Saturday, May 23, 2009

Api perjuangan sesetengah blogger padam?


Ai? Sedar tak beberapa blog 'prominent' kini semakin liat mengupdatekan post mereka?

Banyak sebab ini terjadi. Pertama mungkin disebabkan suasana 'sopo' (sosial politik) yang kering,  lantaran ditafsirkan sebagai tidak ada apa-apa yang penting untuk diblogkan. Kedua mungkin si blogger tu sibuk sangat - apatah lagi tidak kurang juga di antara blogger, samada di sebelah kerajaan atau pembangkang yang diserap masuk jentera parti tertentu untuk bertugas sepenuh masa.

Dalam pada itu ada juga di antara blogger 'arus perdana' yang tak mahu mengeluarkan sebarang komen atau ulasan berhubung pergolakan terkini kerana masih menunggu untuk memastikan fakta dan perkembangan selanjutnya - atau mengelak daripada melakukan sesuatu yang 'sub judice.' Eloklah kalau macam tu.

Tetapi persoalannya di sini, kalau blogger yang pada satu ketika begitu macho dan dengan penuh bravado memblog mengenai itu dan ini, tetapi apa bila tidak dipilih (untuk jawatan parti dll) atau mendapat kerja sepenuhmasa yang sihat, mereka terus diam hinggakan blog-blog mereka terhumban ke arkib bersama sawang dan habuk alam siber.

Menyentuh hal ini suka jugak nak tanya ke mana perginya blog Mat Taib? Takkan perjuangan takat situ saja di alam siber? Hmm...di level rendah sikit kita juga menunggu updte blog Utarawan Zukri Valenteno yang dengar khabar dah masuk balik full time dalam kementerian...huh!

No comments: