Monday, February 9, 2009

Dua pilihan raya kecil akan berlaku...


Di sebalik desas-desus menyertai Barisan Nasional (BN), Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini pukul 9 malam tadi.

Sidang media itu merupakan yang kedua dalam tempoh 12 jam hari ini.

Tengah hari tadi beliau mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Perkembangan itu turut membuka laluan kepada pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi sebentar tadi berkata, pihaknya akan meneliti kesemua dokumen berkaitan sebelum menentukan tindakan susulan.

"Kami juga akan melihat Perlembagaan Negeri Kedah apabila menerima notis pemakluman kekosongan," kata beliau ketika ditanya sama ada akan mengadakan pilihan raya kecil.

Dalam pada itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau.

"Malah, Presiden Parti (PKR) dan Ketua Umum juga sudah mengetahui mengenai perkara ini," kata beliau ketika dihubungi di Perak.

Tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat PKR akan mengumumkan langkah susulan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu esok.

Difahamkan Arumugam yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India, mengambil keputusan itu atas masalah peribadi.

No comments: