Wednesday, October 22, 2008

Bila pulak blogger berperang?


Apa daa... "ceasefire untuk blogger"?

Sejak bila pulak penulis blog berperang?

Yang saya tahu yang berperang 'subjek-subjek hidup blogger itu sendiri' dan juga para penyata komen setiap blog. Mereka ini kebanyakannya bukan blogger, tetapi pembaca dan tukang sorak yang sering kali merumitkan keadaan. Blogger hanya penyampai.

Apa maknanya "gencatan senjata" dan "blogger tak berparti?"

Dengar khabar pertemuan yang di adakan semasa makan tengah hari di sebuah hotel di Kuala Lumpur tu di anjurkan oleh Abdul Aziz Chemor yang menamakan dirinya sebagai "pembekal" maklumat peribadi pemimpin negara.

Sungguh cryptic acara dan agenda yang di bawa pada tengahari ini...

Pada pendapat saya sebenarnya tidak wujud rumpunan fizikal para penulis blog. Apa yang ditulis adalah suara hati yang juga dikongsi oleh penulis-penulis lain yang sealiran pendapat.

Sama ada seseorang blogger itu menyokong sesuatu parti tidak timbul, dan sekiranya mereka menulis untuk manfaat sesebuah parti juga ia tidak lain peranan mereka sebagai populasi media alternatif' di internet.

Apa yang seharusnya Pak Aziz ini buat ialah tubuhkan saja persatuan penulis tak kira media.

Lebih dari itu aktiviti blogging seharusnya berada di premis individu walaupun idea yang disampaikan condong kepada gagasan pengertian berkumpulan.

Dalam senarai yang hadir pada majlis itu ada jugak di antara yang bergelar blogger tapi blog tidak dikemaskini atau diupdate berbulan-bulan!

No comments: