Sunday, March 29, 2009

Datuk Halik Zaman disisih Anwar begitu saja...













"....Setelah saya diaibkan, dihina, dicerca dan dinafikan jasa dan kerja kuat saya kepada PKR Bahagian Sepanggar Kota Kinabalu dalam satu seminar/kursus semua Setiausaha Setiausa Kerja PKR Malaysia di Kuala Lumpur baru baru ini oleh Setiausaha Agung PKR Pusat Dato Salehuddin Hashim......."-Datuk Haji Halik Zaman

.
Saya juga pernah mendengar keluhan hati seorang mantan AJK Teringgi PKR Negeri Sabah, seorang graduan dan berpengalaman dalam perkhidmatan awam ; pernah nekad untuk merantai tangannya bersama-sama rakan-rakannya di pintu Ibu Pejabat PKR Pusat setelah tidak diberi peluang untuk menemui DSAI mengenai permasalahan kepimpinan PKR Sabah.

Dia membelanjakan wangnya sendiri terbang ke Kuala Lumpur, menyeberangi Laut Cina Selatan, setelah membuat temu janji semata-mata untuk menemui DSAI bagi mendengar rintihan mereka. Namun tidak diberi peluang. Merasa terhina, tidak diperlukan, dan kecil hati; beliau meninggalkan PKR, meletakkan jawatannya dan menyertai perjuangan UMNO.


Datuk Halik seorang veteran politik yang menjadi popular, bukan sahaja dalam bidang politik, tetapi juga dalam bidang perfileman, perniagaan, perhotelan dan penulisan. Kegemilangan politiknya bersinar dalam era Kerajaan Berjaya.

Dia seangkatan dengan mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Haris Salleh dan Datuk Sri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Sebagai seorang veteran, semangat patriotiknya amat relevant. Dia perlukan penghormatan sebagai manusia biasa yang istimewa. Tidak adil sama sekali dia dicerca, dihina dan dipandang rendah sebagai seorang veteran politikus.

Saya banyak mengikuti tulisannya mengenai kehebatan DSAI. Pun begitu dia dicerca....

Saya, atas kapasiti saya sebagai manusia biasa "kalau kiranya Datuk tidak diperlukan di sana..kami perlukan Datuk di sini. Kembalilah... Saudara sedarahmu masih di sini. No tears no goodbye.. kembalilah..ke marilah.

Bagaimana nasib mereka dan para marahen biasa yang lain yang masih di sana?

Adakah mereka akan diperlaku seperti Datuk?

sumber - senjaliza.blogspot.com/

No comments: