Tuesday, January 13, 2009

Anwar, Turki & Amerika Syarikat




(Gambar: Yusmadi Yusof bersama Anwar. Dulu Yusmadi adalah bekas Hubert H. Humphrey Fellow, Washington D.C. Sekarang Ahli Parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang. Yusmadi pernah menjadi pembantu peribadi Anwar sebelum tugas itu diambil oleh Rahimi Osman, sepupu Saiful Bukhari).

Pada 6 Januari 2008, ketika Anwar Ibrahim berceramah di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu, Anwar menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir ke penamaan calon pada pagi 6 Januari kerana flightnya baru sahaja touch down dari Turki. Anwar menyatakan semasa di Turki, dia mencari jalan menghentikan keganasan Israel terhadap Palestin. Orang PAS terpegun mendengarnya.

Ada yang bersorak gembira tanpa tahu Turki berada di pihak mana dalam keganasan di Gaza. Malah ada yang berkata Anwar sekarang sudah bermain di padang dunia dalam membela nasib orang Islam, terutamanya di Palestin. Benarkah begitu?

Persoalannya, sejauh manakah Turki mengambil insiatif untuk menghentikan keganasan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat di Semenanjung Gaza?


(Gambar: Kedutaan Turki di Kuala Lumpur, tempat di mana Anwar Ibrahim lari bersembunyi pada 30 Jun 2008. Kononnya ada ugutan bunuh. Sampai hari ini, Anwar bebas ke mana-mana. Malah bebas berkempen hingga menang di Permatang Pauh. Tiada apa-apa pun. Kini, bermukim pula di Kuala Terengganu. Benarkah ada ugutan sebegitu? Atau hanya retorik sahaja untuk menagih simpati dan perhatian rakyat?)

"PKR memutuskan untuk 'menyembunyikan' penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya" berikut dakwa Syed Husin Ali ketika Anwar mula-mula bersembunyi di Kedutaan Turki. Akrabnya Anwar dengan Turki, seolah-olah Turki adalah pewarisnya di Malaysia. Hubungan akrab antara Anwar dan Perdana Menteri Turki memang tidak dapat disangkal lagi.

Anwar pernah membawa bersama Dr Syed Azman Syed Nawawi (ADUN PAS Batu Buruk) ke Turki pada 2 hingga 5 April 2006, dalam satu program anjuran World Movement for Democracy (WMD) di Istanbul, Turki.

Yusmadi Yusof, ketika masih menjadi pembantu Anwar di Amerika pernah menulis satu artikel membayangkan keakrabannya Anwar dan Turki itu.

Tulis Mohd Yusmadi Yusoff, Washington DC "Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar. Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki. Usaha Datuk Seri Anwar itu telah menarik minat pelbagai warga Washington D.C"

Tulisnya lagi, "Dewan ODonovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi. Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut"



(Wolfowitz sedang bermesyuarat dengan Shaul Mofaz, Timbalan Perdana Menteri Israel. Jika Anwar mahu selesaikan konflik Gaza, tidak bolehkah Anwar berulang-alik ke Washington DC untuk memujuk Wolfowitz supaya menasihati Olmert bagi menghentikan serangan ke atas Gaza?. Mahukah Anwar buat begitu? Dulu ketika belajar, Anwar buat demonstrasi kecam serangan Amerika terhadap Vietnam, mahukah sekarang Anwar mengecam dan membakar bendera Amerika Syarikat?)

Yusmadi amat terharu, program anjuran Anwar dan kedutaan Turki turut dihadiri oleh Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia ketika itu. Tetapi apakah perkaitan antara Paul Wolfowitz dengan Anwar dan Kedutaan Turki, hingga memaksa 'orang kanan Bush' itu sanggup hadir sama?

Wolfowitz mempunyai dua warganegara iaitu Israel dan Amerika Syarikat, serta berbangsa Yahudi. Perlukah kita berbangga kehadiran seorang Israel yang menjadi perancang perang Afghanistan dan Iraq? Taraf Wolfowitz sama dengan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel yang merancang peperangan di Gaza. Malah Wolfowitz adalah mentor kepada Ehud Barak, Olmert dan Shaul Mofaz. Ketiga-tiga adalah perancang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza.

(Gambar: Begitu intim hubungan Anwar dengan Perdana Menteri Turki. Hinggakan Erdogan jika hendak melawat Amerika terpaksa melobi melalui Anwar terlebih dahulu. Anwar jadi penasihat Perdana Menteri Turki, apa yang boleh dan tidak boleh semasa berjumpa dengan Presiden Bush. Sebelum singgah di Turki dan kembali ke Kuala Terengganu baru-baru ini, Anwar sebelum itu berkelana sekali lagi ke Washington DC. Buat apa di sana? Melobi lagi?)

Tulis Yusmadi lagi, "Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarakat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya"

Tulisan Yusmadi ini membayangkan betapa rapatnya hubungan Anwar dengan Presiden Bush, hingga lawatan-lawatan dari negara luar, turut diketahui oleh Anwar. Bagaimana Anwar boleh tahu diari peribadi Bush? Begitu susahnya menemui Bush hingga Erdogan pun terpaksa melobi melalui Anwar dan Paul Wolfowitz terlebih dahulu.

Yusmadi menjelaskan 'peranan Anwar', sebagai 'penasihat' kepada Perdana Menteri Erdogan untuk bercakap kepada Bush.

Anwar dijadikan orang tengah oleh Erdogan untuk berjumpa dengan Bush. Besar benar pengaruh Anwar. Pelobi orang-orang besar untuk berjumpa dengan Bush? Maka tidak hairanlah ada jurucakap dari White House membela Anwar di Malaysia ketika Anwar mahu dihadapkan atas tuduhan liwat.

Anwar juga menganjurkan program sempena lawatan kerja Perdana Menteri Turki ke Amerika. Anwar mengaturkan perjumpaan dengan Bush secara percuma dan sukarela? Apakah Tayyip Erdogan tidak memberi sebarang imbuhan kepada Anwar untuk mengaturkan program berjumpa dengan Bush? Anwar seolah-olah menjadi event manager untuk sesiapa yang hendak jumpa Bush.


(Gambar: Apakah pertemuan Bush dan Erdogan ini diaturkan oleh program yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim?. Begitu istimewanya Anwar boleh mengaturkan program antara Istanbul dan Washington DC. Mengapa tidak aturkan sahaja pertemuan antara Bush, Olmert, Ismail Haniyeh dan Mahmoud Abbas untuk selesaikan konflik di Gaza? Atau Anwar sengaja berdiam diri? Bukankah Anwar salah seorang yang terlibat tandatangani Annapolis Summit, bagi pihak siapa Anwar tandatangan perjanjian itu? Atau memang Anwar juga bekerja sebagai pelobi dan broker untuk sesiapa bertemu dengan Bush?)

Apa pula kaitan Turki dengan Paul Wolfowitz ? Semua orang tahu, semasa Paul Wolfowitz menjadi Timbalan Setiausaha pertahanan Amerika, Turki memberi keizinan kepada Amerika untuk menjadi negaranya sebagai laluan tentera Amerika menyerang Iraq. Malah, kerajaan Turki masih menuntut 'pampasan' yang dijanjikan oleh Amerika membenarkan negaranya sebagai laluan tentera Amerika semasa serangan Iraq itu.

Begitulah intimnya persahabatan antara Anwar, Erdogan dan Paul Wolfowitz. Hinggakan nama "Erdogan" digunakan oleh kumpulan profesional PAS untuk merampas kuasa dari team ulama.

Jika ada sesiapa pergi ke Kuala Terengganu sekarang, pastinya anda akan lihat dua bendera PAS yang berbeza. Satu yang berwarna hijau pekat yang dipunyai oleh team ulama. Satu lagi yang berwarna hijau muda, lambang ta'aruf team Erdogan.

Wolfowitz sekarang berjawatan sebagai Visiting Scholar di American Enterprise Institute (AEI), Washington DC. AEI ialah tempat di mana berkumpulnya right wing think tanks kepada kumpulan neo-konservatif. AEI juga tempat terkumpulnya dana-dana perang neo-konservatif untuk meluaskan empayar demokrasi Amerika Syarikat.

Kita diseru agar memboikot produk Amerika Syarikat, tetapi pernahkah kita sedar bahawa ada lagi "produk" Amerika yang perlu kita boikot? Apakah produk itu?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Dipetik dari blog Angin Perubahan

No comments: