Monday, April 13, 2009

Lagi masalah kepada BN dari MIC


Saya tertarik dengan sorotan Ahmad Talib dlm blognya berhubung sikap MIC. Berikut petikan posting tersebut:


"DALAM SEHARI DUA YANG LEPAS, kedengaran pula suara dari MIC yang kononnya merasa kecil hati kerana tidak dapat menambah jawatan dalam Kabinet.

Tetapi tidak pula ada mana-mana pemimpin kanan yang berani tampil mengesahkannya. Berita itu terpapar dalam beberapa laman blog dan dipetik juga oleh akhbar tempatan. Sumber berita cuma seorang pegawai kanan parti.

Dalam politik, pegawai kanan yang dimaksudkan itu boleh jadi presiden parti atau pegawai eksekutif yng dibayar gaji. Salah seorang dari pegawai majlis tertinggi juga boleh diiktiraf sebagai pegawai kanan.

Cuma, apabila sumber berita itu tidak dinamakan, kesimpulannya ialah laungan atau cadangan itu berupa satu lontaran pandangan yang mempunyai motif tersendiri. Ada beberapa andaian yang boleh dibuat:

1 - memang parti itu berpendirian demikian dan mahu meminta lebih jawatan menteri berbanding satu jawatan menteri penuh dan dua timbalan menteri;

2 - ada pihak dalam parti yang mahu pucuk pimpinan parti mendesak PM Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menambah kerusi untuk MIC;

3 - pucuk pimpinan mahukan tambahan kerusi tetapi tidak mahu nampak seolah-olah mereka mahu menekan PM, dan minta "pegawai kanan" yang dimaksudkan itu membuat "lontaran;"

4 - ada pihak dalam parti main buang batu sembunyi tangan;

5 - mungkin ada juga yang nak "test power" PM baru kita.

6 - atau lontaran cadangan ini datang dari kesemua andaian di atas.

Dalam hal ini, PM tak perlu jawab. Memadai dengan seorang "pegawai kanannya" yang menjawab. Buat apa PM perlu jawab satu lontaran yang tidak tahu hujung pangkalnya? Lagipun, cemerlang sangat ke prestasi MIC untuk buat "demand" sedemikian rupa?"

No comments: