Monday, March 23, 2009

Anak tadika pun jadi mangsa...



Pada 22 Mac 2009, 32 orang murid-murid tadika Taman Rakyat Mergong terpaksa belajar beralaskan tikar getah setelah tadika mereka ditutup oleh Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong. Selepas seminggu bercuti, semua kerusi, meja dan alat bantuan mengajar yang digunakan oleh murid-murid ini turut hilang entah ke mana. Selepas 13 tahun tadika tersebut beroperasi, akhirnya ianya ditutup oleh Badan Amal Surau.

Usaha untuk menutup sekolah tadika terbabit bermula sejak setahun lepas, apabila PAS berjaya memerintah Kedah. Namun ianya ditangguhkan oleh Ustaz Azizan (MB Kedah). Apakah Badan Amal sudah mengenepikan arahan daripada kerajaan PAS di Kedah? Jika ada ahli-ahli PAS yang terlibat dalam usaha menutup sekolah tadika tersebut, sewajarnya pihak kepimpinan PAS di Kedah mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas mereka. Jangan biarkan mereka menganiaya kanak-kanak kecil untuk belajar. Tadika dan surau bukan tempat untuk berpolitik.

Ada lagi 14 Tadika Kemas yang beroperasi di kawasan Alor Setar. Jika boleh jangan tutup sekolah tadika terbabit demi masa depan anak-anak kecil ini. Mereka masih lagi kecil, belum faham lagi erti politik. Mereka tidak sewajarnya menjadi mangsa kebencian politik.

AZRINIZAM IBRAHIM (http:anginperubahan.blogspot.com)
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

No comments: