Thursday, February 5, 2009

Drama di Perak: Anwar pamer pegangan kepada prinsip zionisme...


Tuduhan ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, bahawa BN cuba menubuhkan kerajaan di Perak dengan apa cara pun – by hook or by crook – seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Perancis, AFP, tidak lagi bermakna.

Malah hujahnya bahawa dia dan pakatannya sedang berusaha membubarkan Dewan Undangan Negeri dan memanggil pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat jelata juga sudah tidak meyakinkan lagi.

Kurang dua minggu lalu apabila Nasaruddin belot dan melompat menyertai PKR, Anwar tidak pula mengatakan perlu kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru. Malah dia berkata ramai lagi akan menyertai partinya.

Bukan itu saja, sepanjang masa dia mengusik dan mengasak untuk menumbangkan Kerajaan BN melalui pembelotan Ahli Parlimen BN, dia tidak sedikit pun menghiraukan mandat yang pengundi berikan kepada BN.

Pendirian Anwar menunjukkan 'double standard' yang dipegang sepertimana dia memegang teguh kepada nilai-nilai dan amalan zionisme.Yang nyata, dia kini mempamerkan dengan begitu jelas yang di sebenarnya seorang munafik.

Dalam pada itu bagi seorang pemegang jawatan Timbalan Speaker meletak jawatan, ia hanya menunjukkan betapa segala cara dan amalan para pemimpin Pakatan Rakyat seluruhnya tidak dapat diterima dan tidak demokratik. Bayangkan, bagi seseorang wanita seperti Hee yang mempunyai pegangan prinsip yang begitu tinggi mengambil tindakan tersebut -- apakah ada sesuatu yang tak kena dalam kerajaan negeri Perak?

1 comment:

belut said...

pi suruh anwar ibrahim jawab apa yg dikatakan oleh saiful ex-coffee boy anwar dlm blog saiful.

mungkin saiful pun terjerat dgn liwat meliwat. sekurang2nya dia mengaku walaupun maruah sendiri yg malu. anwar sumpah pun takut.

by hook or by crook, i'm sure anwar will not swearing in name of ALLAH in respect of his sodomy case.