Friday, December 12, 2008

Agenda gelap International Crisis Group (ICG) di negara Islam


The International Crisis Group (ICG) sebuah organisasi bukan kerajaan multinasional dengan lebih dari 130 pegawai tersebar di seluruh lima benua, yang didakwa bekerja melalui analisis lapangan bagi mencegah pelbagai konflik dunia. Ia di antara puluhan agensi dan badan yang ditubuhkan bagi tujuan menganjurkan misi melemahkan kebangkitan syiar Islam di seluruh dunia.

Tujuan asas kumpulan tersebut, walaupun dikaburkan oleh kenyataan misi yang bercorak kemanusiaan tidak lebih sebagai agen untuk menggugat perpaduan ummah melalui misi pencegahan kebangkitan Islam yang kini semakin berkembang.


Anwar Ibrahim dan Dewi Fortuna Anwar. Dewi Fortuna adalah pengarah badan pemikir BJ Habibie (kawan baik Anwar) yang dikenali sebagai The Habibie Center. Dia juga pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins University, Amerika Syarikat di mana Anwar pernah memegang jawatan sama. John Hopkins Universiti yang juga tempat melatih kader-kader pro-Amerika di seluruh dunia.

Baru-baru ini ICG mengeluarkan laporan kebimbangannya berikutan peningkatan pengaruh gerakan Islam yang mereka sebut sebagai gerakan Islam garis keras (Islam radikal/fundamentalis).

ICG mendapat bantuan dana daripada negara, yayasan amal dan yayasan perseorangan. Antara penyumbangnya termasuk: Australian Agency for International Development, Austrian Federal Ministry of Foreign Affairs, Belgian Ministry of Foreign Affairs, Canadian Department of Foreign Affairs and International Trade, Canadian International Development Agency, Canadian International Development Research Centre, Czech Ministry of Foreign Affairs, Dutch Ministry of Foreign Affairs, European Union (Komisi Eropah) Finnish Ministry of Foreign Affairs, French Ministry of Foreign Affairs, German Foreign Office, Irish Department of Foreign Affairs, Japanese International Cooperation Agency, Principality of Liechtenstein Ministry of Foreign Affairs, Luxembourg Ministry of Foreign Affairs, New Zealand Agency for International Development, Royal Danish Ministry of Foreign Affairs, Royal Norwegian Ministry of Foreign Affairs, Swedish Ministry for Foreign Affairs, Swiss Federal Department of Foreign Affairs, Turkish Ministry of Foreign Affairs, United Kingdom Foreign and Commonwealth Office, United Kingdom Department for International Development, United States Agency for International Development (USAID).

Manakala sumbangan pihak yayasan termasuk : Carnegie Corporation of New York, Compton Foundation, Ford Foundation, Fundación DARA Internacional, William & Flora Hewlett Foundation, Hunt Alternatives Fund, Korea Foundation, John D. & Catherine T. MacArthur Foundation, Charles Stewart Mott Foundation, Open Society Institute, Pierre and Pamela Omidyar Fund, Ploughshares Fund, Pro Victimis Foundation, Sigrid Rausing Trust, Rockefeller Foundation, Rockefeller Philanthropy Advisors, Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund and Viva Trust.

Staf ICG di Indonesia termasuk Sidney Jones (Penasihat Kanan), John Virgoe (Pengarah Projek Asia Tenggara), Rungrawee Chalermsripinyorat (Penganalisis), Mahlil Harahap (Pengurus Pejabat), dan Eva Ratihandayani (Pegawai Pentadbiran dan Kewangan).

Mereka kesemuanya merupakan topeng kepada agenda sebenar ICG di Indonesia dan tidak jauh kebarangkalian menyalurkan pengaruh dan racun kepada orang Islam di Malaysia.

No comments: