Thursday, January 15, 2009

Cerita lama menghantui Anwar...




Malam yang dinanti-nantikan telah berlangsung dengan penuh saspens malam tadi! Seperti yang dijanjikan, Ezam Mohd Nor kembali ke K Terengganu untuk membongkar surat "rayuan" Anwar Ibrahim kepada Mahathir bertarikh 8 September 1998……

Ceramah yang penuh kemeriahan ini berlangsung di Markas BN Kampung Kubang Parit, DUN Wakaf Mempelam kubu kuat PAS Terengganu. Amat menakjubkan sekali apabila kehadiran lebih kurang 3,000 orang dalam ruang halaman yang agak sempit dan diberitakan jalan masuk ke tempat ceramah terpaksa ditutup kerana penuh sesak dengan banyak kenderaan, ramai yang pulang hampa kerana tidak berjaya masuk ke tempat ceramah…

Program malam tadi telah mula dipanaskan oleh beberapa penceramah barisan bekas pimpinan Keadilan seperti Hamidzun Khairuddin, Lokman Adam, Gani Haroon, Zahid Mat Arip dan Hamdan Taha.

Akhirnya kemunculan Ezam telah mengubati penantian ribuan hadirin yang bersesak sesak di markas BN Kubang Parit. Ezam telah membacakan surat yang cuba dikirimkan oleh Anwar kepada Mahathir pada 8 September 1998 [teks penuh surat ada di dalam posting ini].

Disini jelaslah bahawa Ezam berjaya membuktikan betapa MUNAFIKnya manusia durjana bernama Anwar Ibrahim. " Pada hari sebelumnya, Anwar telah caci maki Mahathir, mengajak rakyat yang menyokongnya untuk menentang Mahathir, tetapi dalam senyap, dibelakang penyokong-penyokongnya, terutamanya parti PAS, Anwar telah menulis surat merayu kepada Mahathir, mahu berdamai…" tegas Ezam.

Atas dasar prinsip, Ezam turut mencabar PAS membuat pendirian sekiranya mereka benar benar sebuah parti islam, apakah mereka mahu mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu walaupun terbukti sifat munafik Anwar sememangnya beliau adalah Pembohong Nombor Satu Negara….


Dipetik dari blog AIDC

No comments: