Monday, April 6, 2009

Bagi betis nak peha...


Peranan MCA sebagai parti komponen mewakili masyarakat Cina yang merupakan rakan kongsi BN kedua terutama selepas UMNO perlu dikaji dan perhalusi sebelum Kepimpinan BN dan Kerajaan menimbangkan permintaan yang berulang ini. Ini kerana prestasi MCA yang hanya mampu meraih 15 kerusi Dewan Rakyat secara automatiknya tidak melayakan mereka membuat sebarang ‘permintaan’, lebih lebih lagi strategik seperti Timbalan Perdana Menteri II. Kemampuan meraih 15 kerusi ini pun bergantung pada undi Melayu, yang semestinya dijana kerana ‘muka’ yang UMNO berikan.

Jika dihayati sebenar konsep ‘perkongsian kuasa’ yang mula mula dibawa Perikatan yang ditunjangi UMNO bawah Kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra ialah masyarakat minoriti etnik Cina dan India diberikan peluang untuk sama sama menyertai proses Pilihanraya untuk memberikan wakil dan suara dalam Majlis Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu (1955), walaupun sebilangan besar dari kawasan yang mereka tandingi ialah kawasan majoriti Melayu. Kemudian, setelah dipilih, mereka tetap diundang untuk menduduki Kabinet kerana Tunku mengiktiraf bahawa keperluan etnik minoriti dalam proses pembinaan Negara-Bangsa. Ini tidak bermaksud konsep ‘perkongsian kuasa’ untuk ialah ber’kongsi’ secara samarata. Kompromi politik yang Kepimpinan Melayu sanggup buat perlu dihayati dari konteks yang betul.

 Peranan minoriti etnik Cina dikatakan penentu antara BN (UMNO) dan PR (PAS), kerana orang Melayu sebagai majoriti penduduk kawasan Parlimen ini dikatakan sudah membuat kesimpulan pihak mana yang mereka sokong. Oleh demikian, parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina sengaja membangkit isu ini sekali lagi sebagai ‘ugutan politik’ kerana undi yang dipengaruhi masyarakat Cina dalam situasi ‘stand-off’ dimana UMNO dan PAS sama kuat seperti di Bukit Gantang ini amat berharga.

Kemenangan ‘moral’ PRK Bukit Gantang ini amat penting bagi Kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Pertamanya, ini kerana beliau baru mengangkat sumpah dan kemampuan pentadbiran baru meraih keyakinan rakyat di’uji’ dari prestasi BN disini.

Kedua, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Perak dan baru baru ini, penerimaan dan keberkesanan pengaruh dari kejayaan menubuhkan Kerajaan Negeri BN baru dan mengundurkan kerajaan boneka-DAP secara ‘paksa’ diukur dalam PRK Bukit Gantang ini.

Ketiga, ‘peperangan psikologi’ secara fitnah yang Ketua Pembangkang dan Mantan Banduan Salahguna Kuasa Anwar Ibrahim lontarkan secara konsisten untuk ‘membunuh’ kareer poliitik Dato’ Seri Najib juga di’uji’ dalam medan PRK Bukit Gantang ini.

Dalam pada itu, pemimpin politik masyarakat Cina makin ‘berani’ dan ‘lantang’ memperkudakan Islam dalam kempen politik mereka. MP DAP Taiping Nga Kor Ming dirakam menggunakan ayat Al-Quran dan membuat tafsiran semasa membuat ceramah politik. Ini dijangkakan amat menimbulkan kontroversi dikalangan masyarakat Melayu. Mufti Perak Dato’ Harussani Zakaria juga apabila diminta membuat ulasan berpendapat tindakan pemimpin DAP biadap ini keterlaluan kerana sebagai seorang Bukan Islam, tafsiran mengenai ayat suci Al Quran dikhuatiri akan di’lacur’kan hanya untuk kepentingan sempit politik.

Ini jelas menunjukan bahawa ada dikalangan pemimpin politik Cina yang berani biadap, terutama bila pemimpin politik Melayu, seperti PAS dan PKR reda untuk tunduk dan ‘menyembah’ mereka, demi pengaruh politik. Walaupun Kerajaan boneka-DAP Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berjaya di’kalah’kan, namun pengaruh sebenar kuasa di Perak jelas terletak bawah DAP dan PAS ‘terbelenggu’ bawah telunjuk DAP. Pilihan Dato’ Seri Nizar sebagai calon PRK Bukit Gantang itu illustrasi jelas bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP walaupun Kepimpinan PAS memilih calon lain.

Orang Melayu perlu waspada dengan perkembangan ini. Pertama, kompromi politik yang orang Melayu sebagai majoriti dan pribumi tanahair ini sanggup dan wajar berikan perlu ada had. Kedua, dalam kealpaan sedikit kompromi diberikan dan dalam kekeliruan memberikan orang lain ‘kebebasan bersuara’, perlu jangan dibiarkan sehinggakan sub-kumpulan ala kommunis dari sebahagian etnik minoriti Cina seperti chauvinis dan pelampau DAP berani berlaku biadap dan me’lacur’kan ugama Islam dalam modal politik mereka. Ini mampu akan menjadikan konflik antara kaum dan/atau ugama yang begitu ramai pihak mahu dielakan berkudis semula sehingga “menang jadi abu, kalah jadi arang”.


Dari bigdog

No comments: