Tuesday, January 6, 2009

PAS tidak malu lagi bernada ala liberal...


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan 1syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato' Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan rem remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

Komen:

Sayang sekali..isu ini gagal membawa kepada penyatuan antara umat Islam. Walau ia melibatkan semua warga muslim khasnya di Malaysia.

Sepatutnya PAS menjelaskan bahawa yang dilarang KDN ialah tulisan sahaja demi untuk mengelakkan kekeliruan antara umat Islam di Malaysia.

Sepatutnya PAS ke hadapan membantah desakan ini namun demi slogan 'PAS for all' maka PAS sudah tidak malu lagi bernada ala ala liberal dan hak asasi manusia.

Mungkin berkat aura Anwar yang sangat jelas mempunyai hubungan rapat dengan Amerika, memberi bekas kepada perjalanan parti PAS yang sudah pum berpecah dua kepada team ulama dan team Erdogan.

Itupun hasil kerja Anwar dan paling jelas ialah Anwar dan Amerika sudah berjaya mengubah PAS sehingga tidak lagi melaungkan undang-undang hudud menzahirkan kepada kita apakah niat sebenar Anwar

PAS sudah dan PAS perlu mengambil langkah membanteras fahaman ini sebelum ia akan menjadi sebab PAS akan hilang ditelan zaman.

No comments: