Friday, April 3, 2009

Buat pilihan betul pada 7 April


Oleh: Anak Kajang

Episod penghinaan terhadap Raja-raja Melayu khususnya di Perak, telah mengguris seluruh umat Melayu di Negara ini. Walaupun kini Barisan Nasional (BN) kembali menguasi kerajaan negeri perak dan pasti episode yang memilukan itu tidak akan berulang, hirisan luka di hati orang-orang Melayu sukar untuk disembuhkan! Saya merasakan bahawa saya tidak bersorangan meluat menyaksikan ADUN Pakatan Rakyat (PR) Perak berkelakuan seperti “budak belum baligh.” Apa yang ditunjukan oleh mereka jelas mencerminkan bahawa mereka amat terdesak untuk terus mempertahankan habuan mereka nikmati selama setahun. Jesteru untuk meneruskan kesenangan yang mereka kecapi selama ini, mereka sanggup menderhaka kepada DYMM sultan Perak malah sanggup membiarkan rakyat perak hidup dalam ketidaktentuan.

Kepada seluruh orang Melayu amnya dan orang Melayu Perak khususnya, sedarkah anda segala tindakan Speaker DUN Perak selama ini adalah satu penghinaan yang amat sangat kepada orang-orang Melayu! Mencabar kuasa sultan boleh diibaratkan seolah-olah memijak-mijak kepala bapa seluruh orang Melayu! Nampaknya sudah menjadi satu tradisi ekstremis bukan Melayu untuk menggugat segala apa yang menjadi hak milik orang Melayu.Percubaan demi percubaan dalam segala segi baik dari segi ekonomi, hak istemewa, politik. Agama dan sebagainya sedang ‘digoncang’ dengan tujuan menduga sejauh mana daya tahanan orang-orang Melayu. Sekiranya orang Melayu mampu berdiri teguh menangani ‘gurauan-gurauan nakal’ tersebut, orang Melayu akan terus menjadi ketua di Negara sendiri. Sebaliknya jika orang Melayu tenggelam punca dengan’serangan-serangan’ tersebut, ketunan Melayu akan terkubur dan bangsa yang dipandang rendah.

Buktinya walaupun hanya baru menguasi beberapa negeri, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bukan Melayu terus menunjukan taring mereka. Dengan mengambil tingkahlaku Speaker DUN Perak sebagai iktibar, beliau cuba menunjukan bahawa kedudukan beliau lebih tinggi daripada sultan. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa, Allah memberi peringatan kepada seluruh umat yang beragama Islam bahawa senario yang berlaku di Perak khususnya hanyalah secebis dari gambaran yang bakal berlaku masa hadapan. Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat dapat menguasai majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen kelak! Tidak mustahil kuasa speaker DUN Perak akan seperti maharaja, lebih tinggi mengatasi kuasa raja-raja Melayu.

Persolannya sekarang adakah pada 7 April 2009 nanti, Melayu Bukit Selambau dan Melayu Bukit Gantang akan terus menghadiahkan’nasib bangsanya ‘ kepada Pakatan Rakyat untuk dicaturkan agar berterusan dihina, dicerca dan dipijak-pijak! Dengan apa yang berlaku sepanjang Pakatan Rakyat memiliki sedikit kuasa, tidak sedarkah dan tidak serikkah Melayu melihat bangsanya terus diperkecil dan dikotak-katikkan!

Artikel di atas telah dihasilkan oleh pembaca Utusan Malaysia dan disiarkan pada 31 Mac 2009. Artikel Norhisyam CUKUP dan MAMPU membuka MATA ORANG MELAYU di BUKIT GANTANG. Untuk tatapan semua PENGUNDI BUKIT GANTANG! INGATLAH

Buat Pilihan Betul pada 7 April

Sesat DULU Pendapatan

Sesal Kemudian Tiada Gunanya


Dipetik dari sahabatmantap

No comments: