Wednesday, April 15, 2009

Anarki maknanya jika institusi negara tidak dihormati


Sikap tidak menghormati institusi negara antara isyarat bermulanya anarki.

Di Malaysia, samada wajar atau tidak, beberapa institusi penting seperti  institusi penguatkuasaan undang-undang dan kehakiman sentiasa dipersenda, dipandang rendah, dikecam dan tidak dihormati. Penghakisan secara strategik ini semakin mengancam keyakinan rakyat. Ia menunjukan betapa struktur sivik kita di ambang keruntuhan, dan tiada apa pun dapat kita lakukan untuk menahannya.

Dalam kekecohohan pergelutan politik, ada di antara kita yang hilang kepercayaan kepada institusi-institusi tersebut, ada juga yang sengaja diputar belitkan dalam usaha memenangi hati dan minda pengundi.

Contoh: Anwar mendakwa Pakatan kalah di Batang Ai kerana kononnya peti--peti undi terjatuh ke laut. Dia mendakwa mempunyai bukti dan akan mendedahkannya kemudian kelak. Bagaimanapun, seperti yang dijangka, pendedahan itu autar belaka. Kesemua peti undi tidak terjejas, malahan sentiasa tidak lekang daripada pengawasan orangnya semasa dalam perjalanan.

Kenyataan tidak bertanggung jawab seperti itu, terutama daripada seorang berpengaruh seperti Anwar perlu dielakkan kerana boleh menggugat keyakinan terhadap institusi-institusi negara...atau apakah ia sengaja dilakukan untuk mengkucar kacirkan negara dan seterusnya menyalahkan establsihmen pemerintah?

Di Thailand tiada apa lagi yang mampu memuaskan hati semua rakyat. Usaha menghakis keyakinan (malahan menanam kebencian) terhadap institusi-institusi negara kini lengkap, dan tiada satu pun dianggap boleh dipercayai rakyat.

Ini tidak boleh dibiarkan berlaku di sini.

No comments: