Saturday, February 7, 2009

Apakah kebiadaban itu selari dengan Ketuanan Rakyat?


"Kesetiaan Kepada Raja dan Negara" - itulah prinsip kedua Rukunegara kita.

Apakah sebenarnya maksud Ketuanan Rakyat yang dijanjikan Pakatan Rakyat? Apakah ia hak menunjukkan kepada Sultan isyarat lucah dan melontar batu ke ke arah kereta rasmi Raja Muda Perak?

Apakah ianya hak untuk menuduh Sultan yang kononya baginda "gagal berfikir sebagai seorang pemerintah?"

APAKAH KETUANAN RAKYAT BERMAKNA KITA MENYERAHKAN KEPADA SULTAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN TETAPI MENGECAM BAGINDA JIKA KEPUTUSANNYA TIDAK SELARI DENGAN KEHENDAK KITA?

Dan kita begitu biadap melaungkan 'Daulat Tuanku' hanya bila kita berasa dapat memperalatkan Sultan untuk memperjuangkan matlamat politik kita?

ITU BUKANNYA KETUANAN RAKYAT!...ITU KETUANAN NAFSU IBLIS!

1 comment:

belut said...

saya bukan rakyat perak.

tapi saya berterima kasih kepada raja-raja melayu kerana keturunan mereka yg menerima lslam di tanah melayu.

kalau tidak saya mungkin bukan penganut agama lslam yg suci. selagi raja-raja melayu menjaga agama lslam dan menjadi penaung kepada org2 melayu di samping berlaku adil pada kaum-kaum lain, selagi itu saya menyokong raja-raja melayu.

oleh itu, dgn kemelut pembangkang yg menghina raja-raja melayu, saya akan mengikat reben kuning di kereta saya sebagai sokongan kepada raja-raja melayu selama yg saya mahu.

Allahhuakbar!!! Daulat Tuanku.