Sunday, March 22, 2009

Hasil siasatan rasuah 2 pemimpin PKR diketahui minggu depan


Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan dua pemimpin parti negeri itu akan diketahui minggu depan.

Katanya, panel yang diketuai Speaker Dewan Undangan Negeri, Abdul Halim Hussain telah diberikan masa tiga minggu bagi menyiasat dakwaan Ketua Pemuda PKR Kepala Batas Amizudin Ahmat.

"Walaupun tiada berita berhubung siasatan itu, saya percaya hasilnya sepatutnya diketahui minggu depan kerana panel itu telah memulakan siasatan awal bulan ini," Zahrain memberitahu hari ini.

Anggota panel empat orang itu ditubuhkan pada 16 Mac.

Tiga lagi anggota panel itu ialah Timbalan Speaker dewan undangan negeri Tan Hock Leong, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban S.Raveentharan dan ADUN Pantai Jerjak Sim Tze Tzin.

-BERNAMA-

No comments: