Monday, October 13, 2008

SENIMAN bantah anugerah kpd Shah Rukh Khan


Pengerusi Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof berharap pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah agar ia dihormati.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar dihormati.

"Semalam dia tak datang upacara tersebut dan kami rasa macam satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Seniman, Ahmad Idham menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini. Kita selalu meuar-uarkan filem kita wajah kita, kalau nak kata bawa filem ke luar negara...filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara," katanya

No comments: