Friday, October 17, 2008

UMNO Lenggong perlu angin perubahan


Apakah sebenarnya rancangan UMNO Lenggong untuk perubahan?

Di pusat sejak lebih sebulan lalu para pemimpin bercakap tentang pelan memulihkan UMNO, tetapi sehingga sekarang tiada apa-apa pun berlaku. Ini mencerminkan UMNO masih ketiadaan idea bernas mengenai bentuk perubahan yang perlu.

Jika di peringkat pusat UMNO masih mencari-cari, UMNO Lenggong pula perlu mengambil inisiatif sendiri.

Mandat cawangan telah diberi dan sekarang apa hala-tuju Bahagian?

Apakah isi-hati akar umbi semua cawangan akan sekali lagi diketepikan bagi menengahkan agenda sempit dan parokial yang telah sekian lama mengukir wajah UMNO Lembah Lenggong?

Bukankah ini masa untuk perubahan?

Untuk melaksanakan perubahan perlu ada keberanian...keberanian dalam ertikata berdiri ikhlas menggarap pembaharuan.

Dalam konteks UMNO Lenggong tiada pilihan selain memilih pemimpin yang berpengalaman di peringkat pusat, mempunyai rangkaian yang berkesan dan dinamik dan bukan sekadar membina empayar mini di Tampan, Luat atau sebagainya...

Jika kita membuka minda dan mata kita akan dapat melihat wajah-wajah yang jelas akan mampu menghidupkan dan menjadikan UMNO Lenggong lebih dinamik. Dan kepada yang telah lama berada dipersada kepemimpinan, akurlah dengan keupayaan diri.

Fikir-fikirkanlah suara hati akar-umbi dan buatlah keputusan bijak ntuk berganding bahu membantu memulihkan UMNO.

No comments: