Thursday, October 16, 2008

Kenyataan Tan Lian Hoe: Di mana pejuang UMNO Lenggong & Gerik?


Ketua wanita Gerakan dan ahli parlimen Gerik Tan Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan memunafikkan diri dan jawatannya.

Dia lupa bagaimana orang Melayu di Gerik mengundinya di atas pujukan Tajol Rosli setelah orang Melayu di Lenggong menolaknya sebulat suara.

Kini nyata jaminan Tajol terhadap Tan tiris. Tan adalah duri dalam daging dalam BN berikutan beberapa kenyataannnya selepas Pilihan raya UMUM Mac lalu.

Sebelum ini dia pernah mengusulkan supaya Gerakan keluar dari BN dan terbaru dia mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya yang menyentuh mengenai perkara sensitif berkaitan isu perkauman.

Tan mempertikai status orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dalam satu rancangan terbitan sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini.

Apakah perlu orang seperti ini dalam BN? Di mana kelantangan dan 'bravado' pemimpin-pemimpin 'berkaliber' UMNO Perak, terutama di Lenggong dan Gerik? Kenapa Tajol berdiam diri?

Sepertimana tindakan diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu, seperti itu jugalah tindakan perlu diambil ke atas Tan.

No comments: