Sunday, March 1, 2009

Sejenak menyorot realiti kita...


Iktibar yang boleh diambil daripada politik di Malaysia dapat diringkaskan seperti berikut:

Di Malaysia, orang Islam merupakan penduduk majoriti, tetapi oleh kerana mereka tidak menikmati majoriti 2/3, mereka terpaksa bertolak ansur dengan kaum bukan Muslim. Ini terpaksa dilakukan bagi memperolehi kuasa dominan politik untuk melaksanakan pembangunan dan pembahagian semula sekonomi kepada masyarakat miskin yang kebanyakannya hidup di luar bandar, atau masih lagi serba kekurangan disebabkan latar belakang sejarah mereka (berikutan campur tangan British).

Sistem demokrasi sepatutnya memberikan kuasa kepada pihak majoriti, tetapi seperti yang dipelajari oleh penduduk kepulauan Fiji, ini tidak semestinya berlaku. Kaum pendatang yang lebih berkuasa dari segi ekonomi mempunyai cara dan kaedah untuk cuba menafikan hak kaum majoriti ke atas kuasa politik dan pentadbiran.

Sedihnya, realiti ini tidak difahami atau disedari orang Melayu, terutama golongan muda dan mereka yang menganggap diri sebagai berpendidikan.

Sikap keangkuhan dan tamak mereka yang terlalu lama memegang tampuk kuasa (BN) berserta usaha pihak media secara membuta menerima prinsip-prinsip munafik barat telah berjaya membentuk satu persepsi dan pandangan pincang terhadap mereka yang berkuasa. Bukan semua yang berkuasa itu korup atau tamak, tetapi ramai yang lupa akan hakikat ini.

Di mana-mana negara sekali pun, apabila pihak majoriti kehilangan kuasa, kekacauan dan ketidakstabilan akan berlaku. Ini amat disukai oleh para penghasut peperangan dan pengeluar senjata. Ramai di antara kita lupa bahawa ekonomi negara-negara seperti Amerika Syarikat bergantung kepada samada orang akan membeli senjata-senjata yang dihasilkan mereka.

1 comment:

ONE said...

salam,
semoga rakyat akan bersatu dan pemimpin berusaha utk memperbetulkan diri mereka..