Tuesday, March 10, 2009

Akhirnya Pak Lah juga yang gentleman...


Pak Lah juga yang gentleman. Masa dia mahukan Idris Jusoh sebagai MB (tapi Agung tak perkenan) akhirnya Pak Lah ikut aje. Dia tak mahu melihat berlaku krisis sesama Melayu terutama membabitkan Raja, pada hal ramai yang sanggup berdemo derhaka.

Apasal Nizar tak boleh ikut saja?

Lepas ini apabila Dewan dah bersidang semula, buatlah undi tak percaya, tengok siapa menang. Jangan sampai Sultan Melayu pun nak di jatuhkan. DAP dah tentu suka! Sekarang tengoklah DAP cepat hasut Melayu dengan meletakkan papan matlumat di bawah pokok bersejarah konon.

Dulu Melayu Perak juga yang begaduh sesama sendiri akibat tekanan kumpulan-kumpulan Cina Pulau Pinang bergaduh di Taiping (Ghee Hin dan Hai San) sehinggakan berlakulah Perjanjian Pangkor dan membawa kepada campurtangan British, lantaran habis satu semenanjung orang Melayu dicaturkan. Tok Panglima Bukit Gantang pun akhirnya ditangkap, tak sesal lagi ke?

1 comment:

ONE said...

Pak lah memang baik tapi sayang x cukup sokongan..
x pe lar arap tok najib akan wat yang tbaik..