Friday, March 27, 2009

Jangan beri pembangkang peluang eksploitasi isu...


Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju akan perlunya hubungan antara parti komponen itu yang sudah lama terjalin dimantapkan lagi, selain tidak memberi peluang kepada pembangkang untuk mengeksploitasi isu-isu tertentu bagi melemahkan BN.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata BN mesti mengambil kira setiap kekuatan dan kelemahannya dalam mentransformasikan diri bagi menghadapi cabaran akan datang sebelum terlambat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan dasar terakhir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden parti pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

"Kalau kita tak nak parti lawan mengeksploitasi isuisu tertentu, jangan bagi mereka peluang dan ruang untuk berbuat demikian. Apa yang penting ialah semangat setiakawan dan kekitaan antara partiparti BN dan kita patut mantapkan apa yang sudah terjalin," katanya.

No comments: