Tuesday, April 7, 2009

Pemuda PAS akan minta diambil tindakan ke atas ADUN DAP...dah tu pasal PAS masih tak faham?


Pemuda Pas akan mengambil tindakan dengan menegur bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Nga Ko Ming yang menggunakan ayat al-Quran dengan dalam ceramahnya baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi berkata, teguran tersebut diberikan kepada Ko Ming kerana beliau tidak menyebut ayat-ayat al-Quran dengan betul.

“Dalam kes ini, kita mengakui bahawa beliau telah salah menyebut seperti mana yang sepatutnya, kita akan tegur beliau, tetapi sekurang-kurangnya pemimpin DAP itu ingin memetik ayat Al-Quran dan seolah-olah mengakui kebenaran kitab yang dibawa oleh Islam ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, penggunaan ayat Al-Quran oleh masyarakat buka:n Islam bergantung kepada tujuan dan niat seseorang itu, bahkan orang Islam juga haram menggunakannya jika niat yang ditunjukkan tidak betul sebagaimana yang ditetapkan agama.

:“Tetapi dalam kes ini, saya mempersoalkan kenapa Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria tidak menegur ramai masyarakat Islam yang tidak menggunakan ajaran serta menyebut al-Quran dengan betul.

:“Malah kerajaan di bawah pimpinan UMNO juga tidak menggunakan al-Quran sebagaimana panduannya, kenapa ini juga tidak ditegur,” katanya.

:Menurutnya, isu ini hanya dimanipulasi dan dipergunakan pihak Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk mendapatkan kepentingan politik khususnya dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula menyelar tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis itu yang disifatkan sebagai biadab dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, al-Quran merupakan ayat suci masyarakat Islam yang tidak boleh dipermainkan sesuka hati oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

“PPIM memberi amaran bahawa umat Islam di negara ini akan mempertahankan al-Quran daripada dipersendakan dan dipermainkan oleh mereka yang bukan agama Islam.

“Jangan cabar maruah umat Islam di negara ini kerana umat Islam sangat bertoleransi dan penyabar tetapi tidak berkompromi dengan mereka yang mencabar maruah agama,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, PPIM memohon satu tindakan tegas diambil terhadap ADUN DAP ini atas tindakan yang dilihat boleh menimbulkan serta memprovokasi sentimen perkauman di negara ini.

-Sinar Harian-

No comments: