Wednesday, May 6, 2009

Al-fatihah untuk allahyarham Benny Ardjuna


Allahyarham Benny Ardjuna (kiri) semasa membuat persembahan dengan allahyarham Rahim Dolmat pada tahun 80an di Kuala Lumpur


Allahyarham Benny Ardjuna, 56, seorang pemuzik bebas yang terkenal di tanah air kembali ke rahmatullah pada Ahad 3 Mei lalu berikutan serangan jantung.

Jenazah Benny yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya diuruskan oleh kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tanpa masalah apabila keluarganya diberitahu tentang hal itu

Benny antara pemain gitar 'extraordinaire,' pernah bergabung dalam banyak 'gig' dengan pemuzik jalanan dan pemuzik bebas, selain menjadi sessionist.

Allahyarham seorang pemuzik yang komited dan mementingkan peningkatan ilmu. Beliau juga pernah membuat persembahan bersama allahyarham Rahim Dolmat (anak kepada pemain biola terkenal allahyarham Dr. Hamzah Dolmat) yang meninggal dunia pada 17 Jun 2008.

Blogger ini masih teringat sewaktu bersama dengan allahyarham membincangkan topik daripada Al Quran hingga kepada karya-karya Jean Paul Sarte dan Yukio Mishima.

Al-fatihah.

No comments: