Tuesday, September 16, 2008

Sept 16: Rakyat diperbodohkan


Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata rakyat negara ini telah diperbodohkan oleh PKR yang kononnya pembangkang akan membentuk kerajaan baru esok.

Ibrahim berkata rakyat sepatutnya menilai apa yang dilakukan PKR dan sewajarnya peralihan kerajaan dilakukan secara demokrasi seperti melalui pilihan raya.

Sebelum ini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mencanangkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 Sept iaitu hari ini.

Berikutan itu, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.

"Ini betullah buang masa dan buang duit sematamata nak ke Taiwan bagi tujuan itu dan saya rasa sangat sedih dengan tipu helah seperti ini," katanya.

Ibrahim berkata rakyat sebenarnya sudah membuang masa mereka melayan karenah pemimpin parti itu termasuk Anwar.

No comments: