Friday, December 12, 2008

MCA, apa yang nak dikecewakan?



Profesor Emeritus Khoo Kay Kim


MCA kesal dengan pendirian profesor sejarah Dr Khoo Kay Kim yang meminta orang Cina dan India membubarkan sekolah vernakular bagi mencapai perpaduan kaum.

Alasan yang diberikan MCA kononya saranan itu tidak sesekali akan diterima rakyat Malaysia – rakyat Malaysia yang mana?

Dr Khoo baru-baru ini meminta dua kaum itu, sebagai golongan minoriti, "bertolak ansur dengan mengorbankan pendidikan vernakular menggunakan bahasa ibunda masing-masing".

Profesor emeritus itu menyokong saranan ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir awal bulan ini agar sistem pendidikan tunggal dilaksanakan kerana sekolah jenis kebangsaan boleh memburukkan polarisasi kaum.

Mukhriz menafikan dia mencadang penutupan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil tetapi sebaliknya berkata maksudnya ialah supaya "dikekalkan sekolah yang sama tetapi sistem (pendidikannya) satu sahaja, menggunakan Bahasa Malaysia sebagai pengantar."

Persoalannya yang patut dijawab oleh MCA ialah apakah tiada logik jika sekolah vernakular Cina dan India dihapuskan?

Bukankah ini langkah baik ke arah mewujudkan Bangsa Malaysia yang begitu lantang dilaungkan MCA dan lain-lain pihak bukan Melayu?

Apakah di Amerika atau lain-lain negara barat wujud sekolah-sekolah vernakular yang disokong dan bantu kerajaan? Sudah tentu tiada, malahan tidak mungkin dibenarkan langsung! Hanya di Malaysia kerajaan sudi memberikan ruang untuknya.

Apakah MCA tidak dapat melihat sekolah vernakular sebagai elemen yang terus menjauhkan jurang bagi merealisasikan Bangsa Malaysia?

Jika ini pun tidak dapat diterima lupakan sajalah tentang perpaduan...



No comments: