Monday, October 6, 2008

Perlakuan jenayah dalam Internet dibenarkan?


Kita hairan selepas RPK ditahan di bawah ISA selain menghadapi tuduhan di bawah akta hasutan, ramai yang menyangkakan dunia blog dan media alternatif akan lebih aman.

Rupanya tidak. Jauh sekali...malahan ia menjadi semakin rancak dan lebih berbisa. Di kalangan segelintir blogger, kemunculan semula Kickdefella dengan post-post terbarunya seolah-olah menggantikan posisi RPK sebagai blogger paling kontroversial sebelum ini.

Tanpa mengulangi apa yang disiarkan dalam blognya (tetapi boleh dibaca di sini), ramai di antara kita bertanya-tanya mengapa pihak berkuasa seolah-olah berdiam diri walhal apa yang ditulis jika tidak benar menjurus kepada perlakuan jenayah selain boleh menimbulkan kebarangkalian saman sivil terhadap blogger itu.

Di pihak individu-individu yang menjadi sasaran Kickdefella, sebaiknya janganlah berdiam diri dan mengharapkan segala-galanya akan kenyap dengan sendirinya. Pena berbisa Kickdefella perlu dijawab serta-merta, jika tidak ia bakal mengundang lebih banyak reaksi negatif di kalangan orang ramai yang menganggap ia perkara biasa, seolah-olah pihak berkuasa membenarkan perlakuan ini berleluasa.

No comments: