Monday, September 15, 2008

Muhyiddin bukan meminta PM berhenti...semua ok


Muhyiddin Yassin menegaskan tidak akan meletakkan jawatan dalam Kabinet hanya kerana desakan beberapa anggota lain berikutan gesaannya supaya Pak Lah menimbang semula tarikh peralihan kuasa Jun 2010.

Hari ini dia berkata dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dengan memberikan pandangan sedemikian. Katanya, apa yang disuarakan adalah pendapat ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Katanya dia tidak pernah meminta Perdana Menteri berhenti, tetapi hanya minta Perdana Menteri memikirkan semula tempoh peralihan kuasa yang dianggap terlalu lama.

No comments: