Monday, February 2, 2009

Sarkas di Perak: Pemecatan ADUN membelakangkan mandat rakyat


Begitu cetek pengetahuan perundangan para pemimpin Pakatan Rakyat... mereka terlalu mudah memperlekehkan rakyat dan sistem demokratik negara.

Ahli Parlimen dan ADUN dipilih oleh rakyat untuk mewakili RAKYAT.

Tiada siapa boleh melucutkan jawatan mereka (tanpa mengikut peraturan yang sah)...dan disebabkan itulah tiada Ahli Parlimen BN pernah disingkir oleh parti masing-masing. Jika ia berlaku, perlakuan itu memang sah melanggar perlembagaan...

Ahli Parlimen boleh melepaskan kerusi mereka jika mereka mahu, sepertimana dilakukan oleh Wan Azizah di Permatang Pauh, atau apakah benar dia melakukannya? Atau apakah tindakan melepas kerusi parlimennya itu salah di sisi undang-undang?

Apa yang kita tengok di Perak sekarang ini, pada dasarnya perlucutan jawatan kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering nyata salah di sisi undang dan melanggar peraturan dalam perlembagaan. Ini kerana ia dilakukan secara 'pre-meditated' menggunakan surat tidak bertarikh yang ditandatangani secara 'paksaan' sejak awal lagi.

Segala tindakan tersebut sememangnya SALAH di sisi undang-undang kerana ia merupakan membuang wakil-wakil yang dipilih secara sah dan demokratik oleh rakyat.

No comments: