Friday, May 1, 2009

Anwar jadikan pendirian Pakatan bahan lawak...


Setiap kali sesuatu yang negatif berlaku di dalam kem pembangkang sejak setahun lalu, ia pasti boleh dijejaki berpunca dari parti Anwar, PKR.

Beberapa siri insiden telah menyebabkan ramai, terutama di kalangan Pakatan menuding jari ke arah PKR sebagai pencetus masalah.

Isu tersebut diakui oleh anak Anwar Nurul Izzah dan ADUN Nik Nazmi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan minggu ini.

Apa yang nyata, Anwar menjadi masalah besar kepada bukan saja DAP, tetapi lebih serius kepada PAS. Pegangan Anwar kini menjadikan manifesto Pakatan dan misi PAS sekadar bahan ketawa.

No comments: