Tuesday, January 6, 2009

KT: PAS dan PR mula terdesak...


Tindakan pembangkang memainkan isu wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang dibunuh dua tahun lalu jelas menunjukkan mereka terdesak dan bankrap isu.

Bila dah mula 'character assasination' (pembunuhan karekter) seperti ini nampak sangat belang mereka.

Takkan orang Kuala Terengganu begitu singkat fikiran nak mempertaruhkan masa depan hanya berdasarkan picisan? Islam juga tidak pernah menyuruh kita menilai kewibawaan seseorang berdasarkan tohmahan sebegitu...

Awal pagi semalam enam anggota Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Timbalan Pengerusinya ditahan polis ketika menampal poster wajah wanita Mongolia itu di laluan-laluan dilalui Najib ketika berada di sini menjelang hari penamaan calon hari ini.

No comments: