sebagai wadah perjuangan songsang untuk menjadi Big Boss di Malaysia. Mungkin juga mereka ini memerlukan seorang petualang seperti itu untuk memperjuangkan segala kekecewaan mereka. Tetapi, demi Tuhan, ketahuilah apa bentuk wadah yang anda gunakan. Mungkin anda tidak menyerdari ianya sebuah mangkuk tandas.

Apa yang diperkatakan Anifah bukan sesuatu yang baru - sesiapa saja yang mempunyai sedikit-sebanyak minat tentang Malaysia akan pernah mendengar mengenai tuduhan berhubung Altantuya (kawan-kawan Amerika saya pun pernah membacanya di beberapa laman web berita antarabangsa, dan sebenarnya mereka tak ambil pusing pun mengenai apa yang berlaku di dunia sebelah sini.)

Dengan tersiarnya artikel majalah The New Yorker itu, masyarakat intelek Amerika kini akhirnya disedarkan mengenai Malaysia. Negara ini semakin menonjol di skrin radar mereka sebagai sesuatu yang kotor dan tidak kena. Apa yang dilakukan oleh Anifah, dalam konteks ini, pada pendapat saya tidak salah. Baik juga Setiausaha Negara Amerika Hilary Clinton tidak begitu berminat terhadap apa yang dilakukan Anwar (sementara mempertahankan pegangan Amerika kepada kedaulatan dan proses undang-undang semasa perbincangan yang menyusul.) Saya rasa beliau menyedari sesuatu yang tak kena ketika itu, terutama memandangkan segala kaitan Anwar dengan petualang neo-con pencetus perang seperti Paul Wolfowitz. Saya berani bertaruh, beliau tahu bagaimana Chelabi menggunakan Wolfowitz (dan juga sebaliknya), dan tidak akan mengambil risiko untuk mengusahakan satu lagi agenda bodoh. Dan tidak mengambil kira segala usaha pincangnya, Anwar tidak mungkin akan mampu menyamakan dirinya seperti Aung San Suu Kyii Malaysia. Mana boleh? Kan sepanjang 2/3 kariernya dia tokoh paling kuat dalam Junta?

Saya memang telah menjangkakan komen ini, seperti juga komen-komen lain yang mempunyai maksud sama akan diketepikan dan dipersendakan. Tetapi, buat masa ini, tindakan dan trend paling popular ialah menghentam dan memperlekehkan kerajaan. Semua kawan saya melakukannya.

No comments: