Saturday, February 28, 2009

HINDRAF (pertubuhan haram) naik tocang lagi...


Tindakan lebih 200 penyokong HINDRAF berkumpul di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur pagi tadi untuk kononnya membuat sebanyak mungkin laporan polis berhubung pemimpin mereka P.Uthayakumar, amat dibenci penduduk sekitar, khususnya dan rakyat Malaysia, amnya.

Setelah reda episod demonstrasi jalanan di serata KL lebih setahun lalu, kini mereka cuba menangguk di air keruh untuk menyalakan kembali api sokongan terhadap misi mereka – misi yang mereka sendiri tidak begitu yakin mampu ditegakkan secara logik kerana segala-gala yang dipertuduhkan bukan sekadar tersalah sasar, malahan tidak benar langsung.

Tindakan FRU ke atas kumpulan haram itu hari ini memang tepat setelah kita menyaksikan bagaimana baru-baru ini benteng kawalan di Parlimen begitu mudah dibolos oleh sekumpulan orang awam. Tanpa menghalusi agenda atau niat murni mereka untuk mempertahankan maruah orang Melayu (melalui UMNO), mereka sebenarnya telah membelakangi undang-undang, termasuk hak asasi seseorang atau ke atas premis kawalan rapi seperti parlimen. Apa yang perlu diketengahkan di sini ialah sindrom "matlamat menghalalkan cara" yang semakin menular dalam dunia politik kita tidak kira sama ada di pihak UMNO atau Pakatan.

Bukan apa, walaupun ramai di kalangan ahli politik berhaluan kanan merasakan bahawa cara perundangan terlalu lambat atau tidak mungkin dapat membantu mereka merealisasikan matlamat, hakikatnya, dengan cara menghentam kromo akan lambat laun memakan diri...


No comments: