Friday, December 12, 2008

Anwar Ibrahim : International Crisis Group (ICG)


Kenyataan Media International Crisis Group-Perginya Ali Alatas.

Kami semua di International Crisis Group (ICG) sangat bersedih dengan berita pemergian Penasihat Presiden Indonesia dan mantan Menteri Luar Ali Alatas, yang baru sahaja dipilih untuk menganggotai Lembaga Pemegang Amanah International Crisis Group.

Beliau merupakan rakan kepada kebanyakan ahli lembaga pengarah dan kakitangan di sini. Kami merakamkan ucapan takziah kepada balu beliau, Junisa dan ahli keluarga beliau.

Ali Alatas terkenal sebagai seorang yang berhemah dan bijaksana, serta dihormati sebagai seorang negarawan ulung. Beliau memainkan peranan penting bagi memastikan proses peralihan yang lancar buat Indonesia, dari pemerintahan kuku besi tentera kepada sebuah negara demokrasi.

Peranan beliau juga sangat penting di dalam membentuk ASEAN sebagai satu forum untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini serta menjadi jambatan di antara negara membangun dengan negara maju melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan forum-forum lainnya.

Saya secara peribadi merasakan kehilangan di atas pemergian saudara Ali. Beliau dan saya, sama-sama dilantik sebagai menteri luar pada tahun yang sama-1988- kami bekerjasama dengan erat bagi memulihkan hubungan di antara Australia dan Indonesia; sentiasa mencuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat isu Timor Timur.

Pendekatan beliau terhadap isu yang sukar itu membuatkan beliau dikenal sebagai seorang yang moderat(malah Jose Ramos Horta juga mengakuinya)dan suara konstruktif. Beliau menjalankan tugas di waktu sukar terutamanya di saat-saat akhir pemerintahan Suharto.

Beliau sentiasa berusaha untuk memastikan adanya tekanan dari luar buat junta tentera Burma yang bertindak melanggari hak asasi rakyatnya; juga sumbangan beliau pada tahun-tahun 1989-1993, di dalam merangka serta melaksanakan proses damai tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)di Kemboja.

Inisiatif yang dimulakan oleh Australia itu berhasil dengan kemahiran diplomasi Ali Alatas. Mutakhir ini kami bekerjasama bagi menjayakan inisiatif Australia-Jepun mengenai International Commission on Nuclear Non-Proliferation and Disarmament.

Beliau seperti biasa, mempamirkan kebijaksanaan, juga berpengetahuan dan berpandangan jauh. Sudah tentu dengan ditemani Junisa; isteri beliau.

GARETH EVANS
President
International Crisis Group
149 Avenue Louise, Level 24
B-1050 Brussels, Belgium


 

Ulasan

1. Kenyataan media International Crisis Group (ICG) ini dibuat oleh Gareth Evans, Presiden ICG bersempena dengan kematian Ali Alatas pada 11 Disember 2008, di Hospital Mount Elizabeth, Singapura kerana serangan jantung.

2. Kenyataan media ICG ini disiarkan di blog anwaribrahimblog, pada 12 Disember 2008. Klik di sini

3. Ali Alatas atau panggilan mesranya "Allex" merupakan bekas Menteri luar Indonesia yang pro-Amerika Syarikat pada 1987-1999. Beliau pernah menjadi Konselor Kedutaan Besar Republik Indonesia (RI) di Washington (1966-1970; Wakil Tetap RI di PBB, Geneva (1976-1978) Setiausaha kepada Presiden Indonesia(1978-1982); Wakil Tetap Indonesia di PBB, New York (1983-1987); Penasihat Presiden untuk Urusan Luar Negera (2001-2004)dan jawatan terakhir adalah Anggota Dewan Penasihat Presiden Indonesia dalam Urusan Luar Negera 2005-2008.

4. Gareth Evans menyatakan Allex merupakan orang yang memainkan dalam proses transisi zaman Suharto kepada zaman Abddurrahman Wahid (Gus Dur). Zaman Suharto dilabel sebagai zaman kuku besi tentera (walhal Suharto juga yang melantik Allex sebagai Menteri Luar Negara), manakala zaman Gus Dur dilabel zaman demokrasi. Zaman BJ Habibie pula dianggap zaman sementara kerana beliau hanya memangku jawatan Presiden selama 6 bulan sahaja.

5. Allex dianggap pro Amerika kerana bertuankan PBB dan Australia yang dianggap sebagai pengkalan Amerika untuk mengawal negara-negara ASEAN.

6. Australia merupakan salah satu anggota dalam kumpulan 45 Negara Parti Konservatif dan Demokratik Kristian Dunia yang pernah diketuai oleh John Howard (bekas Perdana Menteri Australia). Kumpulan ini juga dikenali sebagai "Anglo-Saxons". Anglo Saxons adalah terma yang digunakan untuk negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dengan merujuk kepada kaum kulit putih dan beragama Kristian. Selalunya negara-negara itu (seperti England, Australia dan lain-lain) dirujuk kepada negara Anglophone.

7. Gareth Evans merupakan bekas Menteri Luar Australia pada tahun 1988-1996. Beliau juga merupakan pendukung kebebasan hak asasi awam dan Naib Presiden bagi Majlis Victoria untuk Kebebasan Sivil (Victorian Council for Civil Liberties). Pada Januari 2000, beliau menjadi Presiden dan Ketua Pegawai organisasi yang pro Amerika yang berpengkalan di Brussels iaitu International Crisis Group (ICG). ICG merupakan satu organisasi bukan kerajaan yang bekerja untuk mencegah konflik-konflik berbahaya yang ditaktifkan oleh Amerika Syarikat.

8. Beliau menjadi penaung kepada Genocide Intervention Network (Rangkaian Penghapusan Bangsa Atau GI-Net). Sebelum 2005, GI-NET dikenali sebagai Genocide Intervention Fund. Organisasi ini ditubuhkan untuk melindungi orang awam daripada kekejaman penghapusan bangsa khususnya merujuk kes Darfur, Sudan.

9. Pada tahun 2006, Gareth Evans melantik Anwar Ibrahim Ahli Jawatankuasa ICG. Klik di sini

10. Pada November 2007, Anwar Ibrahim adalah salah seorang Muslim dalam ICG yang menandatangani projek Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah. Klik di sini

11. ICG merupakan salah satu organisasi luar yang menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi pendakwaan liwat 2008. Klik di sini dan di sini

12. ICG dan Alex dikaitkan dengan menyelesaikan kejayaan Timor Timur menjadi sebuah negara yang merdeka daripada Indonesia. Hal ini tidak menghairankan kerana Timor Timur merupakan negara Kristian, sebaliknya ICG dan Alex tidak mepedulikan tuntutan rakyat Islam di Acheh, Selatan Filifina dan Selatan Thailand menjadi sebuah negara yang merdeka.

No comments: