Friday, March 27, 2009

Muhyiddin Timbalan Presiden Umno yang baru

(FINAL)

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno yang baru dengan memperoleh 1,575 undi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menewaskan rakan sejawatannya dalam Kabinet, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menerima 916 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Umno pada pukul 10.30 malam.

Ini kali pertama Muhyiddin tanding jawatan Presiden.

Kerusi itu kosong ekoran keputusan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanding jawatan Presiden.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein masing-masing memenangi tiga jawatan Naib Presiden.

Ketiga-tiga mereka merupakan muka baru Naib Presiden Umno.

Zahid memperoleh 1,592 undi, Shafie (1,445) manakala Hishammuddin pula 1,515 undi.

Dalam pada itu, dua menteri dan seorang timbalan menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Datuk Noraini Ahmad gagal dalam usaha merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) kali ini.

Menteri Besar yang gagal ialah Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (Perlis), Datuk Seri Abdul Ghani Othman (Johor) dan Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan).

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed memperoleh undi terbanyak bagi kerusi Majlis Tertinggi.

Beliau menerima 2,259 undi.

Seramai 25 calon yang menang kerusi MT ialah:

- Datuk Mustapa Mohamed - Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah - Datuk Abdul Latiff Ahmad - Datuk Awang Adek Hussain - Datuk Seri Idris Jusoh - Abdul Azeez Abdul Rahim- Datuk Tajuddin Abdul Rahman - Datuk Lajim Ukim- Mohd Puad Zarkashi - Datuk Zulhasnan Rafique- Datuk Ahmad Shabery Cheek - Datuk Noh Omar- Datuk Bung Mokhtar Radin - Datuk Seri Musa Aman - Datuk Saifuddin Abdullah - Datuk Hamzah Zainudin - Datuk Mohd Zin Mohamed - Azian Osman- Datuk Shaziman Abu Mansor - Datuk Dr. Jamaludin Jarjis - Dr Norraesah Mohamad- Zainal Abidin Osman - Datuk Ismail Sabri Yaakob- Datuk Seri Mahadzir Khalid

-MStar-

No comments: