Monday, March 30, 2009

Nizar buat "kacau" di masjid


Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Orang-orang Nizar meminta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan oleh Pengerusi Masjid yang mengatakan, "Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini,  tetapi beliau datang untuk buat kacau."

Nizar, bagaimanapun, menafikan dia sengaja mengacau. Menurutnya, dia dijemput untuk menerangkan maksud surah yang dibacanya apabila mengimamkan jemaah.

No comments: