Monday, March 16, 2009

Anda kebal undang-undang sebagai blogger? Fikir sekali lagi...


Kadir Jasin dalam blognya The Scribe baru-baru ini berkata ramai pembahas blog telalu emosional hingga membawa padah. Katanya majoriti mereka orang muda dan anggota biasa masyarakat yang penuh emosi dan mengulas untuk melepaskan geram.

Bagaimanapun, undang-undang masih berjaya menjejaki kesalahan mereka walaupun ramai daripada mereka merasakan diri sebagai kebal dan berpendapat kononnya blog, pemblog (blogger) dan pemberi komen sentiasa bebas dan di luar kawalan undang-undang.

Tetapi hakikat itu tidak mudah diterima kerana pendapat menebal di kalangan ramai blogger, pembahas dan pembaca bahawa dunia blog begitu bebas dan tidak ada siapa yang boleh bertindak ke atas mereka. Apatah lagi majoriti blogger dan pemberi komen bukan terdiri daripada wartawan dan tidak arif dalam soal undang-undang...justeru itu mereka hentam saja sesuka hati.

Dalam pada itu juga ada di kalangan blogger wartawan dan mereka yang arif mengenai undang-undang begitu taksub seolah-olah mereka di luar kuasa undang-undang.

Renungkan berita terbaru ini, apabila sepasang suami isteri di Terengganu dihadapkan ke mahkamah di Terengganu bersabit tuduhan komen di laman web pejabat Sultan Perak. Si isteri itu seorang peguam!

No comments: