Friday, April 3, 2009

SMS orang tak siuman, kata Shabery


Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, majlis angkat sumpah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru akan berlangsung sebagaimana telah dijadualkan pagi esok.

Upacara angkat sumpah itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM pukul 10 pagi esok (3 april 2009), kata beliau.

Justeru beliau meminta orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan menerusi SMS sejak tengah hari tadi bahawa majlis itu telah dibatalkan dan Najib tidak menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyifatkan penyebaran khabar angin bahawa Najib tidak akan mengangkat sumpah sebagai "perbuatan orang yang tidak siuman."

1 comment:

bunga mawar said...

MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA(ESOK) BERSAMA DYMM YDPB NEGERI SEMBILAN, YTM UNDANG LUAK REMBAU DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN



Tuan/Puan :

Majlis Maulid Rasul s.a.w ini akan dimulai dengan :

FORUM PERDANA
(2.30 petang - 5.00 petang) yang terdiri daripada panel berikut :

i. Dato’ Habib Omar bin Abdul Qadir Aidarus dari Terengganu
ii. Dr.Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM Malaysia.
iii. Tuan Haji Solahudin bin Azrai, STIAS.

Majlis forum ini adalah kerjasama dengan pihak KEMAs Daerah Rembau.







TUAN / PUAN SEKELIAN :

Alhamdulillah, Sambutan Majlis Maulidur Rasul s.a.w Perdana akan diraikan bersama-sama beberapa pembesar negeri sepertimana keterangan di atas.

Tarikh : 04 April 2009 ( Sabtu )

Masa : Bermula 6.00 petang

Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Tentatif Program :

05.30 pm - Ketibaan Orang ramai / Jemputan

06.00 pm - Bacaan Maulid Daibaie

07.00 pm - Ketibaan Tetamu dan VVIP Jemputan

07.25 pm - Solat Maghrib

- Bacaan Marhaban / Madih / Pujian

- Ceramah Maulid Perdana olen Penceranah Jemputan

- Majlis Perlancaran Kitab

- Penyampaian Cenderahati

- Solat Isyak

- Jamuan / Bersurai

MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
http://pondokhabib.wordpress.com