Wednesday, December 24, 2008

PAS terjebak...


Sudah sekian lama parti-parti komponen Pakatan Rakyat berdiri di atas keyakinan bahawa selepas Pilihanraya Umum pada Mac lalu, PAS kini telah berubah menjadi sebuah parti moderat, liberal dan sekular.

Pertukaran imej dan ideologi ini begitu pesat disuntik bertubi-tubi oleh kumpulan profesional dalam PAS yang bersekongkol dengan Anwar dalam usahanya memperjuangkan idealisme berasaskan agenda-agenda neocon dan barat.

Kini parti-parti komponen lain dalam PR melihat PAS sebagai telah membuang ideologi negara Islam dan kini menumpu kepada konsep negara kebajikan yang berteraskan "nilai-nilai kemanusiaan sejagat".

Jadi, di manakah PAS sekarang?

Ia tidak lagi berada di persimpangan tetapi langsung tersesat dan terjebak dengan agenda PR yang jelas telah mengikatnya.

Konsep liberal,sekular dan moderat begitu selari dengan misi Anwar dan penyokong-penyokong baratnya yang menggunakan strategi tersebut untuk menundukkaan Islam.

No comments: