Monday, January 19, 2009

Hadi mahu Pak Lah kekal PM...satu lagi percanggahan dalam Pakatan!


 

"Habis yang sorang lagi yang tengah mimpikan kerusi paling tinggi di Putrajaya tu amacam?...


"Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas Mac ini.

Katanya, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu kekal untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan dalam aspek-aspek lain selain kehakiman dan rasuah.

Hadi berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri untuk melakukan reformasi baru tersebut.

Dia berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, malam tadi.

Abdullah dijadual menyerahkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada akhir Mac ini.

Beliau akan digantikan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Antara perubahan yang dilakukan Abdullah adalah penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga gembira kerana terdapat sedikit perubahan dalam sistem perjalanan pilihan raya pada kali ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri terus kekal bagi meneruskan lagi perubahan dalam sistem tersebut."

No comments: