Tuesday, January 6, 2009

Anak-anak muda Yahudi yang membantah kezaliman rejim di Palestin


Inilah di antara komen remaja Yahudi di Israel yang mengutuk tindakan rejim Tel Aviv menyerang Gaza dan menzalimi rakyat Palestin. Mereka di antara ribuan anak muda di Israel yang tidak menyokong tindakan ganas tentera rejim itu di Gaza dan Palestin.


Tamar Katz, 19 tahun, Tel Aviv, Israel.

"Saya tidak mahu menyertai tentera rejim Israel berdasarkan suara hati yang mengatakan apa yang dilakukan di Palestin oleh kerajaan kita adalah salah. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada tentera penjajah yang telah menakluki dengan zalim tanah-tanah asing sejak puluhan tahun...tindakan yang hanya menyuburkan lagi rejim rasis Tel Avaiv, menzalimi orang awam Palestin dan menyulitkan kehidupan ke atas jutaan manusia di atas alasan keselamatan..."


Yuval Ophir-Auron, 19 tahun, Israel.

"Saya yakin tiada orang lain kecuali diri kita sendiri yang menentukan nasib apabila hidup dengan sokongan kezaliman. Ada cara lain, selain peperangan dan kezaliman. Caranya ialah dengan berdailog, saling faham-memahami, bertolak-ansur, memaafkan dan keamanan. Saya percaya sseorang itu perlu bertanggung-jawab ke atas apa yang dilakukannya. Inilah sebabnya saya enggan memasuki tentera rejim negara saya, Israel kerana saya tidak tahan dengan perangai buruk mereka..."


Raz Bar-David Varon, 18 tahun, Israel.

"Saya bukan dilahirkan untuk menjadi askar yang menjajah negara orang...perjuangan untuk menentang penjajahan ini juga perjuangan saya sebagai anak Yahudi. Ia adalah perjuangan untuk satu harapan...untuk realiti yang kadangkala dirasakan begitu jauh untuk dicapai. Saya mempunyai tanggung-jawab kepada masyarakat dan tanggung-jawab saya ialah untuk enggan menyertai tentera rejim Israel..."

Paparan asal sedutan ini di http://december18th.org



No comments: