Thursday, April 30, 2009

Isu pengislaman anak: PAS bersuara


 

Terbaru, pendirian proaktif PAS dalam usaha mempertahankan maruah Islam berhubung isu pengislaman anak-anak menimbulkan satu persoalan ketara dalam Pakatan.

Walaupun blogger ini melihat tindakan PAS itu sebagai sesuatu yang mulia, namun di sebaliknya ia menonjolkan ketidaksehaluan PAS dengan parti-parti lain dalam Pakatan.

Ia boleh diandaikan seperti retak menunggu belah...dan dalam konteks ini apa yang disuarakan PAS tidak mungkin boleh diterima lagi oleh DAP atau pun kumpulan-kumpulan liberal-moderat dalam PKR.

Isu Islam anak-anak...


Perspektif blogger ini ringkas saja...

Walaupun artikel 12  (4) menggariskan haluan berhubung isu ini, kita juga perlu ingat Perlembagaan hanya satu kod kasar yang terbuka kepada pelbagai tafsiran perundangan.

Islam agama rasmi majoriti penduduk Malaysia...oleh itu seharusnya pendirian pihak berkuasa Islam mempertahankan syiar dan dakwah (yang dituntut) Islam.

Oleh yang demikian,di sini idea liberalisme atau moderat dalam Islam tidak timbul sama sekali., Pihak berkuasa mesti bertegas dan memegang kepada pendirian kukuh demi Islam.

Tuesday, April 28, 2009

Dr Azly Rahman, petualang bangsa dan negara...


Petikan mesej kepada para guru di Malaysia sempena sambutan Hari Guru 2009 daripada 'cendikiawan' Melayu Dr. Azly Rahman (yang kini menjadi pensyarah di Columbia University, New York) yang melarikan diri dari Malaysia kerana, antara lain enggan menandatangani surat'Aku janji.'

"...Jika anda boleh mengajar, rosakkanlah (sistem pendidikan). Latihkanlah anak murid anda menjadi subversif;individu-individu yang boleh mencabar kuasa kerajaan dan mencetuskan api perubahan (pemberontakan?). Bantulah mereka supaya bangkit menentang kebijaksanaan konvensyenal. Biarkan mereka mempersoalkan fakta-fakta saintifik. Juga, biarkan mereka mempersoalkan fakta-fakta sejarah, kerana apa yang nyata sememangnya tiada wujud fakta sejarah yang sahih. Biarkan kanak-kanak membesar menjadi manusia berintelek yang mampu menolak usaha menjadikan diri mereka seperti lembu-lembu yang hanya meragut rumput di padang ragut yang disediakan oleh pihak-pihak korporatis moden. Biarkan mereka membesar menjadi ahli kemanusiaan yang berani mengusir pihak yang tamak daripada tampuk kuasa..."

BERIKUT SEBAHAGIAN PETIKAN LATAR BELAKANG DR. AZLY RAHMAN YANG MENJADIKAN DIRINYA BEGITU KONTROVERSI
(PETUALANG BANGSA & NEGARA):


...dr Azly dibuang kerja atas dua pertuduhan :

1. Tidak kembali bertugas pada waktu yang ditetapkan walaupun UUM berkali-kali memberi peluang kepadanya untuk kembali bertugas.

2. Dia tidak menandatangani surat akujanji.

Perkara ketiga, Dr Azli dan isteri Dr Mutiara Mohamad belum membayar hutang RM1.25 juta kepada UUM. Sebagai seorang pekerja dengan majikan, apa lagi dengan institusi ilmu seperti UUM, menjadi satu kesalahan jika seseorang di Malaysia tidak datang bekerja. Oleh itu, Dr Azly dan Dr Mutiara tidak boleh diberi keistimewaan untuk tidak datang bekerja seperti rakyat lain di Malaysia.

Soal sekiranya institusi ilmu seperti Columbia University, tempat dikatakan Dr Azli bekerja sekarang, membenarkannya untuk tidak datang bertugas tiada berkaitan di Malaysia.

Dr Azly yang disahkan dalam perkhidmatan sebagai pensyarah UUM pada 20 Januari 1996 telah diluluskan pembiayaan menyiapkan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) di Columbia Universiti USA selama 36 bulan mulai 2 Disember 1997. Begitu juga dengan isterinya, Dr Mutiara Mohamad yang disahkan jawatan pada 1 Disember 2005 diberi pembiayaan yang sama untuk menyambung pengajian.

Mana-mana pembiayaan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dengan kakitangannya di Malaysia, akan ada surat perjanjian, sama seperti perjanjian di antara peminjam wang dengan bank. Yang melanggar perjanjian mengikut amalan di UUM, mestilah ada implikasi tertentu.

Pada 2 September 2000, kedua-dua mereka patut memiliki Ph.D dan pulang mengajar anak-anak bangsa di UUM, tetapi mereka tidak juga pulang. Bagaimanapun, UUM dengan murah hati memberi lagi tempoh pelanjutan kepada mereka berdua selama 12 bulan lagi, dengan pembiayaan dan dibayar gaji penuh oleh UUM. Siapa yang menzalimi siapa?

Walaupun sudah habis tempoh berkenaan, Dr Azli dan Dr Mutiara merayu untuk melanjutkan lagi tempohnya berada di USA, UUM memberi peluang sekali lagi selama enam bulan mulai 2 September 2001, dengan pembiayaan dan dibayar gaji penuh.

Siapa yang menzalimi siapa?

Mereka berdua tidak juga mahu balik bertugas dengan UUM. Pada 2 Mac 2002, mereka berdua sekali lagi merayu dan atas belas kasihan universiti sekali lagi mempertimbang dan meluluskan sekali lagi tempoh pelanjutan selama enam bulan dengan dibayar gaji mereka.

Siapa menzalimi siapa, sedangkan mereka dibayar pembiayaan menggunakan wang universiti. Pada 2 September 2002, dan atas sebab rayuan mereka, sekali lagi universiti dengan penuh perikemanusiaan memberi peluang kepada mereka diberi tempoh sembilan bulan pelanjutan tempoh kepada mereka berdua sebelum kembali bertugas di UUM.

Ini bermakna mereka telah diberi empat kali diberi peluang untuk memanjangkan tempoh pengajian berada di sana, tetapi mereka tidak juga pulang untuk mengajar anak-anak bangsa yang sangat memerlukan bimbingan mereka berdua, pada waktu itu.

Isu samada dia seorang ahli akademik yang cemerlang dengan mengambil masa begitu lama untuk menyiapkan Ph.D tidak pernah dibangkitkan oleh UUM sebelum ini, berbanding dengan pensyarah lain.

Jika dari 2001 dia pulang dan mengajar anak-anak bangsa, sudah berapa ramai UUM dapat mengeluarkan graduan yang cekap berfikir dan bertanggungjawab terhadap hutang. Atas apa jua alasan yang diberikan, UUM dengan penuh rasa kemanusiaan memberi peluang kepadanya untuk masih berada di sana. Universiti mengeluarkan surat untuk mereka kembali bertugas pada 31 Oktober 2003, tetapi mereka berdua tidak jua pulang ke Malaysia dan UUM untuk bertugas.

Oleh sebab biasiswa dan perbelanjaan untuk mereka berdua diberikan dalam tempoh berkenaan menggunakan wang universiti iaitu wang rakyat Malaysia, UUM terpaksa membawa kes ini ke Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan mendapati kesalahan mereka berdua patut dikenakan hukuman buang kerja, pada 5 November 2003.

Mesyuarat Jawatankuasa tatatertib pada 16 Mac 2004 mendapati adanya kes prima facie dan surat pertuduhan dikeluarkan pada 17 Mac 2004. Oleh sebab engkar kembali bertugas dan melanggar perjanjian belajar di bawah Skim Latihan kakitangan Akademik dan Pentadbiran, UUM telah menghantar notis tuntutan ganti rugi kira-kira RM1.25 juta kepada mereka berdua pada 16 November 2005. Oleh sebab mereka memohon masa untuk mendapat bantuan guaman, maka sekali lagi atas dasar perikemanusiaan, universiti pada 22 Disember 2005, setuju memberi masa sehingga 30 Jun 2006.

Apakah ada universiti dalam dunia ini sebaik ini meluluskan sebegitu banyak rayuan daripada kedua-dua mereka?

Adakah mereka berdua ini terlalu istimewa berbanding para akademik lain yang lebih cemerlang daripada mereka?

Namun begitu, sehingga setahun kedua-duanya tidak juga membayar hutang itu kepada universiti. Mungkin Universiti di Amerika tidak akan menuntut hutang sebanyak RM1.25 juta kerana universiti itu kaya, tetapi universiti di Malaysia bukanlah sekaya itu untuk membiarkan wang pembayar cukai sebanyak RM1.25 juta kepada hanya dua orang, Dr Azly dan Dr Mutiara.

Selepas setahun tidak juga kedua-dua mereka membayar balik ganti rugi kepada universiti ini, UUM melalui firma guaman Bahador Omar & Co menghantar notis tuntutan pada 23 Julai 2007 sebanyak RM1.25 juta kepada kedua-dua mereka. Tidakkah Dr Azly dan Dr Mutiara tidak merasa kesian kerana akan menzalimi kedua-dua penjamin mereka iaitu Mohamad bin Salim dan Ahmad Azmi Ariffin yang akan terpaksa membayar bagi pihak mereka?

Kes ini akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat ini.

Dalam tempoh sehingga ini, Dr Azli bukan sekali menulis artikel menyatakan UUM mengambil tindakan kerana engkar menandatangani surat akurjanji, seolah-olah universiti mengekang kebebasan bersuara.

Sebagai ahli akademik, apa lagi yang beragama Islam, bukankah satu keaiban akademik jika hanya menyiarkan sebahagian fakta dan menyembunyikan fakta lain? Bukahkah prinsip akademik perlu mendedahkan semua fakta. Bukan sekadar tidak berterima kasih kepada UUM yang telah memberikan begitu banyak kebajikan dan menerima rayuan berkali-kali daripada beliau, Dr Azly memilih untuk memburukkan reputasi UUM di seluruh dunia.

Beliau juga sanggup menghina semua ahli akademik di universiti di negara ini dan kerajaan Malaysia kerana rata-rata ahli akademik menandatangai surat akujanji. Oleh sebab UUM terus ditohmah Dr Azli walaupun mereka berdua bukan lagi kakitangan UUM, UUM meminta firma guaman Azam Aziz & Co untuk meminta Dr Azli tidak lagi memburukkan nama UUM.

Ringkasnya, Dr Azli dan isterinya Dr Mutiara mesti membayar ganti rugi kira-kira RM1.25 juta kepada universiti kerana engkar untuk balik bertugas dan beliau kini bukan lagi kakitangan Universiti Utara Malaysia. Kenyataan beliau bahawa beliau tidak akan menandatangani Akujanji selagi beberapa kluasa tidak diubah, sudah tidak relevan. Itu kenyataan `melukut di tepi gantang' kerana beliau adalah bekas kakitangan yang telah dibuang kerana kesalahan tatatertib. Beliau tak perlu lagi berbuat demikian.

Kes Dr Azli Rahman ini tiada kaitan dengan Naib Canselor sekarang dan Naib Canselor pun tidak mengenali siapakah Dr Azli, walaupun Dr Azli ada merayu-rayu untuk kembali menjadi kakitangan UUM dengan memuji-muji Tan Sri Dr Nordin Kardi. Malah, dalam satu emel kepada Tan Sri Dr Nordin yang turut disalinkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dr Azly menulis:

`I was also, during my two weeks stay here in Malaysia, been made aware that you are an educational leader who is open enough to work out peaceful solutions to the issue; unlike your predecessor.' Dia seolah-olah cuba membeli hati Dr Nordin yang tidakpun kenal siapa Dr Azly.

Yang memberhentikan Dr Azlipun bukanlah Tan Sri Naib Canselor tetapi oleh jawatankuasa tatatertib dan diperakukan dalam Lembaga Pengarah Universiti, yang pengerusinya bukanlah Naib Canselor UUM. Dr Azli dan Dr Mutiara berhutang dengan UUM, maka sebagai penghutang beliau perlu bertanggungjawab terhadap hutang itu.

Memang di atas planet bumi ini semua orang mahukan pelbagai kebebasan seperti ditulis Lee Ban Chen, tetapi kebebasan untuk tidak membayar hutang hampir tidak ada.

Meminjam ayat Dr Azly `we must continue to help the poor, the oppresed dan the marginalised of all races…' UUM bersedia menjadikan RM1.25 juta yang dihutang oleh Dr Azly dan Dr Mutiara sebagai biasiswa kepada mana-mana kaum termasuk kaum Cina di Ulu Lenggong atau kaum India miskin dan anak pekerja ladang untuk belajar di UUM.

Dengan menyembunyikan fakta, bolehkah disoal dan menulis berkali-kali mengenai orang tidak mengenali beliau dan beliaupun tidak kenal dengan orang yang ditulisnya, maka siapakah yang lebih politically motivated?' Siapakah yang membela rakyat? 'Class' masyarakat mana yang selalu meminta diri dilayan dengan istimewa?"

Raja Petra Memusuhi Dirinya Sendiri (selain Islam)


Masalah paling besar dengan si Raja Petra ini ialah gemar membuat kenyataan tidak berasas dan melulu mengenai Islam dan orang Melayu sejak kebelakangan ini.

Pendiriannya memperlekehkan orang Melayu seolah-olah mereka begitu jahil dengan agama Islam sentiasa menarik komen pihak anti Islam dlm Malayia Today. Sebahagian besar apa
yang dikomen berhubung post terbaru RPK hari ini yang bertajuk 'The Bullshit of Islam of Some Malays'  amat menghina sekali.

Lagi usaha memperlekehkan Islam dan para pentadbirnya...


"Walaupun beliau (Harussani Zakaria) seorang Mufti, tidak semestinya beliau betul. Apa yang diperlukan di sini ialah menentukan samada beliau bercakap menyampaikan perintah Allah atau hanya membuka mulut secara sesuka hati." -- PETIKAN DARIPADA POSTING DALAM BLOG http://margeemar.blogspot.com

Monday, April 27, 2009

...dan proses licik meliberalisasikan Islam semakin mantap...




















Oleh Faisal Tehrani

Saya ingin memetik beberapa perenggan dari sebuah artikel tulisan Profesor Madya Dr Haji Fadhlullah Jamil, pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia berjudul Islam-Liberal: Perkembangannya di Malaysia. Artikel beliau ini yang diperolehi dari Persatuan Ulama Malaysia adalah agak panjang, dan blog bukanlah medan untuk menghamburkan makalah ilmiah sepanjang itu.

Justeru, saya muatkan beberapa perenggan sahaja yang mungkin elok untuk dinilai, dihayati, difahami dan direnungi oleh ahli majlis syura 'parti kapal'. Ini kerana, menurut hemat saya, nakhoda berumur untuk kapal agam dan canggih kadang-kadang dapat melanggar beting pasir atau terumbu ais. Ya, seperti tragedi malang yang menimpa Titanic. Inilah perenggan dari artikel tersebut:

"Selain dua organisasi tadi, terdapat juga aktiviti-aktiviti bercorak Islam Liberal yang digerakkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) sebuah badan NGO yang berpangkalan di Kuala Lumpur. IKD pada peringkat awalnya merupakan sebuah NGO yang rapat dengan Abim dan menumpukan perhatiannya ke arah latihan pendidikan dan persoalan politik serta kemajuan sosio-ekonomi. Ia sememangnya menjunjung tinggi proses reformasi masyarakat. Tetapi malangnya, sejak 1990an, ia telah bertukar menjadi institusi yang mendokong perjuangan Islam Liberal dan terputus daripada perjuangan Abim sejak ia dikuasai golongan liberal, termasuk yang pernah belajar di Asia Barat, yang kebetulannya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sehingga kini, ia telah menganjurkan program-program reformasi dan mengedarkan buku-buku kecil yang kontroversi mengenai Islam dengan bantuan KAF.

Selain itu juga, terdapat beberapa individu tertentu yang terlibat dalam parti pemerintah UMNO, misalnya Datuk Nazri Abdul Aziz dan bekas ahli UMNO, Zaid Ibrahim, Datuk Azalina Othman juga mendokong pemikiran dan kegiatan Islam Liberal. Dalam PKR sendiri terdapat golongan Islam Liberal seperti Khalid Jaafar dan Yusmadi Yusuf (wakil rakyat Balik Pulau) yang kita ketahui telah menyebarkan buku kontroversi Al Islam wa Usul al Hukum, karangan Sheikh Ali Abdul Raziq yang diharamkan di Mesir.

(Langkau beberapa perenggan...)

Dalam program ini (nota saya: merujuk kepada seminar Musawah anjuran SIS pada 13-18 Februari lalu), SIS menjemput tokoh-tokoh kontroversial dunia seperti Amina Wadud, Siti Musdah Mulia dan sebagainya. Bukan sekadar itu, SIS juga telah mendampingi anak-anak perempuan pemimpin negara seperti Marina Mahathir, Nori Abdullah Badawi, dan anak bekas perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn.

(Dilangkau beberapa perenggan dan saya turunkan kesimpulan akhir ustaz Fadhlullah:)

Segala strategi perlu diatur untuk memperjelaskan kepada masyarakat tentang bahaya Islam Liberal kepada aqidah dan politik masa hadapan umat Muslim amnya. Segala penipuan dan penyelewengan para pendokong kumpulan ini perlulah didedah dan dihalang. Latihan kepada para pendakwah perlu diperkemas dan dilengkapkan agar mereka yang muda masih dapat menguasai bidang ilmu yang lebih luas meliputi bukan saja ilmu-ilmu agama, malah juga falsafah-falsafah dari Barat dan ideologi-ideologi moden yang mengancam pemikiran umat Muslim amnya."

Catatan akhir saya: Maklumat ini bukanlah baharu untuk mereka yang gemar meneliti. Kita tidak nafikan sesetengah budak di TKO akan melatah dan terpijat-pijat kerana tidak reti. Apabila kita mencadangkan beberapa formula dan strategi baharu yang diaplikasikan oleh mazhab lain dalam mengekang Islam Liberal mereka akan dilanda kejumudan yang luar biasa. Segelintir ahli PAS akan dilanda strok fanatisme dan taasub kepada nakhoda dan mereka akan segera memaksumkan ulama yang tidak boleh maksum. Perhatikan ingatan Ustaz Fadhlullah bahawa pendakwah sudah tidak boleh pemalas menurunkan sahaja ilmu tok nenek moyang mereka, sebaliknya mesti mengkaji dan rajin menelaah untuk menyedarkan umat.

Cengkaman pengaruh parasit Islam Liberal dalam parti PAS dan UMNO ini telah saya ulas dalam entri berjudul 'Siapa Musuh UMNO' (klik sini untuk membacanya), tapi biasalah kebanyakan orang masih dalam 'state of denial'. Musuh UMNO dan PAS adalah sama: Islam Liberal.

Kedua-dua barisan pimpinan parti mesti, mesti, mesti mengekang kebangkitan dan kemaraan kumpulan ini dalam lingkungan masing-masing supaya umat Islam khususnya bangsa Melayu-Islam dilindungi.

Untuk mereka yang bingung memikirkan apakah pendirian politik saya, terjawab: inilah antara puncanya saya menolak semua 'front' politik yang ada di negara kita; dan mahu berdiri bebas memerhati kemaraan musuh ini dari luar. Ya, kami berusaha berhempas pulas mengingatkan, kerana nakhoda ego boleh sahaja alpa dipengaruhi mengemudi; lalu membawa kapal menonong melanggar beting pasir setelah dipukau. Sekiranya tidak dikejutkan dengan ayat-ayat pendinding, tidak mustahil PAS akan beroleh 'seorang Gus Dur' tidak lama lagi. Oh tidak, Tuhan peliharai kami!

Rumusannya, kekanglah Islam Liberal sebelum ia menjangkiti kita semua.

Wallahu'alam.

sumber - faisal tehrani

Raja Petra : Kami adalah pengganas siber dan taktik kami ialah 'pukul & lari...!'


Raja Petra berkata, berbeza daripada akhbar online alternatif Malaysia Insider dan Malaysiakini yang dikendalikan oleh pakar media profesional, Malaysia Today yang dikendalikannya merupakan senjata untuk membawa perubahan (pemusnahan? - komen blogger ini) kepada Malaysia.

Katanya, oleh kerana blogger-blogger pembangkang dilabelkan sebagai pengganas siber, mereka tidak mempunyai pilihan selain bertindak seperti itu...dan pengganas perlu mahir dalam taktik pukul dan lari...

Saturday, April 25, 2009

Soal Islam tidak boleh dipermainkan




Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam. 

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri. 

“Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu. 

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.

“Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya. 

“Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam. 

“Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru,” katanya. 

Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. 

Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil. 

“Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela,” katanya.

Sunday, April 19, 2009

Racist Escapes Terror Charge After Threat to Behead and Bomb Muslims


THE Crown Office has been accused of double standards by Scotland's biggest Islamic group for not bringing terrorism charges against a man who threatened to blow up a mosque and behead Muslims.

The Scottish Islamic Foundation (SIF) has written to Lord Advocate Elish Angiolini querying the decision to prosecute Neil MacGregor for a breach of the peace, not terrorism offences.

MacGregor, 35, has admitted threatening to blow up Scotland's biggest mosque and to behead one Muslim a week until every mosque was shut down.

He will be sentenced at Glasgow Sheriff Court on Friday.

"There has been criticism for the lack of exposure this case has got, but this stems from how the case was originally handled," SIF chief executive Osama Saeed said. "Had he been a Muslim, we suspect that counter-terror police would have been involved from the outset, and it would have been processed in a completely different manner."

Mr Saeed drew a parallel with the case of Mohammed Atif Siddique, a student from Alva, Clackmannanshire, who was jailed for eight years for internet-related terrorist crimes.

"No-one seems to have looked into the internet habits that radicalised MacGregor to take copycat revenge for (British hostage] Ken Bigley's assassination in Iraq," he said.

"We can be sure if he had been Muslim and had been inspired to replicate it, the result would have been quite different."

Mr Saeed insisted he was not seeking to minimise the seriousness of Islamic terrorism cases.

"All we are calling for is consistency, and the authorities have to explain why the heavy books of the Terrorism Acts were not thrown at MacGregor," he said.

"Islamic and far-right extremism are stablemates when it comes to violence a toxic mix of ideology and grievance. We hear glib assurances that far-right extremism is being dealt with, but the evidence says otherwise."

The SIF was founded last year, describing itself as a "platform for action", and has received �400,000 from the Scottish Government.

Mr Saeed said the federation would request evidence from the case to be released under Freedom of Information laws.

An earlier hearing was told MacGregor admitted sending an e-mail to Strathclyde Police, threatening to blow up Glasgow Central Mosque if certain demands were not met.

Included in the message was a threat to behead one Muslim a week, in the same manner that construction worker Mr Bigley was killed after he was kidnapped in Iraq in 2004.

The court heard MacGregor, from Derbyshire, followed that e-mail with a 999 call to police on 5 February, 2007, in which he claimed he was from the National Front and that a bomb was going to go off at Glasgow's Central Mosque.

Police searched the building for explosive devices, but failed to find anything suspicious.

In his e-mail, MacGregor wrote: "I'm a proud racist and National Front member. We as an organisation have decided to deal with the current threat from Muslims in our own British way like our proud ancestors.

"Our demands are very small. Close all mosques in Scotland, we see this is very easy even you guys can handle that."

He then wrote: "If our demands aren't met by next Friday we'll kidnap one Muslim and execute him or her on the internet, just like they did to our Ken Bigley."

A Crown Office spokesman said that MacGregor was indicted on a charge of breach of the peace, aggravated by racial hatred, "following full and careful consideration of all the facts and circumstances in this case"

http://www.scotsman.com/latestnews/Racist-...arge.5169939.jp

PKR sebenarnya tahu persona Anwar...


Di Ijok pada 2007, Anwar mula menabur fitnah mengaitkan Najib dengan skandal komisyen pembelian pesawat sukhoi dan kapal selam scorpene. Untuk menyakinkan lagi tuduhan tersebut, dia mendakwa mempunyai maklumat dan dokumen seperti juga dakwaan kononya memiliki enam peti dokumen yang membuktikan amalam korup Mahathir.

Harga pembelian tentera adalah rahsia. Bagaimana Anwar boleh mendakwa mempunyai maklumat dan dokumen itu? Apakah ini drama lagi?

Atau mungkinkah Anwar memperolehi maklumat tersebut daripada pihak perisikan British atau organisasi-organisasi perisikan antarabangsa lain yang bersekongkol dengannya?

Tarikh perbicaraan sodomy II semakin dekat dan pintu penjara Sg Buloh sedang menggamit kepulangan anwar. Saiful pula membayangkan kewujudan video berhubung kes tersebut. Alasan Anwar ialah menidakkan kesahihan video itu dan mencipta alasan. Tapi nampaknya dia takkan berjaya.

Juga dengar khabar PKR maklum dgn kepincangan moral Anwar. Segala usaha membuat tohmahan kononnya Anwar diperangkap sekadar bertujuan memastikan Pakatan mencapai matlamatnya sebelum tarikh pemutusan mahkamah ke atas Anwar yang dirasakan begitu pasti.

Pakatan tidak dengan serius menafikan kepincangan moral Anwar. Apabila Karpal berkata mereka perlukan pemimpin lain, selaput kepura-puraan begitu tipis. Karpal sebenarnya berkata Anwar tidak pernah bersih dan seorang penjenayah.

Hanya 'political expediency' untuk menjaga permuafakatan pembangkang memaksa Karpal melapikkan kecamannya terhadap Anwar.

Bila malam mendakap senja, warga dan bangsa hidup teraba-raba - hilang haluan


Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.

"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini, Ahad.

Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.

Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.

Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.

"Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.

"Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.

Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.

"Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.

"Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.

Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.

Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.

Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik.

"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.

"Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan," titah baginda.

-BERNAMA-

Sultan di atas politik


Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah har ini (Ahad 19 April).

Sultan Azlan Shah: Too much politicking in country


Rulers are above politics and as such they cannot participate in open debates to answer allegations hurled against them by political groups, said Sultan of Perak Sultan Azlan Shah on Sunday.

He said the actions of certain political groups in provoking the people and sowing seeds of hatred against the rulers was akin to fanning "embers in the chaff" which, he said, was a dangerous act and could destroy the peace enjoyed by the people and the country.

"These groups are allowing the end to justify the means by condoning such acts.

"These groups and individuals feel that they are faultless and immune from any action, to the extent of disregarding the law for the sake of attaining power," he said at the loyalty pledge and Perak awards ceremony in conjunction with his 81st birthday at the Istana Iskandariah here Sunday.

Sultan Azlan Shah also said that he felt there was too much politicking in the country at the moment and this would affect economic productivity and the country's image in the eyes of the international community.

-Bernama-

Agenda licik seorang moderate


 

Anwar Ibrahim seorang 'moderat,' tetapi menjadi seorang moderate amat berbahaya.

Lebih mudah berurusan dengan seseorang yang ghairah melaungkan mesej-mesej radikal, tetapi tidak mempunyai sebarang keupayaan politik atau intelek untuk menterjemahkan segala radikalisme itu menjadi dasar. Juga mudah untuk memburuk dan menjatuhkan seorang yang radikal daripada menahan penularan pengaruh intelek yang dipunyai seorang moderat.

Dengan latar belakang radikal dan persona moderat masakini, dan pada umur menjangkau 60an, Anwar dengan segala muslihatnya mewakili satu kemampuan hebat untuk membawa Malaysia ke arah apa yang ditafsirkannya sebagai kebebasan sosial, ekonomi dan kemerdekaan. Apakah CIA inginkan seorang ahli politik sebegitu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Konspirasinya ialah supaya Anwar ditunggang terlebih dahulu bagi memastikan yang lain-lainnya akan turut serta.

Thursday, April 16, 2009

Bekas Timbalan Menteri Pulau Pinang sebenarnya orang UMNO!




KPI untuk wakil rakyat satu usul yang amat baik


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar Indeks Prestasi Utama (KPI) yang dikenakan kepada semua anggota kabinet diperluaskan kepada semua wakil rakyat.

Katanya, semua wakil rakyat di seluruh negara sewajarnya melalui proses penilaian prestasi itu bagi membolehkan orang ramai menilai perkhidmatan mereka.

Wednesday, April 15, 2009

Ahli Parlimen/ADUN perlu rendah diri


Mungkin nasihat ini akan didengar secara bersahaja...rasa rendah diri perlu dihayati secara ikhlas...bukan sekadar topeng kerana orang lain tau sedalam mana keikhlasan kita...

Najib berkata:

"...rasa rendah hati adalah satu sifat penting untuk dimiliki khususnya jika individu itu adalah anggota politik dan anggota Parlimen.

Beliau berkata, bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana dalam masyarakat, terutamanya masyarakat tradisional, amat cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri.

"Dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli Parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. "Saya sangat menyedari akan keadaan bahawa apabila saya melakukan tugas sebagai ahli Parlimen, saya sangat selesa dengan keadaan tersebut.

"Sebagai contoh, jika saya berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasan saya, saya memastikan tingkah laku saya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa, dan pemergian saya ke sana bukanlah bertujuan memandang rendah atau bersikap menghina mereka..."

Anarki maknanya jika institusi negara tidak dihormati


Sikap tidak menghormati institusi negara antara isyarat bermulanya anarki.

Di Malaysia, samada wajar atau tidak, beberapa institusi penting seperti  institusi penguatkuasaan undang-undang dan kehakiman sentiasa dipersenda, dipandang rendah, dikecam dan tidak dihormati. Penghakisan secara strategik ini semakin mengancam keyakinan rakyat. Ia menunjukan betapa struktur sivik kita di ambang keruntuhan, dan tiada apa pun dapat kita lakukan untuk menahannya.

Dalam kekecohohan pergelutan politik, ada di antara kita yang hilang kepercayaan kepada institusi-institusi tersebut, ada juga yang sengaja diputar belitkan dalam usaha memenangi hati dan minda pengundi.

Contoh: Anwar mendakwa Pakatan kalah di Batang Ai kerana kononnya peti--peti undi terjatuh ke laut. Dia mendakwa mempunyai bukti dan akan mendedahkannya kemudian kelak. Bagaimanapun, seperti yang dijangka, pendedahan itu autar belaka. Kesemua peti undi tidak terjejas, malahan sentiasa tidak lekang daripada pengawasan orangnya semasa dalam perjalanan.

Kenyataan tidak bertanggung jawab seperti itu, terutama daripada seorang berpengaruh seperti Anwar perlu dielakkan kerana boleh menggugat keyakinan terhadap institusi-institusi negara...atau apakah ia sengaja dilakukan untuk mengkucar kacirkan negara dan seterusnya menyalahkan establsihmen pemerintah?

Di Thailand tiada apa lagi yang mampu memuaskan hati semua rakyat. Usaha menghakis keyakinan (malahan menanam kebencian) terhadap institusi-institusi negara kini lengkap, dan tiada satu pun dianggap boleh dipercayai rakyat.

Ini tidak boleh dibiarkan berlaku di sini.

Tuesday, April 14, 2009

The Ingrates in MCA


Ain't it obvious that the Chinese come together when it hits them right on the nose? All Chinese papers see Muhyiddin's comments as something negative. MCA, Gerakan and DAP also hopped on the band wagon to hit out at Muhyiddin. Differences of opinions aside and unite in the name of race. Just look at how the Chinese come together when confronted with issues that is related to their race. At the same time MIC, too, is pressing for important posts in the Cabinet. All these are happening when the Malays are seemingly weak and divided. If the Malays are strong will they have the audacity and resoluteness to put forth outrageous demands?



Yip Sun Onn (assembyman for Titi Tinggi, Perlis) won his seat as the people's representative with the support and votes from the Malays in the last general election. Many of the Malays in that constituency never really knew who Yip was before standing in Titi Tinggi. Although Yip never mixed with the Malays, nevertheless, the Malays still supported and voted for him. They chose him in the spirit of brotherhood in Barisan Nasional. Although he had on at least one occasion said things which could have hurt the Malays during his campaign, the Malays still helped him. They climbed posts and trees, stuck posters all over and went out of their way to speak in support of him.

Sadly, upon winning the seat at Titi Tinggi dan appointed Perlis State Exco, Yip began to show his true colours. He brashly interfered with the appointment of the JKKK for Titi Tinggi, where the majoriti is Malays. Yip brushed aside the democratic voice of the kampung folks who had wanted the UMNO branch chief to be the head. Yip unilaterally appointed the JKKK without the consent of the villagers, and caused a protracted division of the community. Was it Yip's right to determine members of the JKKK, which is tradisionally is chosen from the pool that is the UMNO branch committee?

The Malays of Titi Tinggi are not beggars. Mr MCA President, please take note of this case. Before you forge ahead with your populist demands, pray look back and ensure that MCA YBs are beyond reproach. Please go to Titi Tinggi and ask the Malays there. They were forced to chose an incapable candidate, that is Yip. If not because of Malay votes, don't even for a second think that MCA would have won the seat. People like Yip only thinks of himelf.

Yip is an example of how an MCA rep is not grateful to the Malays.


AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

So much for morals in Malaysia...


While not condoning any moral transgressions, whether it be within BN or elsewhere, one thing that we need is to get a firmer hold on things for the sake of our children. Henceforth, indiscretions by leaders, whether it is their private or personal rights must not be taken lightly...

What can we say about the fiasco surrounding Elizabeth Wong? No, she must not represent Bukit Lanjan anymore...

The following excerpt tells volumes about the convoluted moral mindset of those in Pakatan:

"Eli has not done anything wrong to the Rakyat. What one does in the bedroom is nobody's business. Try telling the story to the Westerners, esp. the French. Carla Bruni even posed nude in a magazine - so what? She is still First Lady of France with lots of admirers (I would not ask our First Lady to do the same though ... ehemm...). I have not seen any nude pics of Eli, but I believe she has a great physique that other women envy. Who cares as long as Eli does her job well. Would you exchange her for a corrupted politician who would be more interested in his own pocket or someone not as good as her? What a pity to lose her."

1 Malaysia menggugat kewibawaan Anwar


Blog ini pernah memberikan komen bagaimana Anwar sebenarnya tidak mempunyai modal untuk menyerang kabinet baru yang ada. Anwar cuba - bukannya tidak cuba, untuk mengadakan mesyuarat ‘inner circle’ untuk mencari loopholes di dalam kabinet Najib. Sayangnya, kebanyakan mereka yang memberi komen gagal mencari ’substance’ buruk yang boleh dijadikan modal untuk menidakkan kabinet yang ada. Justeru, ini memberikan bukti bahawa pilihan yang dibuat Najib Razak adalah depat.

Sukar sebenarnya, untuk melihat individu yang penuh dengan sifat kesumat dendam seperti Anwar untuk bersikap senyap (elegant silence?) kepada kabinet yang ada. Anwar cuba juga cari kelemahan. Nak pertikaikan integriti apanya apabila individu seperti Muhyiddin Yassin, Rais Yatim, Husni Hanadzlah, Saifuddin Abdullah ada di situ? Apatah lagi, apabila ‘Tok Pa’ yang dikenali sebagai seorang yang sangat halus pekerti dan akal budi; turut sama berada di dalam barisan. Anwar lemah lutut. Nak cari ruang macamana lagi?

Lebih daripada itu, Anwar juga dikatakan amat risau dengan kemungkinan ‘buy in’ rakyat Malaysia terhadap konsep ‘1 Malaysia’ yang dibawa oleh Najib Razak. Anwar risau kerana ini adalah konsep yang ada ‘appeal’ dan mampu menarik semula rakyat kepada parameter ‘langkau politik’ yang berbahaya kepada kelangsungan politik Anwar. Kenapa Anwar tidak mahu ulas kemungkinan ‘1 Malaysia’ itu ‘Malaysian Malaysia’?

Hebatnya slogan 1 Malaysia adalah ianya memulangkan interpretasi kepada rakyat. Jika mereka melihat daripada tingkap pandang ‘racism’ dan perkauman - maka ianya sekaligus membayangkan sikap ‘perkauman’ yang tebal dalam diri si pendefinisi. Kalau Anwar ulas 1 Malaysia, maka Anwar akan membuat ‘kesilapan intelektual’ yang maksimum.

Umum perlu tahu, bahawa proponent kepada konsep ‘Malaysian Malaysia’ di dalam sejarah moden Malaysia adalah Anwar Ibrahim sendiri. Dialah yang memulakan kononnya selama ini warga Malaysia, berketurunan bukan Melayu sebenarnya ‘penumpang’ di bumi Malaysia. Anwar yang membenihkan nilai kebencian dan prasangka ini. Anwar yang mahukan semuanya menjadi ‘equal’ dan samarata. Tidak perlu ada pendekatan ‘affirmative action’ walaupun secara jelas dan nyata - ada yang tidak tepat di dalam strata masyarakat.

1Malaysia ini adalah suatu gerakan ‘check mate’ kepada Anwar. Bayangkan, sehingga hari ini - tidak ada satu baris ayat pun yang memberikan pandangan Anwar terhadap konsep ini. Anwar bagaikan ‘King of Chess’ yang tidak mampu bergerak waima satu langkah pun! Tidak ada ‘pawn’ yang boleh Anwar kehadapankan dalam berhadapan dengan konsep 1 Malaysia. Cukup tragis!

Anwar selalu, baik di Bukit Selambau mahupun di Bukit Gantang - membayangkan suasana Malaysia yang sangat rentas kaum. Ironinya, di dalam PKR sendiri - dominasi Melayu bagaikan terang lagi bersuluh. Perjuangan DAP adalah sangat keCinaan. PAS masih lagi membawa rentak sebagai parti ‘Melayu Islam’ of choice - kononnya kepada seluruh bangsa Melayu. Apakah ini bukannya garis perkauman.

Jika Anwar sebenar-benarnya memperjuangkan kesamarataan, kita ingin melihat parti lain dibubar - dan kesemuanya diletakkan di dalam satu ‘banner’ perjuangan PKR. Anwar akan menjadi sangat hebat dan mahsyur sekiranya ini dapat dilaksanakan. Mengapa tidak? Bukankah PKR itu memperjuangkan Malaysia yang dimiliki oleh orang Malaysia - Malaysian Malaysia.

Anwar jangan jadi seorang politikus yang tidak bertanggungjawab. Cakap lain, buat lain. Cakap mesti serupa bikin. Anwar mesti menawarkan sesuatu yang lebih ‘Malaysia’ daripada konsep ‘1 Malaysia’ - barulah kredibilitinya tidak diragui dan dipertikaikan. Anwar boleh dan wajar berfikir ke arah ini.

p/s: Anwar yang bawa Malaysian Malaysia dalam suasana baru….tak ubah macam Harry Lee Kuan Yew. Hebat anak Pak Brahim…

sumber - gelagat anwar

Fairus kepada Keadilan: Siap kau nanti!


Mohammad Fairus Khairuddin mengugut akan ‘menghuru-harakan’ keADILan sekiranya parti itu mencadangkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng agar memecatnya daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

“Saya akan membongkar dan mendedahkan kepada umum (kononnya) segala penyelewengan parti, jika saya dipecat,” Fairus dipetik berkata.

Perkara itu dimaklumkan ADUN Penanti berkenaan pada pertemuan tertutup dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita keADILan Permatang Pauh pada 4 Disember lalu.

Pertemuan di rumah wakil peribadi Presiden Keadilan Hajah Che Wa Harun, di Tanah Liat di sini, turut dihadiri Ketua Wanita Permatang Pauh, Khatijah Yahya.

Menurut sumber pertemuaan bermula kira-kira 8.00 malam dan berakhir 12.00 malam.

Difahamkan pertemuan itu diadakan sebagai strategi Fairus untuk meraih sokongan akar umbi sekiranya dia dipecat berikutan desakan pelbagai pihak yang mahukan dia meletak jawatan.

Selain mengungkit pengorbanannya kepada parti selama ini, Fairus turut melahirkan rasa kecewa dengan beberapa tindakan Anwar Ibrahim terhadapnya.

Fairus jelas sumber itu turut mengula-gula wanita bahagian dengan beberapa janji manis untuk membantu mereka.

Menurut sumber Fairus juga mendakwa Angkatan Muda Negeri (AMK) bersedia pertahankannya sekiranya parti itu mengambil tindakan ke atasnya.

Bagaimanapun seorang ahli jawatankuasa AMK yang dihubungi menafikan perkara itu.

“AMK negeri dalam proses akhir untuk menghantar memorandum kepada TKM 1 berupa amaran keras agar beliau meningkatkan prestasi kerjanya. Kami memberi tempoh kepada beliau sehingga 31 Disember depan,” jelasnya.

Tambah AJK berkenaan sekiranya Fairus tidak mengendahkan amaran keras itu, pihaknya akan menyusul dengan memorandum mendesaknya meletak jawatan.

Salah seorang bekas pegawainya ketika diminta komennya berkata, sekiranya Fairus bertindak demikian para bekas pegawainya akan bertindak balas.

"Kami dalam cadangan menubuhkan 'team bekas pegawai TKM 1' yang akan membantu pimpinan parti menjelaskan kepada rakyat kedudukan sebenar sekiranya Fairus ditukar," ujarnya.

Seorang penganalisis politik berpendapat pemecatan Fairus tidak akan menganggu gugat kestabilan dan kekuatan parti.

“Berbanding dengan kehebatan Ezam, apalah sangat pengaruh Fairus, cuba kita lihat apa yang terjadi kepada Ezam akhirnya.”

Ditanya kemungkinan Fairus akan menyertai Umno, dia berkata ‘lagi senang kerja kita untuk jelaskan kepada rakyat.”

sumber - alahaifairustkmpenang.blogspot.com

Monday, April 13, 2009

Lagi masalah kepada BN dari MIC


Saya tertarik dengan sorotan Ahmad Talib dlm blognya berhubung sikap MIC. Berikut petikan posting tersebut:


"DALAM SEHARI DUA YANG LEPAS, kedengaran pula suara dari MIC yang kononnya merasa kecil hati kerana tidak dapat menambah jawatan dalam Kabinet.

Tetapi tidak pula ada mana-mana pemimpin kanan yang berani tampil mengesahkannya. Berita itu terpapar dalam beberapa laman blog dan dipetik juga oleh akhbar tempatan. Sumber berita cuma seorang pegawai kanan parti.

Dalam politik, pegawai kanan yang dimaksudkan itu boleh jadi presiden parti atau pegawai eksekutif yng dibayar gaji. Salah seorang dari pegawai majlis tertinggi juga boleh diiktiraf sebagai pegawai kanan.

Cuma, apabila sumber berita itu tidak dinamakan, kesimpulannya ialah laungan atau cadangan itu berupa satu lontaran pandangan yang mempunyai motif tersendiri. Ada beberapa andaian yang boleh dibuat:

1 - memang parti itu berpendirian demikian dan mahu meminta lebih jawatan menteri berbanding satu jawatan menteri penuh dan dua timbalan menteri;

2 - ada pihak dalam parti yang mahu pucuk pimpinan parti mendesak PM Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menambah kerusi untuk MIC;

3 - pucuk pimpinan mahukan tambahan kerusi tetapi tidak mahu nampak seolah-olah mereka mahu menekan PM, dan minta "pegawai kanan" yang dimaksudkan itu membuat "lontaran;"

4 - ada pihak dalam parti main buang batu sembunyi tangan;

5 - mungkin ada juga yang nak "test power" PM baru kita.

6 - atau lontaran cadangan ini datang dari kesemua andaian di atas.

Dalam hal ini, PM tak perlu jawab. Memadai dengan seorang "pegawai kanannya" yang menjawab. Buat apa PM perlu jawab satu lontaran yang tidak tahu hujung pangkalnya? Lagipun, cemerlang sangat ke prestasi MIC untuk buat "demand" sedemikian rupa?"

Friday, April 10, 2009

Mungkin ada sebab sesetengah watak sangsi di kekalkan dalam kabinet...


Walau apa sekali pun yang diperkatan tentang susunan kabinet Najib, kita seharusnya memberi kepercayaan kepadanya. Tak mungkin beliau sengaja mencari nahas mengekalkan elemen-elemen pembinasa dalam jemaah menterinya itu.

Mungkin ada strategi pintar di sebaliknya...mungkin, seperti yang dilihat oleh AKJ dalam blognya (sini) hari ini, ia helah "mengikat mereka untuk mendapatkan maklumat serta rahsia tindak tanduk mereka ketika dalam kabinet lama."

Hmm, jika ini benar, keadaan menarik sekali..."indeed, we are living in interesting times..."

Satu lagi observasi ialah tuntutan kuota oleh parti komponen yang tidak menunjukkan prestasi sejak PRU tahun lepas dan pilihanraya-pilihanraya kecil selama ini. Saya setuju dengan AKJ mereka sebenarnya tidak ada hak sahih untuk menuntut kuota.

Namun, walau apa sekali pun, saya menaruh kepercayaan terhadap angin perubahan yang bakal dibawa oleh pimpinan Dato' Seri Najib.

Thursday, April 9, 2009

Parti Keadilan bertuankan Amerika Syarikat?



Ramai orang bertanya kepada saya (kerana pengalaman saya menetap di Nevsehir, Turki untuk satu tempoh yang agak lama) apakah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam?

Jawapan saya: 'Jangan terpedaya. Parti Keadilan Turki adalah hamba Amerika. Ia adalah parti sekular-liberal maka tidak menghairankan jika ada orang tergila-gilakan strategi dan metodologi parti tersebut untuk diaplikasikan di sini. Parti yang memperjuangkan Islam di Turki tetaplah parti yang dipimpin Necmettin Erbakan.'

Mereka yang terpedaya dengan silap mata Parti Keadilan ini mungkin akan merujuk 'keberanian' Perdana Menteri Turki Recep (cara baca ialah Rejab (macam bulan Rejab) Tayyip (yang bermaksud bagus) Erdogan yang memalukan Presiden Israel dalam sebuah persidangan antarabangsa ketika Gaza sedang hangat digasak Zionis awal tahun ini.




Sekali lagi, saya akan menyatakan: 'Jangan terpedaya. Taktik Parti Keadilan ini kita tahu benar. Dalam pertemuan dengan Ariel Sharon misalnya Erdogan sangat menyebelahi boneka Amerika di Palestin, Mahmoud Abbas (sila lihat di sini), malah Erdogan sangat menyokong 'road map' bikinan Amerika dan Zionis. '

Strategi politik Parti Keadilan Turki ialah meraih minat pengundi muslim di negara tersebut dengan isu-isu hak asasi, integriti, membanteras rasuah dan sebagainya. Dan pengundi di Turki yang memang dahagakan itu semua (setelah lelah oleh pelbagai parti pemerintah yang korup dan pemerintahan tentera) pun tidak ada pilihan lain melainkan menyokong AKP.

Justeru, mereka melupakan hakikat Parti Keadilan Turki adalah salah satu lagi projek Amerika untuk pertama, menjadi 'pemujuk' Syria; kedua, mengimbangi kuasa dan pengaruh Republik Islam Iran, dan terakhir memberi suntikan besar untuk moderat dan liberalis di dunia Islam. Jika benar Parti Keadilan Turki berhasrat untuk mengangkat Islam, sudah lama kuasa Barat menghancurkannya seperti yang berlaku kepada Hamas (memenangi pilihan raya Palestina) dan FIS (yang pernah memenangi pilihan raya Algeria lama dahulu.)

Jadi, adakah Erdogan bermain sandiwara? Jawapannya ya. Jadi sesekali, Erdogan akan beraksi kerana memang Israel wajar dimarahi (tetapi kemarahan Erdogan tidak pernah diterjemahkan dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel) sedang di belakang pintu, Turki memerlukan Israel kerana pelaburan Yahudi amat besar di negara tersebut. Turki adalah pembeli kepada sistem satelit Ofeq yang dihasilkan oleh Israel, ini termasuklah sistem 'Arrow missile air-defence'. Ini bermakna kemampuan militari dan perisikan Turki bergantung sepenuhnya kepada Zionis.

Eksport Israel ke Turki setiap tahun berjumlah $1.5 billion sementara import pula melebihi $1 billion. Turki telah lama merancang membina paip untuk membekalkan air, elektrik, gas dan minyak mentah kepada Israel. Januari 2000, Turki dan Israel menandatangani "Turkish Israeli free trade agreement" yang menjadikan Turki sebagai negara Islam pertama mempunyai perjanjian sedemikian dengan regim Zionis. Perjanjian itu juga menyatakan untuk membina paip tersebut. Israel memerlukan air Turki yang akan diambil dari Sungai Manavgat (lihat sini).

AKP tentu tidak dapat mengabaikan perjanjian yang menguntungkan apabila mula berkuasa dalam tahun 2002 (lihat sini). Projek tersebut akan memberi keuntungan berlipat kali ganda buat kerajaan pimpinan Erdogan (lihat sini) yang menguasai kerajaan dengan slogan "AK Parti tidak ada agenda agama". Tidak hairanlah 24 Mei 2004 selepas Erdogan mengecam pembunuhan as Syahid Shaikh Ahmad Yassin, firma separa kerajaan Zorlu Group dari Turki menandatangani projek bernilai 800 juta dengan Israel. Strategi 'makan dua' Parti Keadilan Turki ini lebih jelas apabila Menteri Luar Turki waktu itu Abdullah Gul (sekarang Presiden Turki) boleh menandatangani pembinaan zon industri dengan Palestin (kerajaan Abbas) dan Israel pada hari yang sama iaitu pada 31 April 2006.

Turki di bawah AKP juga memerlukan Mossad Israel bagi menahan pemimpin pemberontak Kurdish (PKK), Abdullah Ocalan.

Begitulah untuk mengimbangi emosi pengundi muslim Turki, AKP akan sekali-sekala 'menghentak' Israel tetapi kekal menjalinkan hubungan mesra di belakang. Sehingga di permukaan orang menyangka AKP adalah wira negara dan umat Islam, sedang di belakang keintimannya dengan Zionis tetap berjalan.

Jadi, berhati-hatilah. Jangan cepat percaya. Biarlah Turki sahaja menjadi hamba Zionis dan Amerika.

Sesiapa yang dari sini merujuk Parti Keadilan dan Pembangunan Turki, harus dicurigai dan lebih diwaspadai. Kerana Parti Keadilan Turki adalah 'pet' Amerika dan merupakan projek jaya negara penindas itu dalam mengekang kebangkitan sebenar gerakan Islam.

Jadi hairan apa, jika di sini; strategi mengupayakan kumpulan liberalis nampaknya dengan penuh gah sekali berjaya mengekang kemaraan dan keupayaan PAS yang sebenar, sehingga khabarnya pimpinan parti Islam tersebut diberi 'amaran dan nasihat' oleh proksi Ikhwanul Muslimin supaya segera menghindar diri dari kumpulan moderat liberal boneka Barat ini.

sumber - faisal tehrani

Tuesday, April 7, 2009

Menyorot hasil dua bukit


Jangkaan awal pengundi Cina akan berpaling kepada BN tidak berlaku.

Apa yang terjadi pengundi Cina di Bukit Gantang sebaliknya membelakangkan BN. Hanya 10 peratus pengundi Cina mengundi calon BN sementara baki 90 peratus lagi mengundi Nizar dan Pakatan.

Apa yang diperhatikan parti-parti komponen BN, iaitu MCA dan Gerakan perlu mengkaji dengan mendalam apa yang berlaku. Jika Bukit Gantang dapat digunakan sebagai pengukur, pengundi Cina telah hampir sebulat suara menolak mereka!

Dalam pada itu statistik yang sama menunjukkan bahawa pengundi Melayu yang memilih BN sebenarnya telah bertambah...oleh itu, kita sama-sama tengok siapa yang menolak siapa di sini...

Pemuda PAS akan minta diambil tindakan ke atas ADUN DAP...dah tu pasal PAS masih tak faham?


Pemuda Pas akan mengambil tindakan dengan menegur bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Nga Ko Ming yang menggunakan ayat al-Quran dengan dalam ceramahnya baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi berkata, teguran tersebut diberikan kepada Ko Ming kerana beliau tidak menyebut ayat-ayat al-Quran dengan betul.

“Dalam kes ini, kita mengakui bahawa beliau telah salah menyebut seperti mana yang sepatutnya, kita akan tegur beliau, tetapi sekurang-kurangnya pemimpin DAP itu ingin memetik ayat Al-Quran dan seolah-olah mengakui kebenaran kitab yang dibawa oleh Islam ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, penggunaan ayat Al-Quran oleh masyarakat buka:n Islam bergantung kepada tujuan dan niat seseorang itu, bahkan orang Islam juga haram menggunakannya jika niat yang ditunjukkan tidak betul sebagaimana yang ditetapkan agama.

:“Tetapi dalam kes ini, saya mempersoalkan kenapa Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria tidak menegur ramai masyarakat Islam yang tidak menggunakan ajaran serta menyebut al-Quran dengan betul.

:“Malah kerajaan di bawah pimpinan UMNO juga tidak menggunakan al-Quran sebagaimana panduannya, kenapa ini juga tidak ditegur,” katanya.

:Menurutnya, isu ini hanya dimanipulasi dan dipergunakan pihak Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk mendapatkan kepentingan politik khususnya dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula menyelar tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis itu yang disifatkan sebagai biadab dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, al-Quran merupakan ayat suci masyarakat Islam yang tidak boleh dipermainkan sesuka hati oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

“PPIM memberi amaran bahawa umat Islam di negara ini akan mempertahankan al-Quran daripada dipersendakan dan dipermainkan oleh mereka yang bukan agama Islam.

“Jangan cabar maruah umat Islam di negara ini kerana umat Islam sangat bertoleransi dan penyabar tetapi tidak berkompromi dengan mereka yang mencabar maruah agama,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, PPIM memohon satu tindakan tegas diambil terhadap ADUN DAP ini atas tindakan yang dilihat boleh menimbulkan serta memprovokasi sentimen perkauman di negara ini.

-Sinar Harian-

Monday, April 6, 2009

Mereka yang mempertahankan Al-Quran di panggil monyet?


 

Peguam/blogger Harris Ibrahim menyanggah dan menyindir tindakan mulia sekumpulan orang Melayu yang membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggung jawab YB Ngar Kor Ming di IPD Taiping kelmarin.

Harris dengan jeliknya menyifatkan mereka sebagai monyet.

Premis kecamannya itu kerana seorang daripada kumpulan yang membuat laporan tersebut merupakan timbalan ketua cawangan UMNO bahagian Bagan Datoh. Itu menaikkan lagi kemarahan blogger berkenaan.

Bagaimanapun, hakikatnya, tidak kira samada laporan dibuat oleh orang UMNO, PAS atau siapa saja bagi mempertahankan maruah Islam, apa yang nyata tindakan itu perlu dilakukan.

Bagi betis nak peha...


Peranan MCA sebagai parti komponen mewakili masyarakat Cina yang merupakan rakan kongsi BN kedua terutama selepas UMNO perlu dikaji dan perhalusi sebelum Kepimpinan BN dan Kerajaan menimbangkan permintaan yang berulang ini. Ini kerana prestasi MCA yang hanya mampu meraih 15 kerusi Dewan Rakyat secara automatiknya tidak melayakan mereka membuat sebarang ‘permintaan’, lebih lebih lagi strategik seperti Timbalan Perdana Menteri II. Kemampuan meraih 15 kerusi ini pun bergantung pada undi Melayu, yang semestinya dijana kerana ‘muka’ yang UMNO berikan.

Jika dihayati sebenar konsep ‘perkongsian kuasa’ yang mula mula dibawa Perikatan yang ditunjangi UMNO bawah Kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra ialah masyarakat minoriti etnik Cina dan India diberikan peluang untuk sama sama menyertai proses Pilihanraya untuk memberikan wakil dan suara dalam Majlis Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu (1955), walaupun sebilangan besar dari kawasan yang mereka tandingi ialah kawasan majoriti Melayu. Kemudian, setelah dipilih, mereka tetap diundang untuk menduduki Kabinet kerana Tunku mengiktiraf bahawa keperluan etnik minoriti dalam proses pembinaan Negara-Bangsa. Ini tidak bermaksud konsep ‘perkongsian kuasa’ untuk ialah ber’kongsi’ secara samarata. Kompromi politik yang Kepimpinan Melayu sanggup buat perlu dihayati dari konteks yang betul.

 Peranan minoriti etnik Cina dikatakan penentu antara BN (UMNO) dan PR (PAS), kerana orang Melayu sebagai majoriti penduduk kawasan Parlimen ini dikatakan sudah membuat kesimpulan pihak mana yang mereka sokong. Oleh demikian, parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina sengaja membangkit isu ini sekali lagi sebagai ‘ugutan politik’ kerana undi yang dipengaruhi masyarakat Cina dalam situasi ‘stand-off’ dimana UMNO dan PAS sama kuat seperti di Bukit Gantang ini amat berharga.

Kemenangan ‘moral’ PRK Bukit Gantang ini amat penting bagi Kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Pertamanya, ini kerana beliau baru mengangkat sumpah dan kemampuan pentadbiran baru meraih keyakinan rakyat di’uji’ dari prestasi BN disini.

Kedua, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Perak dan baru baru ini, penerimaan dan keberkesanan pengaruh dari kejayaan menubuhkan Kerajaan Negeri BN baru dan mengundurkan kerajaan boneka-DAP secara ‘paksa’ diukur dalam PRK Bukit Gantang ini.

Ketiga, ‘peperangan psikologi’ secara fitnah yang Ketua Pembangkang dan Mantan Banduan Salahguna Kuasa Anwar Ibrahim lontarkan secara konsisten untuk ‘membunuh’ kareer poliitik Dato’ Seri Najib juga di’uji’ dalam medan PRK Bukit Gantang ini.

Dalam pada itu, pemimpin politik masyarakat Cina makin ‘berani’ dan ‘lantang’ memperkudakan Islam dalam kempen politik mereka. MP DAP Taiping Nga Kor Ming dirakam menggunakan ayat Al-Quran dan membuat tafsiran semasa membuat ceramah politik. Ini dijangkakan amat menimbulkan kontroversi dikalangan masyarakat Melayu. Mufti Perak Dato’ Harussani Zakaria juga apabila diminta membuat ulasan berpendapat tindakan pemimpin DAP biadap ini keterlaluan kerana sebagai seorang Bukan Islam, tafsiran mengenai ayat suci Al Quran dikhuatiri akan di’lacur’kan hanya untuk kepentingan sempit politik.

Ini jelas menunjukan bahawa ada dikalangan pemimpin politik Cina yang berani biadap, terutama bila pemimpin politik Melayu, seperti PAS dan PKR reda untuk tunduk dan ‘menyembah’ mereka, demi pengaruh politik. Walaupun Kerajaan boneka-DAP Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berjaya di’kalah’kan, namun pengaruh sebenar kuasa di Perak jelas terletak bawah DAP dan PAS ‘terbelenggu’ bawah telunjuk DAP. Pilihan Dato’ Seri Nizar sebagai calon PRK Bukit Gantang itu illustrasi jelas bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP walaupun Kepimpinan PAS memilih calon lain.

Orang Melayu perlu waspada dengan perkembangan ini. Pertama, kompromi politik yang orang Melayu sebagai majoriti dan pribumi tanahair ini sanggup dan wajar berikan perlu ada had. Kedua, dalam kealpaan sedikit kompromi diberikan dan dalam kekeliruan memberikan orang lain ‘kebebasan bersuara’, perlu jangan dibiarkan sehinggakan sub-kumpulan ala kommunis dari sebahagian etnik minoriti Cina seperti chauvinis dan pelampau DAP berani berlaku biadap dan me’lacur’kan ugama Islam dalam modal politik mereka. Ini mampu akan menjadikan konflik antara kaum dan/atau ugama yang begitu ramai pihak mahu dielakan berkudis semula sehingga “menang jadi abu, kalah jadi arang”.


Dari bigdog

Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negara Bersama 9 Ulama dari Seluruh Dunia


Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negara Bersama 9 Ulama dari Seluruh Dunia

Tarikh: 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Majlis bermula: 4.30 petang – 9.30 malam

Antara jemputan khas:

•Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
•Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
•Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) - membacakan Qasidah Burdah
•Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
•Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
•Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
•Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
•Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
•Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi

Aturcara Majlis

4.30pm -- Sholat ‘Ashar Berjemaah

4.45pm -- Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

5.15pm -- Pembukaan Pengaraca Majlis

5.30pm -- Ceramah 1 - Prof. Dr. Rafi' al-Ani (Mufti Iraq)

6.00pm -- Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)

6.30pm -- Qasidah Burdah - Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)

6.50pm -- Syair - Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)

7.05pm -- Ceramah 3 - Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)

7.25pm -- Azan dan Sholat Maghrib

7.45pm -- Ceramah 4 - Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)

8.31pm -- Azan dan Sholat ‘Isyak

8.40pm -- Ceramah 5 - Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)

8.50pm -- Bacaan Maulud ad-Daiba'ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)

9.20pm -- Doa Penutup - Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)

9.30pm -- Jamuan & bersurai

Sunday, April 5, 2009

Selingan...


Di Chennai India, seorang lelaki yang mabuk dikatakan mengadakan hubungan seks dengan mayat isterinya.

Si lelaki (suami si mati) telah pulang ke rumah dan memaksa isterinya yang berusia 28 tahun itu untuk melakukan seks, tetapi ditolak oleh isterinya yang jemu dengan perangai tidak bertanggung-jawab sisuami. Si isteri dikatakan sejak sekian lama menyara keluarga dengan menjual jus buah-buahan menggunakan kereta tolak sementara si suami tidak bekerja.

Apabila enggan akur dengan permintaannya, si suami yang mabuk itu itu telah menyerang isterinya sehingga terjatuh dan meninggal dunia.

Dan dalam perkembangan lain di Geylang Singapura, seorang wanita koma dan 28 lagi dimasukkan ke hospital setelah mengalami keracunan makanan selepas makan di sebuah gerai rojak India terkenal.

UMNO selalu berkorban...yang lain?


Ada pihak yang mendakwa kaum mereka masih dipinggirkan, walhal sebenarnya UMNO dan orang Melayu sering mengorbankan kerusi-kerusi majoriti Melayu bukan hanya untuk orang India, tetapi juga untuk orang Cina.

Tapi, kita tak pulak pernah mendengar kerusi-kerusi India atau Cina diberikan kepada UMNO atau mana-mana kerusi majoriti PAS diberikan kepada calon bukan Melayu (walaupun PAS mendakwa ia berjuang untuk semua)...apa pulak dengan DAP? Mereka mendakwa tidak keberatan memberikan kerusi majoriti Cina kepada Melayu, tapi realitinya berapa kerat orang Melayu dalam DAP?

Lerrr, patutla Anwar takut nak umumkan ‘kejutannya’ tu


Dalam perkembangan terbaru di antara desas-desus konnonya Anwar akan sekali lagi membuat 'kejutan' (buat gempaq kot?), rupa-rupanya lain kaedahnya...

Dakwaan bekas naib presiden PPP V. Nadaraja yang kononnya 6,000 ahli parti dari 8 bahagian di Kedah akan melompat ke PKR rupanya autar besar lagi.

Timbalan Pengerusi PPP negeri K.Vadiveloo tadi berkata hanya tujuh orang memasuki PKR...dan daripada jumlah itu lima dibuang dari parti bersabit masalah disiplin.

Jika benar perkembangan terbaru ini, terjawablah sandiwara Anwar yang berhelah nak buat pengumuman selepas pembangkang menang ketiga-tiga kerusi dalam pilihan raya kecil minggu ini.

Malaysia negara Islam


Islam tidak membahagikan dunia kepada negara sekular atau negara Islam seperti yang difahami oleh sesetengah pihak.

Al-Quran dan Sunnah hanya menyebut dan mengkisahkan tentang orang Islam dan orang kafir, bukan mengenai negara Islam dan negara bukan Islam.

Oleh kerana itu ianya bukanlah menjadi perkara dasar untuk membincangkan sesebuah negara itu Islam atau bukan Islam, selagi ia menjalankan dasar-dasar yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, menjaga hak orang-orang Islam dan bukan Islam serta melaksanakan keadilan.

  • Oleh itu, definisi istilah negara Islam hanyalah menurut Ijtihad para ulama sahaja. Ulama muktabar menggariskan, negara hanya digolongkan kepada tiga iaitu negara Islam (Darul Islam); negara kafir yang berdamai dengan negara Islam (Darul Harb) dan negara kafir yang tidak memerangi negara Islam (Darul Ahd). Mengikut kaedah fiqah Islam, Darul Harb dan Darul Ahd adalah negara orang kafir.

  • Mengikut definisi, Malaysia adalah negara Islam kerana diterajui oleh pemimpin beragama Islam iaitu Yang di-Pertuan Agong dan majoriti penduduk beragama Islam.

  • Malaysia juga adalah anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC).

  • Satu-satunya negara di dalam dunia yang menjadikan Islam agama bagi negara ialah Malaysia kerana termaktubnya dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam fasal 3 Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Definisi Negara Islam Menurut Ulama Mu-tabar :

  • Oleh kerana tidak dinyatakan dalam al-Quran atau as
    Sunnah, konsep negara Islam termasuk dalam perkara-perkara ijtihadiyah
    iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan.

Antara pandangan ulama mengenai negara Islam adalah :

a) Menurut Muhammad bin Hassan As-Syaibani (ulama terkemuka dari mazhab Hanafi), negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam dan orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya.

(Perlembagaan Malaysia Perkara 32 dan 39 memperuntukkan ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong itu mestilah seorang raja yang dipilih daripada kalangan raja-raja Melayu yang beragama Islam).

  • Sejak merdeka, BN telah memperuntukkan jawatan-jawatan penting dalam jemaah menteri hanya dipegang oleh menteri yang beragama Islam. Kenyataan ini menepati pendapat ulama
    berikut :

b) Menurut Syeikh Muhammad Abu Abu Zuhrah, Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam.(Rujukan: Abu Zahrah. Syeikh, 164, hal. 377)

Sekiranya dilihat (Pemerintahan ketenteraan di negara ini adalah di bawah pentadbiran orang Islam kerana jawatan tertinggi seperti Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dilantik dari kalangan orang Islam. Angkatan tentera yang ditubuhkan ini mampu mempertahankan negara dan agama daripada pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negara).

  • Ramai ulama bersependapat sekurang-kurangnya negara Islam mestilah berketuakan orang Islam iaitu Wizaratul Tafwik (pembuat dasar) mestilah Islam seperti Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Wizaratul Tanfiz (Pelaksana dasar) seperti anggota jabatan kerajaan yang melaksana dasar tidak semestinya Islam.

c)Syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara Islam.(Oleh itu, jika ada yang menganggap hukum hudud tidak dilaksanakan di negara, hal ini tidak menggugurkan status Malaysia sebagai sebuah nDr Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam merumuskan, pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyah bukanlah menjadi negara Islam).

  • Di dalam al-Quran menyatakan apabila dua puak berbalah, hendaklah dicari kata sepakat dan sekiranya kata sepakat telah dicapai hendaklah dipatuhi. Maka sekiranya ada mana-mana pihak tidak patuh, maka hendaklah diperangi.

Di Malaysia, Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) diiktiraf sebagai kata penentu atau kesepakatan. Maka, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

Oleh itu, sesiapa yang menyanggah keputusan Jawatankuasa itu adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah syariah.

Pelaksanaan Malaysia Sebagai Negara Islam

  • Dasar Penerapan nilai-nilai Islam.
  • Sultan sebagai ketua Agama.
  • Dasar Bersih, Cekap, Amanah.
  • Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pengurusan kewangan yang cekap.
  • Negara Islam contoh.
  • Kad perakam waktu (Punch Card).
  • Azan dan Syiar Islam yang lain.
  • Jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia.
    Antaranya ialah: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Mufti, Baitul Mal dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Tabung Haji, Perbankan Islam dan Jabatan Pendidikan Islam.

Kelemahan Pas Berhubung Isu Negara Islam

  • Dulu Pas menganggap kerjasama UMNO dengan parti komponen lain yang pemimpinnya bukan beragama Islam adalah amalan yang bercanggah dengan konsep negara Islam.

    Bagaimanapun, Pas kini menjalinkan kerjasama dengan DAP. Walhal, DAP dilihat cenderung menentang sebarang tindakan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan umat Islam di Malaysia.

  • Malahan demi kepentingan politik dan mendapat sokongan daripada DAP, Pas akhirnya sanggup menggugurkan perkataan negara Islam dari manifestonya. Oleh itu, amat jelas Pas tidak bersungguh untuk menjalankan pentadbiran Islam sebaliknya hanya bermuka-muka. Keadaan ini berbeza dengan tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN contohnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir (ketika itu) telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam Mesyuarat Agung Parti Gerakan.

  • Mursyidul Am Pas, Dato Nik Aziz Nik Mat pernah berkata, jawatan Perdana Menteri tidak semestinya dipegang oleh orang Islam malah orang bukan Islam termasuklah daripada DAP boleh memegang jawatan tersebut. Ia secara jelas bercanggah dengan konsep negara Islam yang mewajibkan ketua negara adalah beragama Islam.

  • Selepas Dr Mahathir bertanyakan di mana pelan induk Pas mengenai Islam, Pas terpaksa menerima desakan penyokong-penyokongnya. Pada 12 November 2003, Pas secara tergesa-gesa melancarkan satu dokumen negara Islam Pas yang sebelum itu tidak pernah wujud.

Jika diperhalusi secara mendalam, tidak ada satu pun perkara baru yang dibawa oleh Pas sebaliknya semua perkara yang dinyatakan ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini.

Isu-isu yang Sering Diutarakan oleh Pas

Isu Hudud

  • Pas menuduh sistem kehakiman dan perundangan negara adalah perundangan sekular kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Hudud menurut Pas seperti dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan jelas sekali mengikut citarasa sendiri, contohnya, Fasal 56 memberi pilihan orang bukan Islam memilih enakmen syariah atau tidak (sama dengan sistem kehakiman Malaysia).

  • Manakala Fasal 68 mengenai syarat menjadi hakim syariah boleh juga dari kalangan hakim Mahkamah Tinggi Malaysia atau Borneo (iaitu hakim dalam sistem kehakiman Malaysia).

  • Pas menuduh mahkamah sivil Malaysia sekular, tetapi Pas menerima pakai syarat kelayakan hakim mahkamah sivil yang sama untuk syarat kelayakan hakim syariah di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

  • Pas menuduh pemimpin UMNO menolak hudud. Kerajaan pimpinan UMNO sudah berkali-kali menyatakan mereka tidak menolak hudud kerana hudud adalah hukum Allah.

  • Pemimpin UMNO menegaskan, mereka tidak menerima dan tidak bersetuju dengan hukum hudud ciptaan Pas. Sebahagian daripada hudud Pas bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah :

    a. Fasal 56(1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan menyatakan hukum hudud Pas hanya berkuat kuasa kepada orang Islam. Ini bertentangan dengan hudud Allah yang berkuatkuasa tanpa mengira Islam ataupun bukan Islam.

    b. Mukalaf mengikut Pas adalah mereka yang berumur 18 tahun sedangkan dalam mazhab Syafie syarat untuk mukalaf ialah cukup umur (baligh) dan sempurna akal (tahu membezakan yang baik dan buruk).

    c. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan mempunyai kekurangan kerana hukuman bagi penderhaka kepada kerajaan (Bughah) tidak diperuntukkan di dalam enakmen tersebut.

Penjelasan :

a. Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan hukum Jenayah Islam seperti hukum Tazir, qisas (bunuh dibalas dengan bunuh) dan beberapa hukum hudud seperti hukuman ke atas penderhaka Kerajaan (Bughah).

Contohnya, orang berzina dan meliwat tetap dihukum dengan hukuman Tazir, cuma tidak disebat 100 kali. Ini merujuk kepada istitoah (keupayaan) untuk melaksanakan hukuman tersebut ke tahap maksima (tertinggi).

b. Sabda Rasulullah saw: dan apa-apa perkara yang telah diperintahkan ke atas kamu untuk melaksanakannya, maka laksanakanlah mengikut kemampuan kamu.


 

Isu Sumber Haram Dalam Negara

Pas mendakwa Kerajaan Malaysia memperolehi pendapatan daripada sumber kegiatan haram seperti judi dan arak.

Penjelasan

a. Malaysia sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara berhubung hukum-hakam Islam. Pengeluaran lesen arak dan judi adalah bertujuan supaya penjudi-penjudi dan pembuat-pembuat arak tidak bermaharajalela dalam negara ini. Lesen arak adalah sebagai ikatan
antara mereka dengan pihak kerajaan.

b. Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.

c. Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidak menjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain. Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.

d. Cukai judi dan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan Nabi Muhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir. Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan Nabi Muhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung.

Persoalannya, jika Pas pernah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa segala sumber pendapatan daripada hasil judi dan arak adalah haram, mengapa Kerajaan Pas masih mengeluarkan lesen arak di Terengganu?

f. Orang Islam tetap dilarang dan boleh didakwa di mahkamah jika melanggar hukum Islam seperti minum arak dan menagih dadah.

Tetapi Kerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yang melanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negara tetapi ianya diturunkan ke atas individu. Pas menyatakan bahawa Kerajaan BN lebih banyak mengeluarkan lesen arak daripada kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.

Kedudukan Bukan Islam di dalam Negara Islam

Ahli Zimmah

a. Mempunyai hak-hak untuk beragama, mendapat pekerjaan, mendapat pendidikan, pembelaan perubatan dan perlindungan.

b. Wajib untuk taat setia kepada kerajaan, patuh pada peraturan, menghormati syiar Islam dan membayar cukai.

Al Must'aman

a. Wajib menghormati syiar Islam, tunduk dan patuh kepada peraturan, tidak campur tangan masalah politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya di negara tersebut terutama yang bercanggah dengan undang-undang Islam.

Kesimpulan

  • Berdasarkan sejarah pemerintahan di Zaman Rasulullah dan Khalifah Umar al-Khattab, definisi para ulama, kandungan perlembagaan (Islam agama Persekutuan), sistem pemerintahan negara (Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri-menteri kanan beragama Islam), sistem perundangan negara dan perakuan tidak langsung dalam Dokumen Negara Islam PAS, jelaslah Malaysia adalah negara Islam.

  • Tambahan pula pembangunan fizikal dan pembangunan rohani terus dilaksanakan di Malaysia.

Selain masjid, surau dan jabatan agama, Malaysia memastikan umat Islam dapat menunaikan kewajipan menuntut Ilmu di sekolah, kolej, universiti dan pusat latihan kemahiran.

  • Umat Islam bebas mengamalkan ibadat dan hidup aman bersama pelbagai kaum lain.

Sebab itu, seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai negara Islam.